Ringkas, cepat dan membuka selera. Walaupun kelihatan biasa, tapi hidangan ini sememangnya mempunyai rasa yang luar biasa. Bagi yang gemar makan pecal, menu mudah ni boleh anda cuba.
 BAHAN-BAHAN:
  - 300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
  
 BAHAN KUAH KACANG:
  - 150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
  - 3 sudu besar gula perang atau pasir
  - 1 biji cili merah | dihiris
  - 5 biji cili padi
  - 2 ulas bawang putih | dihiris
  - 2 biji bawang merah | dihiris
  - 1cm halia | dihiris
  - Sedikit belacan
  - Sedikit air asam jawa
  - Garam secukup rasa
  - Air panas secukupnya
  - Sedikit minyak masak
  
 CARA MEMASAK:
  -  Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  -  Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
  -  Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan.  Angkat dan toskan minyaknya.
  -  Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
  -  Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
  -  Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
  -  Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
  -  Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
  -  Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
  
  
 INFO CHEF: Kuah pecal ini boleh disediakan dengan pelbagai sayur lain yang direbus atau dimakan secara mentah.