Tak lama lagi raya dah nak tiba. Pastinya hidangan istimewa mahu dihidangkan untuk keluarga. Maka kita hidangkan dua menu kombo iaitu nasi tomato dan ayam masak merah yang akan buat anda melekat di meja makan. Aroma bau kedua masakan ini sungguh membuka selera.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
5 cawan beras biasa / beras Basmathi
5 cawan air
4- 5 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga
1/ 4 cawan minyak zaitun (kalau tak ada boleh ganti dengan minyak masak)
2 sudu besar menggunung minyak sapi (kalau tak ada boleh guna mentega)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3-4 helai daun pandan di simpul
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*
Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Beras direndam selama 15-20 minit. Kalau guna beras basmathi, rendam lama sikit dalam 30 minit. Kemudian, basuh dan toskan.
2. Tumis Bahan
Cairkan minyak sapi dan minyak masak / minyak zaitun dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan rempah-rempah kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
Ads
3. Masukkan Beras
Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan, gula dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa Akhir sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih
3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Kisar semua bahan bertanda *
CARA MEMASAK:
1. Goreng Ayam
Macam biasa, mula-mula gaulkan ayam dengan garam, kunyit. Panaskan kuali, bubuh minyak dan goreng. Tak payah garing sangat ye sebab lepas ni kita nak bubuh dalam lauk.
2. Tumis Rempah & Bahan Kisar
Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.
3. Masukkan Cili Kisar
Ads
Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
4. Perasakan
Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali. Perisakan dengan garam pulak. Lepastu bolehlah masukkan ayam yang dah digoreng awl-awal tadi. Terjunkan semua dan gaul sebati.
Siap!
Perut sebu akibat angin boleh buat kita serba tak kena. Salah makan sikit jadi begini. Kadang-kadang sampai jadi pening dibuatnya.
Bagi yang ada masalah angin dalam badan seperti ini mungkin boleh cuba resipi telur dadar buang angin yang dikongsi oleh Syu Azis. Ujarnya resipi istimewa ini diperoleh daripada ibu seorang selebriti jelita, Rozita Che Wan.
Cara buat telur dadar untuk buang angin
“Saya dapat resipi telur dadar ni dari emak artis tempatan, Che Ta. Saya ada terbaca di laman web majalah Nona. Katanya untuk buang angin. Resepi turun temurun yang masih diamalkan beliau dan anak-anak. Saya cuba memang menjadi. Sendawa tak habis habis.”
Bahan-bahan
2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Cara membuat :
1. Tumbuk bahan bahan kering halia, bawang putih & lada hitam sehingga lumat. Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
2. Gorengkan tanpa minyak, tapi saya ‘derhaka’ sedikit goreng dengan minyak. Dua sudu saja.
3. Disebabkan winter season dah pun bermula, lately badan memang agak sejuk semacam dan perut kembung. Jadi, saya buat resipi simple ni. Halia, bawang putih dan lada hitam sememangnya herba yang sangat bermanfaat untuk membuang angin dan memanaskan badan.
Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut.
Makan dengan nasi panas panas, lada hitam serbuk dan kicap lemak manis. Lepas tu sendawa burpp burpp. Badan pun rasa segar dan warm.
Menu sotong celup tepung sering dipesan jika kita menikmati hidangan seafood. Kerangupan dan rasa lembut memang tidak boleh bawa bincang,sedar-sedar habis sepinggan. Teringin nak mencuba menu sebegini di rumah, boleh cuba resepi ni. Tepung bersalut elok, sotong tak liat lembut saja. Paling penting tak meletup semasa menggoreng.
SOTONG CELUP TEPUNG
Bahan-bahan:
Sotong Tepung bestari Tepung beras Serbuk cili Serbuk onion Sedikit air Telur Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1.Sotong gaul dengan tepung bestari, serbuk cili sikit, onion powder dan sedikit air. 2.Ambil sotong yang dah digaul tadi,golek-golek atas tepung kering ( campuran tepung kering – tepung beras + tepung bestari ) 3.Dah siap salut semua dengan tepung kering, gaul dengan telur yang dah dipukul. 4.Golek semula dengan tepung kering. 5.Boleh terus goreng.
6.Goreng dengan minyak yang banyak, minyak betul-betul panas dan api paling kuat. 7.Bila dah nampak garing-garing keperangan boleh angkat. Kredit: Maya Miera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom try resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
4 biji bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
1 sudu kecil lada hitam*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(saya guna sikit je. tak suka manis sangat)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai – ketuk
Daging tetel yang belum dimasak. Foto: http://bukuresepiana.blogspot.my
CARA MEMASAK:
Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas hingga cili lembut..
Kisar bahan-bahan bertanda (*) sehingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
Masukkan daging tetel. Masak sehingga air daging keluar.
Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam serta gula melaka secukupnya. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi empuk.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...