Teringin nak makan nasi tomato, ni dia resipi mudah dari Hidayati Hana yang dikongsikan dalam grup Rasa Share Resipi. Paling best kalau digandingkan bersama ayam masak merah, kambing bakar, salad arab dan papadom.

Bagi melengkapkan set Nasi Tomato, min kongsikan sekali resipi kambing bakar dan ayam masak merah dari Salimah Olie. Jom cuba…

NASI TOMATO SIMPLE RINGKAS



.

BAHAN-BAHAN :

  • 3 cawan/pot beras basmathi
  • Air secukupnya
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 3 sekawan (bunga lawang, kilit kayu manis, buah pelaga)
  • Sedikit minyak/ mentega
  • 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, sedikit halia (blend)
  • Kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak, tumis bwg yg diblend masukkn 3 sekawan dan daun pandan
  2. Bila da garing masukkn tomato puri
  3. Masukkn susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam
  4. Biarkan mendidih dan tuangkan atas beras yg sudah dibasuh dlm periuk nasi
  5. Biarkan nasi masak
  6. Bila dah kering gembur-gemburkan guna garfu taburkan kismis dn bwg goreng jika suka

Kredit : Hidayati Hana
FB Rasa Share Resipi

AYAM MASAK MERAH SEDAP

IKLAN



.

BAHAN UTAMA

  • 1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)

BAHAN KISAR

  • 3 biji bawang besar size besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia

BAHAN LAIN

  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • 2 batang serai diketuk
  • 3-4 senduk cili kisar
  • Garam dan gula secukupnya
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato (didadu kecil)

CARA MEMBUAT
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.

Kredit : Resipi oleh Salimah Olie dari Telegram KakiMakan

KAMBING BBQ SUPER SEDAP



.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging kambing | hiris kecil, cuci dan toskan
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia | kisar
  • 2 sudu makan sos BBQ
  • 1sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu teh herba campur

CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing bersama bahan perapan dalam mangkuk.
2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap .
3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Kemudian sedia dan panaskan pemanggang .
5. Setelah cukup panas, panggang daging lebih kurang 10-15 minit.
6. Setelah masak anda boleh sajikan dengan sos lada hitam atau sos kegemaran anda.

Bagi anda yang suka kan shopping online ni ada free shipping voucher istimewa menanti anda. layarinya di https://invol.co/cloqnh

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

 

DAN JUGA RESIPI INI :

7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.