Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila musim panas, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh. Jus Limau Kasturi bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi dalam masa yang sama baik untuk melegakan sakit tekak, demam dan sakit kepala. Jom kita cuba buat Jus Limau Kasturi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Masyirah Mat Saad
JUS LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji limau kasturi
2 sudu besar gula (ikut cita rasa)
1 1/2 cawan air
Asam boi
Ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan limau kasturi dan buang bijinya.
2. Kisar bersama air dan gula. Jangan terlalu lama nanti jadi pahit pula.
3. Selepas dikisar, tapis dan ambil air jusnya.
4. Hidangkan bersama ais dan asam boi.
5. Jika suka boleh letak sedikit hampas kulit limau kasturi yang dikisar tadi. Tabur dalam jus limau kasturi.
Sumber kredit: Masyirah Mat Saad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official