Sebut saja menu seafood atau makanan laut, tidak kira di pelusuk dunia mana, pasti ramai yang menyukainya dan dimasak dengan cara dan tradisi bangsa, budaya sesebuah negara itu. Namun tidak salah jika kita menyukai menu masakan negara lain janji sedap dan mudah disediakan. Kalau korang nak cuba, ini antara 4 menu seafood terlajar sedap ye…

Boleh Buat Sendiri 4 Menu Seafood  Sedap Gila Ni.
KETAM KARI MENTEGA CILI PADI
BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ketam | bersihkan potong dua
  • Sedikit serbuk garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN KUAH:

  • 4 sudu makan mentega
  • 4 ulas bawang putih cincang halus
  • 1 biji bawang besar | dadu kasar
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 cawan susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2. Sementara itu, gaulkan ketam bersama garam halus dan serbuk kunyit.
3. Setelah gaul rata, goreng hingga ketam bertukar warna kemerahan.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi.
6. Masukkan hirisan cili dan daun kari.
7. Kacau seketika, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
8. Setelah sebati dan pecah minyak masukkan susu cair, kacau rata.
9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, baru masukkan ketam.
10. Gaul rata dan tutup api setelah cukup rasa.
11. Ketam Kari Mentega Cili Padi sedia dihidangkan.


Boleh Buat Sendiri 4 Menu Seafood  Sedap Gila Ni.
SALMON PANGGANG SOS KURMA

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping ikan salmon| bersih dan toskan.
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh sulah
  • 1 ulas bawang putih |cincang halus
  • 1 sudu teh minyak zaitun

BAHAN SOS:

IKLAN
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih |cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris memanjang
  • 6 biji cili padi | hiris halus
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan mayones
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan salmon dengan garam, bawang putih dan minyak zaitun.
  2. Panaskan kuali leper, panggang ikan guna api perlahan lebih kurang 7-8 minit. Selepas lima minit balikkan ikan.
  3. Setelah masak, tutup api. Ketepikan ikan.
  4. Menggunakan kuali, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, serta hirisan cili padi.
  5. Setelah wangi masukkan campuran pes serbuk rempah kurma, serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau rata hingga pecah minyak.
  6. Masukkan mayones dan susu cair, kacau rata sehingga tiada ketulan mayones.
  7. Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam dan gula secukup raa.
  8. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, tuangkan sos di atas salomon panggang tadi.
  9. Salmon panggang sedia dihidangkan.

Boleh Buat Sendiri 4 Menu Seafood  Sedap Gila Ni.
SOTONG TUMIS CILI KERING ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm sotong saiz sederhana | bersihkan dan tos
  • 10 tangkai cili kering | potong 2cm
  • 1/2 biji cili beggala merah | potong dadu besar
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
  • 1 biji bawang Holland | dadu besar
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris batang mancis
  • 1 pokok daun bawang | hiris 3cm sebagai hiasan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Sotong yang dibersihkan dikelar tidak putus.
  2. Masukkan sotong dalam kuali, dan panaskan di atas dapur.
  3. Biarkan air sotong keluar, setelah sotong kecut tapiskan airnya.
  4. Gunakan kuali lain,panaskan minyak. Tumis hirisan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan hirisan cili kering, kacau seketika masukkan sotong dan cili benggala.
  6. Kacau rata, masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan minyak bijan.
  7. Kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  8. Tutup api, sebelum dihidangkan, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang.

Boleh Buat Sendiri 4 Menu Seafood  Sedap Gila Ni.
UDANG PANGGANG SOS SALSA
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang saiz XL| Buang sesunggut dan bersihkan.
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk garam
  • 2 sudu makan mentega

BAHAN SOS:

  • 1 cawan daun ketumbar
  • 1/2 cawan daun pudina
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji tomato hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1/2 biji lemon | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan udang bersama garam, serbuk kunyit serta mentega hingga rata.
2. Panaskan kuali pemangang, panggang udang hingga kemerahan dan balik-balikkan.
3. Setelah udang bertukar kemerahan atau panggang lebih kurang enam minit.
4. Angkat dan isikan dalam pinggang hidangan.
5. Sementara itu, sediakan sos. Masukkan semua bahan dalam pengisar.
6. Kisar hingga halus, sos sedia dihidangkan dengan udang panggang tadi.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI