Nostalgianya, Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Bilis Tempoyak

Share

Masyarakat Negeri Sembilan memang menggemari apa jua masakan yang berasaskan masak lemak cili api. Tidak ketinggalan, menu yang satu ini. Menu orang dulu-dulu, pisang muda masak lemak cili api campur bilis dan tempoyak. Nostalgia sangat.

Menurut SuiSan Aliezsha yang sudi berkongsikan resipi ini, sekiranya merindukan air tangan mak atau arwah mak kita, bolehlah cuba buat menu ini. Menu ini memang masakan kegemarannya. Arwah ibunya selalu masakkan menu ini buat mereka sekeluarga. Jadi, jika teringin masakan ibu kita dulu-dulu, bolehlah kita cuba buat sendiri pula.

PISANG MUDA MASAK LEMAK CILI API CAMPUR BILIS & TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

Pisang muda

Cili api (ditumbuk) – Boleh beli online di sini

Kunyit hidup (ditumbuk)

Tempoyak – Boleh beli online di sini

Asam keping

Ikan bilis – Boleh beli online di sini

1 ½ biji kelapa parut (perah dan ambil patinya)

CARA MEMASAK:

Cuci bersih pisang muda. Rendam dengan air garam dan asam keping. (Saya guna pisang emas. Ada pisang kapas lagi sedap.)

Sediakan kuali. Masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang.

Masak dan kacau sehingga mendidih.

Agak-agak pisang hampir lembut, masukkan tempoyak. Pastikan garam secukup rasa.

Kacau dan dah siap. Enak dimakan dengan ikan goreng garing.

Selamat mencuba.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN