Menu Caramel Macchiatto adalah salah satu menu kopi yang mempunyai ramai peminatnya. Malah, anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak juga pernah mengatakan bahawa ayahnya menyukai menu tersebut.
Kali ini, RASA ingin kongsikan resipi membuat aiskrim Malaysia dengan perisa Caramel Macchiatto daripada peniaga aiskrim yang menggunakan nama Zulaiha Roslee. Pasti sedap!
AISKRIM CARAMEL MACCHIATTO
Ads
BAHAN A
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
15 ml perasa vanila
50 ml pati kopi
1,500 ml air
Secubit garam
BAHAN LAIN
500 ml air + 2 sudu tepung jagung
Caramel topping secukupnya untuk dimasukkan ke dalam plastik aiskrim
CARA MEMBUAT
1. Masukkan BAHAN A ke dalam periuk. Masak atas api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan susu hangit.
2. Apabila campuran sudah agak panas, masukkan campuran air dan tepung jagung ke dalam periuk. Teruskan kacau bagi elak berketul.
3. Masak sehingga mendidih. Kemudian tutup api.
Beginilah keadaan selepas siap dimasak.
4. Sementara tunggu sejuk, masukkan caramel topping ke dalam plastik aiskrim.
Caramel inilah penyedap dalam aiskrim.
5. Pastikan campuran betul-betul sejuk sebelum dituang ke dalam plastik aiskrim.
6. Tuang, ikat dan bekukan.
Ads
TIP: Bagi mengelakkan caramel jatuh dari dinding plastik, caramel yang telah dimasukkan sebaiknya disimpan sekejap dalam peti sejuk beku sebelum dituangkan adunan.
Nampak sedappppp sangat!
Zulaiha turut membuat tempahan aiskrim Malaysia pelbagai perisa bagi sebarang majlis di sekitar Klang dan Shah Alam. Bagi anda yang berdekatan, bolehlah hubungi beliau melalui laman sosial facebooknya. Menurut Zulaiha, aiskrim ini dijual pada harga RM1 sebatang.
Biskut Sarang Semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Suatu ketika dulu biskut Sarang Semut dianggap cukup moden. Boleh dikatakan biskut ini diwarisi sehingga ke anak cucu. Raya ini jom kita hidangkan biskut Sarang Semut. Ini resipi yang dikongsikan oleh Zulena Ismail
Nak cuba buat brownies sedap paling mudah? Kalau nak tahu, ni antara manisan paling mudah, guna bahan yang senang dan sedap. Namun ada kalanya resipi yang dicuba tidak menjadi. Bagi anda yang teringin sangat nak buat brownies ni, resipi mudah perkongsian saudari Nur Amira ni boleh dicuba. Dijamin menjadi elok dan rasa tak muak.
RESIPI BROWNIES SEDAP 5 BAHAN PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
130gm mentega/margerin
450gm dark chocolate compound
3 biji telur gred B
150gm gula perang
100gm tepung naik sendiri ( self raising flour)
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega dan dark chocolate compaund. Masak guna kaedah double boiler hingga semua bahan cair.
2. Dalam bekas berlainan, kacau telur dan gula menggunakan whisk / pemukul. Pukul manja-manja dan sekejap sahaja.
3. Rupa telur dan gula yang telah siap dipukul.
4. Campur adunan mentega coklat tadi ke dalam bekas yang mengandungi adunan telur dan gula. Gaul rata hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati. Jika tiada tepung naik sendiri, boleh juga guna tepung gandum biasa yang telah diayak bersama 1 1/3 sudu teh baking powder.
6. Ambil loyang bersaiz 9×9 dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan brownies tadi.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5 minit. Kemudian turunkan kepada suhu 150C dan bakar adunan menggunakan api atas bawah selama 50-55 minit.
Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya. Ini kami kongsikan empat kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Wajib dicuba.
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dinikmati panas.
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
Setelah sejuk, boleh dipotong.
Sedia dinikmati.
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
Sedia dinikmati.
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
1 1/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...