Tidak keterlaluan jika dikatakan dapur yang kotor boleh menjadi sarang penyakit yang berbahaya. Kotoran seperti sisa makanan yang tertumpah pada bahagian dinding, lantai, kabinet dan sebagainya yang terus dibiarkan tanpa pembersihan. Sedikit demi sedikit dan lama kelamaan ia akan membusuk.

Akhirnya tempat tersebut akan menjadi habitat perkembangan kuman dan bakteria. Selain itu, tidak dinafikan menjadi tarikan kepada haiwan seperti lalat, tikus, lipas dan sebagainya yang menyebabkan timbulnya penyakit. Akibatnya ia boleh mendatangkan bahaya kepada tahap kesihatan ahli keluarga yang menjamah hidangan yang disediakan daripada ruang dapur yang kotor.

Menghindari daripada semua ini terjadi, tindakan segera untuk memastikan ruang dapur sentiasa bersih harus diambil segera. Ini kerana dapur yang bersih dapat menjamin hidangan yang disajikan selamat dimakan dan sihat untuk ahli keluarga. Antara langkah yang perlu dilakukan untuk merawat ruang dapur agar tetap bersih, sihat dan menyenangkan adalah seperti berikut :

  1. Bersihkan selalu dapur memasak

Jadikan amalan setiap kali selepas memasak harus bersihkan ruang dapur gas dan sekitarnya. Lebih-lebih lagi selepas menggoreng, kerana umumnya banyak minyak yang akan terpercik keluar daripada kuali. Oleh itu bersihkan dengan kain untuk menghilangkan sisa minyak. Jangan menunda keesokan harinya untuk melakukan tugas ini kerana lama kelamaan kotoran tersebut akan mengeras dan sukar untuk dibersihkan. Selain itu juga kotoran yang tertinggal akan membusuk dan berkemungkinan menjadi tempat bakteria dan kulat membiak di situ.

Pastikan Lima Perkara Ini Agar Ruang Dapur Sentiasa Bersih

  1. Bersihkan alatan memasak

Cuci peralatan memasak sehingga bersih menggunakan sabun pencuci yang mengandungi antiseptik untuk cucian yang lebih optimum. Ini penting untuk menjamin perkakasan memasak kekal bersih dan selamat untuk digunakan. Sebaiknya juga selepas dicuci dikeringkan. Jangan menangguhkan proses mencuci perkakasan memasak setelah digunakan untuk mengelak daripada lalat hinggap pada sisa-sisa makanan yang ada.

IKLAN
  1. Bersihkan bekas menyimpan ramuan masakan secara berkala

Ramuan makanan yang disimpan di dalam bekas berpenutup perlu juga diberi tumpuan agar kekal selamat digunakan. Antara ramuan yang sering kita simpan di dalam bekas adalah seperti belacan, udang kering, rempah ratus dan sebagainya yang sebenarnya mempunyai tempoh luputnya yang tersendiri. Sebaiknya sediakan jadual berkala untuk lakukan pembersihan bekas untuk memastikan makanan yang disimpan kekal bersih dan selamat digunakan.

  1. Bersihkan ruang kabinet dapur

Usahakan membersihkan ruang kabinet secara rutin untuk mengelakkan daripada menjemput kehadiran lipas, cicak dan tikus. Ini kerana haiwan sebegini memang gemar ruang yang tidak terurus dan kotor dijadikan sebagai habitat mereka. Oleh itu pastikan ruang storan sentiasa kemas, bersih dan tersusun rapi.

Pastikan Lima Perkara Ini Agar Ruang Dapur Sentiasa Bersih

IKLAN
  1. Pastikan ruang dapur terang dan kering

Kemasukan cahaya matahari di ruang dapur adalah sangat baik untuk mencegah perkembangan bakteria dan kuman terjadi di ruang dapur. Terutamanya di bahagian-bahagian yang sering lembap seperti di ruang singki. Jadi usahakan agar ruang dapur memiliki bukaan tingkap yang luas untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke ruang dapur anda. Jika kaedah ini sukar dipraktikkan atas sebab ruang yang terhad atau sebagainya, maka apa yang perlu anda lakukan adalah pastikan kawasan sekitar singki sentiasa dikeringkan tiap kali menggunakannya.

Sumber gambar: 123 royalty free

KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.

IKLAN

BOLEH LIHAT RESIPI LAIN:

https://www.rasa.my/kek-span-vanila-ikut-sukatan-cawan/

Biskut Susu Jagung Tiga Bahan, Ramuan Ringkas Tetap Sedap

https://www.rasa.my/kek-batik-indulgence-lembut-dan-bila-potong-tak-melekat/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI