Bersempena bulan kemerdekaan yang ke-67 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Rasa Suri sebagai penganjur utama bersama Puteri UMNO Bahagian Putrajaya & Wanita UMNO Bahagian Putrajaya mengadakan Program “Semarak Kemerdekaan” di Perkarangan Dewan Komuniti Fasa 18 R13, Presint 18, Putrajaya pada 17 Ogos 2024 yang lalu.
Program kemasyarakatan bertajuk “Jom Masak Dan Menang Bersama Rasa Suri“ ialah sebuah pertandingan memasak yang menggunakan kiub masakan Rasa Suri sebagai bahan utama dalam menu masakan pertandingan seiring dengan usaha untuk memperkenalkan masakan melayu tradisi kepada khalayak ramai.
Acara ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat mengenai produk Rasa Suri yang terkenal dengan slogan “Macam Mak-Mak Kita Masak” kerana keunikannya yang mudah digunakan, penyediaan yang sangat cepat dan sesuai untuk semua golongan umur. Tambahan pula, bahan kuib rasa suri yang digunakan adalah halal, produk tempatan dan tiada penggunaan MSG.
Selain pertandingan memasak, acara mewarna dan pertandingan busana traditional turut dipertandingkan bagi kategori kanak-kanak serta sukan rakyat seperti congkak dan batu seremban turut diadakan dengan kemeriahan kunjungan daripada pelbagai peringkat umur. Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh Mamee, Vida, Yobick, Fruit Plus dan juga rakan strategik daripada Puteri Umno Bahagian Putrajaya, Majlis Perwakilan Peduduk Putrajaya – Sub Zone 1 dan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai jualan sepanjang program berlangsung antaranya ialah Kuih Corner, Kopiku, gerai baju, ais-krim pop dan juga booth jualan Rasa Suri.
Mengulas lanjut mengenai anjuran pertandingan “Jom Memasak dan Menang bersama Rasa Suri”, Surazi Jaisselaku Pengasas dan Pengarah Urusan Rasa Suri berkata, “Dengan acara sebegini kita dapat melihat teknik masakan dan kreativiti dari 22 kumpulan yang bertanding untuk menawan hati juri sekaligus memperkenalkan makanan atau lauk warisan tradisi seperti Ayam masak gulai lemak cili api, Ayam Masak merah, Daging masak hitam, dan juga sambal tumis udang.Di samping memperkenalkan masakan tradisi Malaysia, program ini juga dapat mencungkil bakat terpendam para peserta. Acara seperti ini hendaklah diteruskan dan sasaran Rasa Suri adalah untuk menjelajahi satu Malaysia dengan memperkenalkan masakan tradisi menggunakan produk Rasa Suri.”
Ads
Surazi Jais selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Rasa Suri (ketiga daripada kiri) dan YBhg Datin Seri Utama Datuk Anggraini Binti Sentiyaki selaku Penasihat Persatuan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan (berdiri di tengah)
Program ini juga disokong oleh YBhg Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki selaku penasihat, Persatuan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan serta majlis penutup dirasmikan oleh YB Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya selaku Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Positif Covid-19. Ini adalah doa yang setiap hari kita pohon dari Tuhan agar dijauhkan. Di musim wabak yang sedang galak melanda, pastinya setiap daripada kita mengharapkan diri sendiri serta insan-insan tersayang dihindari serta dijauhi dari penyakit ini.
Pelbagai langkah pencegah dilakukan. Lihat sahaja di serata tempat, topeng muka, cecair pembasmi kuman, ‘hand sanitizer’ malah sarung tangan juga habis diborong. Semuanya demi memastikan keluarga tercinta terlindung dari musibah.
Namun apakan daya kita sebagai manusia biasa untuk menolak dugaan yang diberi Allah SWT. Menerusi lama FB Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap hari ada sahaja kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dan syukur ke hadrat Ilahi, bilangan pesakit yang sembuh juga semakin meningkat.
Di dalam usaha kita dalam membendung virus ini, RASA turut menzahirkan rasa simpati buat Chef Suhaili Mohd Noor yang mana suami beliau, Herwin Bachtiar disyaki Positif Covid-19 dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Difahamkan suaminya tidak mempunyai apa-apa hubungan atau kontak rapat dengan mana-mana pesakit yang positif Covid-19. Malah hari ini beliau dan anak-anak juga akan menjalani ujian kesihatan bagi mengesan virus ini.
Chef Suhaili yang merupakan pensyarah dalam bidang Hotel & Katering adalah antara barisan chef yang banyak menyumbangkan bakti untuk majalah RASA. Beratus-ratus resipi telah dihasilkan dan menjadi panduan para pembaca & ‘followers’ RASA di seluruh Malaysia. Dari resipi tradisional, kuih muih serta sajian luar negara, sentuhan air tangan Chef Suhaili sememangnya tidak pernah menghampakan.
Bekerja bersama beliau amat mudah. Sifat mesra dan rendah diri yang ada padanya membuatkan beliau sentiasa disenangi ramai. Malah kerjasama yang yang diberikan oleh suami dan anak-anak sewaktu sesi pengambaran berlangsung memang tiada berbelah bagi. Sang suami tenang tersenyum manakala si anak leka bermain sendiri sementara menunggu ‘shooting’ habis. Banyak kenangan manis RASA bersama Chef Suhaili sekeluarga yang kekal kemas di ingatan kami.
