Ovaltine Chocolate Chip Cookies, Sedap dan Rangup!

Share

Selalu biskut menggunakan coklat atau pelbagai jenis coklat seperti white chocolate atau dark chocolate. Kali ini, cuba kita gunakan Ovaltine pula. Beri kelainan sedikit pada variasi biskut yang kita buat.

Jom kita lihat resipinya.

OVALTINE CHOCOLATE CHIP COOKIES

BAHAN A
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
1 biji telur ayam
1/4 cawan minyak jagung

BAHAN B (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan Ovaltine
1/2 cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum

BAHAN C
1 cawan badam cencang (dibakar sekejap)
1 cawan chocolate chip

CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega bersama gula halus. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam dan juga minyak jagung. Gaul lagi.
3. Masukkan pula BAHAN B kecuali tepung gandum. Kacau adunan sehingga sebati.
4. Apabila semuanya sudah sebati, baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sambil diadun sehingga adunan lembut.
5. Akhir sekali, masukkan BAHAN C. Adun rata.
6. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
Ulang proses sehingga habis adunan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
8. Setelah masak, biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Nampak sedap, kan?

Sumber: Farisha Sofea

Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan Rasa Share Resipi

IKLAN