Beberapa saja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan. Makan Kitchen, DoubleTree Hilton bakal menghidangkan tetamu dengan bufet Ramadan bertema Pasar Malam Istimewa.
Pelbagai jenis masakan dan hidangan tempatan Malaysia bakal diperkenalkan buat tetamu. Terdapat lebih daripada 100 hidangan sebagai pilihan, anda bakal merasai pengalaman umpama di pasar malam.
Ads
Khas untuk peminat makan India..jangan bimbang kerana makanan India asli turut disediakan Terdapat beberapa stesen yang disediakan seperti Ayam tandoori, Fish tikka dan Kebab kambing
Ads
Stesen masakan Cina pula bakal menghidangkan Itik panggang, Yong Tau Foo, Chinese style noodle dan Nasi ayam Hainan.
Aneka juadah pencuci mulut turut disediakan termasuklah pengat pisang, pelbagai kuih muih Melayu dan Nyonya, kek dan puding yang menggamit rasa.
Ads
Bufet Ramadan Early Bird bermula dari 1 April -1 May2019- Harga RM105 nett
Bufet Ramadan bermula dari 6 Mei – 4 Jun 2019 dari jam 6.30pm-10.30pm.Harga RM148 nett
Bufet Rumah Terbuka Hari Raya bermula dari 5-6 Jun 2019 dari 12.30pm-4pm. Harga dewasa RM 110 nett dan kanak-kanak RM55nett (umur 6-12 tahun)
Rasai sendiri pengalaman berbuka puasa yang berkonsepkan pasar malam di Makan Kitchen, DoubleTree Hilton ni.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau jalan-jalan cari makan di Kelantan, jangan lupa singgah ke kafe buku hipster, Hedwig Book & Kafe di Kubang Kerian, Kelantan.Mahu menikmati keterujaan alam fantasi Harry Potter seperti di layar perak, Hedwig Book & Cafe adalah lokasi tepat.
Lebih-lebih lagi buat penggemar siri filem Harry Potter kafe ini pasti memberikan keseronokan dan kepuasan menikmati sajian enak sambil berhibur menggunakan kemudahan yang ada.
Konsep ala perpustakaan dalam kafenya memang satu tarikan kuat pelanggan untuk datang menikmati selera di sini. Menurut pemiliknya Nur Raiha Hanafi anak sulungnya adalah peminat tegar yang filem Harry Potter yang memberikan inspirasi untuknya mengadaptasikan kafe berdasarkan cerita tersebut.
Walaupun pemilik kafe buku hipster biasanya banyak tertumpu di bandaraya besar, tetapi pemiliknya yakin permintaan di Kubang Kerian tetap tinggi potensinya. Buktinya kafe miliknya sentiasa dipenuhi pelanggan, terutamanya di kalangan pelajar dan belia. Kelainan yang dicipta dan tarikan dari filem tersebut turut menjadikan tempat ini menjadi tumpuan untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga.
Bercerita mengenai hidangan menunya adalah berkonsepkan makanan kafe iaitu menu barat seperti kek, pastri, pudding, pai epal , sandwich serta spaghetti. Menariknya menu-menu adalah berlainan setiap hari kecuali menu yang menjadi ‘signature’ kafe Hedwig.
Menu yang paling mendapat sambutan dan menjadi ‘signature’ di sini adalah Hedwig Chocolate Cake, pie epal, quiche Lorraine, ‘baked potato’ serta spaghetti carbonara. Dengan harga yang berpatutan dan penggunaan bahan berkualiti tinggi aromanya sahaja sudah cukup meyakinkan tentang kelazatan rasa sajian yang dihidangkan.
Saiz hidangan yang cukup mengenyangkan dan rasa yang enak sudah cukup membuatkan pelanggan datang berulang ke sini. Harga yang dijual juga agak sederhana contohnya untuk sekeping kek Hedwig coklat adalah RM9.80, pai epal pula RM7.80 manakala quiche Lorraine RM7.80
Selain menikmati keenakan sajian, pelanggan juga boleh menyewa buku-buku dengan kadar sewaan yang berpatutan iaitu serendah seringgit sehari.Di samping itu kafe ini menyediakan ‘props’ seperti jubah, ‘wand’, skarf untuk pelanggan bergaya seolah-olah mereka adalah pelajar di sekolah Hogwarts seperti Harry Potter.
Jelasnya kafe ini bukan sahaja sekadar menjadi tempat menjamu selera malahan pengunjung juga boleh berekreasi dan dapat bergembira di sini. “Kami menyediakan ‘board game’ seperti Harry Potter scrabble yang menguji kepintaran dan pengetahuan seperti dalam cerita tersebut.
Di samping itu terdapat juga permainan lain seperti jenga, uno dan susun kerusi untuk merehatkan minda. Pelanggan juga boleh mewarna di buku mewarna yang kami sediakan sambil menunggu makanan dan minuman sampai ke meja,” cerita Raihana kepada RASA.
Kafe ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Lokasi tepatnya adalah di PT 1667, Tingkat 1, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kelantan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cari port makan yang best? Wajib korang cuba, Kojo by 10 Gram, kafe di Tamarind Square dengan konsep makanan Japanese fusion.
