Hidangan pembuka selera lauk kampung yang unik tapi ringkas. Aroma terung bakar yang ditumis dengan cili padi serta diberi perahan limau kasturi memberi rasa masam pedas yang membangkitkat rasa makan anda.
TERUNG BAKAR TUMIS CILI PADI ISTIMEWA
BAHAN – BAHAN
Ads
Bawang Merah dihiris
Cili padi Hijau / Merah (dihiris nipis)
Belacan
Terung Gemuk
Limau Kasturi
Garam
Minyak
CARA MEMASAK:
1. Bakar terung di atas api. Pilih terung yang gemuk sebab jika di bakar terung mengecut. Lagi lama bakar laaagi sedap! Bakar hingga lembik tapi jangan lembik sangat.
2. Setelah puas hati dengan baunya dan aroma, buang kulit terung yang dibakar tadi. Tinggalkan sikit kulit hitam tadi pun ok sebab itulah benda yang sedap.
3. Dengan sedikit minyak tumis bawang merah, cili padi dan belacan sehingga naik bau. Selepas itu masukkan terung yang dibakar tadi
Hidangan ala salad dari Thailand penuh dengan rasa menyegarkan. Masam, manis, masin dan pedas menaikkan selera makan anda. Somtam sesuai untuk yang menjaga berat badan.
SOMTAM BETIK MUDA
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar perahan air limau nipis (sebiji limau nipis)
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula somtam @ gula melaka @ gula biasa
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
Lobak merah (di potong halus memanjang)
kacang panjang (di potong seinci panjang)
tomato ( di belah 4-6)
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung kayu (jika tidak ada lesung batu pun boleh).
2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
3. Akhir sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.
Kombinasi bahan segar dan kuah pecal yang enak menjadikan hidangan ini sebagai menu wajib cuba. Lebih istimewa, sambal pecal boleh disimpan lama dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk beku. Boleh dikeluarkan dan diguna pada bila-bila masa.
RESIPI PECAL NANGKA
BAHAN-BAHAN:
200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
Sedikit hirisan timun
BAHAN KUAH KACANG:
200gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
4 sudu besar gula perang atau pasir
1 biji cili merah | dihiris
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
1cm halia | dihiris
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya |untuk membancuh kuah kacang
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan, angkat dan ketepikan.
Apabila sejuk buang kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur.
Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati, tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.