Kalau korang tengah merisik biskut raya, apa kata cuba buat sendiri biskut untuk hari raya kali ini. Hanya guna tiga bahan, korang dah boleh buat biskut yang sedap.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Masukkan nutella dan telur ayam.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati dan menjadi doh.
4. Ambil adunan dan bulatkan. Letak di atas baking paper.
5. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 10 minit.
6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Ads
Boleh juga tontot video ni untuk lebih faham.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda suka makan kek? Jom cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake yang sangat sedap ni. Nampak ringkas je tapi teksturnya yang gebu membuatkan ramai yang teringin nak merasa. Saudara Mohammad Muammar ada kongsikan resipi. Jom kita mula.
RESIPI MULBERRY YOGURT BUTTER CAKE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak. Ketepikan.
2.Pukul mentega /marjerin dengan gula hingga kembang guna medium speed.
3.Masuk kuning telur sebiji demi sebiji. Pukul kembang dan rata juga menggunakan medium speed.
4.Masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk. Pukul sebati.
5.Ambil 1/3 meringue tadi, masuk ke dalam adunan. Kaup balikkan hingga sebati.
6.Kemudian masukkan baki meringue tadi. Kaup balikkan lagi.
7.Masukkan parutan kulit oren dan juga mulberry. Gaul sebati.
8.Tuang adunan dalam loyang empat segi bersaiz 9×9.
9.Bakar pada suhu 170c guna api atas bawah selama 45 minit (ikut ketuhar masing-masing). Letak loyang di rak paling bawah.
NOTA: Kalau guna loyang 8×8, boleh guna 2/3 sukatan resepi.
Jom cuba buat Kek Marble Kopi Kampung yang gebu, lembut dan sangat mudah disediakan di rumah. Resipi ini tidak menggunakan banyak bahan tetapi hasilnya cukup memuaskan. Sedikit berbeza daripada kek marble biasa, versi ini menggunakan serbuk kopi sebagai penambah rasa yang memberikan aroma lebih menarik dan rasa yang lebih unik.
Kek marble gaya kampung sememangnya menjadi kegemaran ramai. Sama ada kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa, semuanya boleh menikmati kek ini pada bila-bila masa. Teksturnya yang lembut serta kombinasi rasa kopi dan coklat menjadikannya pilihan sesuai untuk sarapan, minum petang atau hidangan ketika berkumpul bersama keluarga.
Bagi anda yang ingin menyediakan kek ini untuk keluarga tercinta, boleh cuba resipi perkongsian saudari Norainon Misnor. Jika anda tidak menggemari kopi, penggunaan serbuk kopi boleh diabaikan dan kek masih akan menghasilkan corak marble yang cantik serta rasa yang enak.
Untuk memastikan hasil kek lebih lembut dan gebu, pastikan mentega berada pada suhu bilik sebelum diputar bersama gula. Telur juga sebaiknya tidak terlalu sejuk kerana ia membantu adunan naik dengan lebih baik.
Selain itu, tepung perlu diayak terlebih dahulu bagi mengelakkan ketulan dan memastikan tekstur kek lebih halus. Ketika menggaul tepung ke dalam adunan, lakukan secara perlahan menggunakan teknik kaup balik supaya udara yang terhasil semasa proses memutar tidak hilang.
Bagi penggemar kopi, anda boleh menggunakan serbuk kopi berkualiti untuk memberikan aroma yang lebih harum. Walaupun hanya menggunakan kuantiti yang kecil, rasa yang terhasil mampu memberikan kelainan pada kek tanpa menenggelamkan rasa asalnya.
Gabungan kopi dan koko dalam resipi ini juga membantu menghasilkan lapisan rasa yang lebih seimbang. Inilah yang menjadikan Kek Marble Kopi Kampung begitu istimewa berbanding kek marble tradisional.
Kek ini bukan sahaja sesuai dijadikan hidangan harian, malah boleh disediakan untuk majlis keluarga, jamuan pejabat, potluck atau sebagai buah tangan ketika berkunjung ke rumah saudara-mara. Kos penyediaannya juga tidak terlalu tinggi kerana menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.
Ramai yang menyukai Kek Marble Kopi Kampung kerana rasanya yang tidak terlalu berat dan tidak mudah membuatkan jemu. Dengan tekstur lembut serta corak marble yang cantik, ia sentiasa menjadi pilihan ramai pencinta kek buatan sendiri.
Jika anda sedang mencari resipi kek yang mudah, menjimatkan dan sedap, Kek Marble Kopi Kampung ini memang wajib dicuba. Langkah penyediaannya ringkas, bahan-bahannya mudah diperoleh dan hasilnya sangat memuaskan. Anda juga boleh mengubah suai rasa mengikut cita rasa sendiri dengan mengurangkan atau menghilangkan penggunaan kopi.
Selamat mencuba resipi Kek Marble Kopi Kampung ini di rumah dan nikmati bersama keluarga tersayang. Dengan teknik yang betul dan bahan yang mencukupi, anda pasti memperoleh kek yang gebu, lembut dan penuh aroma yang menyelerakan.
Kata orang kalau dah rezeki tidak kemana. Berkongsi resipi pun adalah amal jariah, walaupun resipi brownies meletop ni adalah salah satu menu perniagaannya, Asmawati Ayob tak lokek berkongsi resipi.
Siap tunjuk cara step by step membuatnya. Malah di kala PKP ni , jualan dan permintaan untuk brownies tetap ada.
Jom semak resipi dari wanita gigih ini. Kalau ikut teknik yang diberi pasti mudah. Mulakan dengan baca bismillah ya, insyallah menjadi.
BROWNIES MELETOP
BAHAN-BAHAN :
*adunan ni cukup untuk utk loyang 7×7 inch. Asmawati buat dua loyang jadi gandakan adunan.
CARA MEMASAK : 1. Satukan mentega, gula dan gula perang didalam kuali. Nyalakn api kecil. Kacau sampai rupa mcm ni. Sampai nmpk mcm ada minyak2 naik tepi2 atas tu kan,dah cun la tu. Tutup api. Jgn smpai didih ok.
2.Tunggu kejap dlm 7 -8 minit camtu bg suam2 panas sikit baru kita masuk telur. Kalau masuk telur cepat sgt time panas,karang jd brownies telur dadar pulak kamu niiii!🤭
3. Proses2 seterusnya ni tak perlu buka api dah ok. Teruskan mengacau dlm kuali yg sama ni ja ok. So now masukkan telur. *jgn konfius..ni sy buat 2 adunan…tu pasal ada 4biji. 4. Masukkan choc chip.
5. Kacau-kacau lagi smpai choc chip tu cair n adunan kita dh jd kaler gelap.
6. Tambah serbuk kopi segera,tak kisah brand apa. Kopi perlu utk naikkan rasa ummph coklat kita tadi. Kemudian kacau sekata.
7. Pastu masukkan tepung gandum,serbuk koko dan garam. Kacau-kacau semua perlahan2. Jangan kasar sangat, comot pulak dapur jadinya nanti
8..Haaa,dh kacau sebati jadilah macam ini, bolehlah panaskan oven sementara kita nak masuk loyang sempatlah oven ready panas.
9. Masukkan dlm loyang 7×7 inch. Bakar suhu 180°C 35minit…plus minus time dia bergantung jenis oven
10.Siap. Tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang dan potong.
Cucur Ayam Crispy yang rangup di luar dan juicy di dalam. Ikuti resipi mudah menggunakan bahan ringkas yang sesuai dijadikan kudapan, sarapan atau minum petang seisi keluarga.