Jadi kami di Majalah RASA ingin mengajak dan memohon kepada semua pembaca agar sama-sama mendoakan kesembuhan buat suami Chef Suhaili ( Encik Herwin Bachtiar ) dan juga mengharapkan keputisan ujian negatif Covid-19 buat Chef Suhaili dan anak-anak yang akan dijalankan hari ini.
Beliau dan keluarga sedang diuji. Moga dengan doa dari kita semua dapat memberikan kesejahteraan buat keluarga kecil ini. Insyaallah.
Menonton teasernya sahaja sudah cukup membuat jantung berdegup kencang! Tombiruo: Penunggu Rimba adalah filem yang diadaptasikan menerusi naskah novelis thriller terkemuka Malaysia, Ramlee Awang Murshid pastinya antara filem wajib tonton tahun ini. Bakal menemui penonton bermula 12 Oktober nanti, filem yang diterajui oleh Zul Ariffin ini pastinya berbeza dari filem-filem yang pernah anda tonton sebelum ini.
Disebalik karya yang agung, pastinya ada pengorbanan yang terpaksa ditanggung. Begitulah yang dirasai oleh Zul Ariffin bagi menjiwai watak Tombiruo atau Ejim. Menurut Zul lagi, bukan mudah untuk dirinya untuk menggalas dan menzahirkan watak ini. Walaupun watak Ejim tidak menuntutnya untuk menghafal dialog yang banyak, namun cabarannya adalah dari segi mendapatkan bentuk badan dan tona kulit yang sesuai dengan watak.
Malah, untuk watak ini juga Zul Ariffin terpaksa menurunkan berat badan yang asalnya 90kg kepada 77kg hanya dalam masa lima minggu. Wow! Tapi percayalah, menurunkan berat badan tidak semudah menaikkan berat lebih-lebih lagi jika ia terpaksa dilakukan dalam tempoh masa yang singkat.
“ Dari segi pemakanan, nak turunkan berat dari 90kg ke 77kg, saya kena skor berat turun dalam 2-3kg seminggu. Jadi dalam proses itu, saya tidak makan apa-apa. Dalam 2 minggu pertama, saya hanya minum air sahaja dan ambil makanan dalam jumlah yang terlalu sedikit sekadar memberi ruang kepada perut untuk proses. Saya minum banyak air dan bila perut rasa penuh, rasa untuk makan tu tak ada,” ujar Zul.
Zul Ariffin bersama Ramlee Awang Murshid
Selain terpaksa melakukan diet ekstrim, ada pelbagai lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pelakon ini termasuklah mengalami kecederaan sewaktu melakukan aksi lagak ngeri demi menghidupkan watak Tombiruo. Bagi para peminat tegar Ramlee Awang Murshid yang mengikuti cerita ini menerusi novel, inilah saatnya untuk anda rasai letusan adrenalin luar biasa dengan menonton Tombiruo secara ‘live’ di depan mata anda. Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan filem Tumbiruo: Penunggu Rimba pada 12 Oktober ini di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia.
Anda peminat makanan Jepun yang asli dan raw? Hujung minggu ni bolehlah datang ke JONETZ by DON DON DONKI di Sunway Pyramid. Restoran sushi DONKI, “Sen Sen Sushi” dan pakar nasi premium Jepun “Tomita Seimai” dibuka untuk orang ramai bagi menikmati sushi segar di sini.
DON DON DONKI sedang mengembangkan beberapa cawangan seperti di Singapura dan Hong Kong dengan konsep kedai khusus jenama Jepun di Sunway Pyramid, sebuah kompleks komersial yang besar dengan keluasan lebih kurang 400,000 meter persegi.
Pelanggan boleh menikmatinya sushi popular dari JONETZ by DON DON DONKI dalam suasana yang lebih asli. Nikmati gabungan nasi sushi yang dibuat dengan beras Koshihikari Jepun yang baru dikisar dan campuran cuka merah asli kami serta topping sushi segar yang diperoleh daripada semua seluruh dunia.
Antara menu sushi yang sempat dicuba ialah Fresh Salmon Sushi,Bluefin Hon Maguro Trio,Engawa Sushi, Ebi Trio,Anago Ippon,Uni Sushi,Fresh Hotate Sushi,Hamachi Sushi,Wagyu Sukiyaki Sushi dan Wagyu Negi Shio Sushi. Semuanya dihidangkan segar dan enak.
Sushi popular di JONETZ oleh DON DON DONKI seperti maguro, salmon, uni dan 70 jenis makanan laut lain akan ditawarkan di Sen Sen Sushi. Di Tomita Seimai, pelanggan boleh menikmati nasi Akita Komachi dan Yamagata Haenuki baru dikisar dalam kedai dan onigiri Jepun yang dibuat dengan beras Koshihikari dari Wilayah Niigata.
Di JONETZ by DON DON DONKI skewer wagyu disahkan Halal*1 daging wagyu A5 popular di kalangan penduduk tempatan,berkualiti tinggi dan menjadikannya menu popular. Di samping itu, pelbagai jenis pencuci mulut dan makanan sejuk beku juga tersedia di sini.
*1 “Produk yang disahkan Halal”, yang diiktiraf oleh badan pensijilan halal Jepun dengan pensijilan bersama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ayuh ke JONETZ oleh DON DON DONKI menikmati sushi segar dan membeli belah di sini.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!