Memasuki ke ruang dalaman kafe ini mata ralit dengan penataan gaya dekorasinya. Santai dan sangat cool. Pendek kata bukan hanya dapat menikmati makanannya yang pelbagai malah boleh ootd di setiap sudut yang anda mahu.
Krew Makan Di Mana sempat review beberapa signature makanan dan minuman di sini.
Kojo by 10 Gram, tampil dengan konsep dekorasi industrial.Terbahagi kepada beberapa sudut dan boleh juga pilih ruang atas jika ingin privacy.
Kalau korang prefer ayam,cuba menu Tori Teriyaki. Portion besar, boleh makan dua orang. Rasa nasi ni unik sebab rasa macam nasi dibakar. Walaupun rasa kelainan tapi boleh diterima tekak. Memang kenyang gaiss.
Boleh cuba menu Chilli Crab and Egg kalau nak rasa sesuatu yang lain dari kebiasaan. Di dalam telur ada campuran chili crab, fuh lain macam rasanya. Satu pinggan ni memang puas makan.
Bagi penggemar pasta, Tiger Prawn Aglio Olio korang kena pilih. Agak sedikit pedas, tapi kombinasi udang di dalam pasta ni melengkapkan lagi hidangan ini. Aglio olio ni boleh jer orang habiskan sebab rasanya super sedap.
Di Kojo ada handbrew coffee dan refreshing drink. Jadi Imran cuba refreshing drink macam Pink Limenade, Apple Mohito dan Fuji Peach. Best!
Lain-lain menu pun tak kurang enak,jadi kenalah datang sendiri cuba.Tak rugi datang sini gaiss.
Kojo by 10 Grams dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi – 9.30 malam. Lokasi di Tamarind Square sebaris dengan kedai PLNTco dan Lauk Kampung.
Satu lagi tempat santai seisi keluarga kini dibuka di Seksyen 13 Shah Alam. Bermula Februari 2020, Satay Bakar memulakan operasinya dengan membuka kiosk kecil-kecilan di Seksyen 13 dan juga Seksyen 2. Namun kini, Satay Bakar mengorak langkah dengan membuka restoran pula.
Menurut wakil jenamanya, Sharini Selamat, keistimewaan Satay Bakar adalah menghidangkan sate tanpa lemak. Ini kerana ramai pelanggan mereka yang meminta sate tanpa lemak.
“Kami memberi pilihan untuk yang sangat suka makan sate tapi tidak suka ada lemak. Satay Bakar memberi solusi ini kepada anda untuk menikmati sate ayam dan sate daging tanpa lemak. Jangan risau, walaupun tanpa lemak, dengan penelitian pada perapan rempah ratusnya menjadikan sate yang dihasilkan masih mengekalkan cita rasa sedap. Sate kami juicy, lembut dan memuaskan. Inilah kelebihan Satay Bakar dalam menghasilkan sate tanpa lemak,” kata Sharini yang mesra dipanggil Nini.
Menurut Nini, perniagaan ini dibuka atas kerjasama adik beradik dan iparnya. Mereka ialah Khairul Adha Rusli, Mohd Shukri Selamat, Ain Nur Syahirah Othman, Norfarhani Sulaiman dan Farhana Selamat.
Mereka memilih perniagaan sate kerana sate ialah makan yang tetap diminati sampai bila-bila.
“Kami semua peminat tegar sate. Cuma, kami suka sate yang tiada lemak. Lagipun sate yang kami buat masih mengekalkan rasa sate sebenar iaitu resipi daripada abah. Kami buktikan sate tanpa lemak pun, rasa tetap juicy dan sedap,” katanya.
Satay Bakar turut menghasilkan sate untuk golongan vegetarian iaitu sate cendawan. Diperap menggunakan ramuan sate, justeru rasanya juga seperti sate.
“Jadi, bagi anda yang tidak makan daging namun ingin menikmati sate, kami jemput cubalah menu sate cendawan kami. Rasanya persis seperti sate biasa juga kerana diperap menggunakan ramuan serupa. Cubalah, gerenti tidak kecewa,” tambah Nini.
“Kami juga menyediakan pelbagai jenis kopi, teh, soft drinks dan float. Untuk pencuci mulut, kami ada kek batik dan pelbagai jenis aiskrim,” tambah Nini.
Tidak hanya memandang restoran sebagai tempat makan, Satay Bakar turut menyediakan ruang yang selesa untuk seisi keluarga membuat perjumpaan ataupun pertemuan bagi orang bisnes.
“Kami ada ruang makan dan ruang santai. Cukup selesa. Sangat sesuai jika ada pertemuan antara individu yang membuat bisnes bagi menjalankan perbincangan di sini,” ujarnya Nini menutup bicara.
LOKASI
SATAY BAKAR SEKSYEN 13, SHAH ALAM
(Dine in, delivery, take away, pick up)
SATAY BAKAR SEKSYEN 2, SHAH ALAM
(Delivery dan pick up by reservation)
WAKTU OPERASI
10 pagi hingga 10 malam (Tutup setiap Khamis)
Ketahui khasiat air rebusan halia serai kunyit untuk kesihatan, termasuk menyokong sistem imun, melancarkan penghadaman, mengurangkan keradangan serta cara penyediaannya yang mudah di rumah.