
Masak nasi terutamanya jika guna beras tempatan, sukatan air mesti cukup-cukup. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Tapi kadang-kala terjadi juga masalah masak nasi terlebih air ni. Selalunya ia akan berlaku jika anda tukar jenama beras, masak sambil fikir benda lain atau minta anak-anak atau suami yang tolong jerangkan. Kalau ia terjadi, alahai…Kecewanya.

Bercakap mengenai nasi lembik ni, kalau boleh memang nak elak dari terjadi sebab ada sesetengah dari kita boleh je makan nasi begini tetapi ada yang kurang suka. Malah kalau nak buat nasi goreng pun, memang tak sedap kalau guna nasi macam ni. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan masalah sebegini, ini petua yang boleh dicuba.
PETUA GEBUKAN KEMBALI NASI YANG LEMBIK

Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh kulitnya. Kemudian tutup penutup dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit.

Buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama

Daun Kesum memang sedap jika letak dalam masakan. Baunya yang wangi memang membuka selera. Cuma masalah jika beli daun ni adalah jumlahnya yang banyak serta tak tahan lama. Guna dalam masakan pun bukannya banyak. Andai simpan di ruang penyimpanan yang biasa, daun kesum tak boleh tahan lama dan pasti kering atau layu.
Namun ada petua yang boleh dicuba.
Guna cara yang dikongsi oleh saudari Effa Latifah Hashim ini, lebihan kesum yang dibeli boleh tahan lebih lama malah kekal segar seperti baru dibeli. Gambar yang dikongsi ini juga adalah kesum yang telah disimpan lebih dari 2 minggu. Nampak elok lagi kan? Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN KESUM AGAR KEKAL SEGAR & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Daun kesum
Bekas minuman berpenutup
Air tapis
CARA-CARA:
1. Masukkan lebihan kesum ke dalam bekas minuman.
2. Letak air tapis kemudian tutup dengan penutupnya.
3. Simpan dalam peti sejuk. Bila hendak diguna, baru buka penutup dan ambil.
4. Bila air keruh, tukar dengan air baru. Pastikan hanya tukar setengah sahaja.
Kredit petua & foto: Effa Latifah Hashim
Dapatkan lebih banyak petua yang mudah & praktikal di laman web RASA:
Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna & Tak Berdarah Bila Diangkat
Cara Buat Cili Kisar , Boleh Tahan Selama Sebulan Dan Tidak Berbau
Tonton lebih banyak video tip & trick di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pisau Berkarat Jangan Di Buang, Hanya Guna Cuka Kesan Karat Hilang!

Ada pisau baru yang lama jangan di lupakan. Masih boleh digunakan lagi jika betul cara jagaannya. Jika ada pisau yang sudah karat tapi sayang nak buang sebab masih boleh digunakan. Ini cara mudah untuk menghilangkan kesan karat tanpa susah payah menyental! Wajib cuba…

BAHAN-BAHAN:
- 1 Botol Cuka Makan
CARA MENYEDIAKAN:
- Rendam dalam cuka makanan selama 24 jam.
- Bilas dengan air paip.
- Kemudian sadur dengan minyak pelincir atau minyak masak.
v

Kredit: Abdul Rashid Abdul Manaf
CUBA JUGA PETUA BERGUNA INI:
http://www.rasa.my/kotoran-pada-periuk-kuali-susah-nak-tanggal-cuba-petua-ni-jimat-mudah-berkilat-macam-baru/
Petua Mencuci Kain Pengelap Dapur Agar Lebih Bersih Dan Harum
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini Cara Gandakan Penjimatan Penggunaan Gas

Merealisasikan langkah untuk belajar berjimat, apa kata anda mulakan dahulu dengan komponen penjimatan dari ruang dapur. Ini lebih mudah untuk direalisasikan memandangkan anda hanya perlu sedikit perubahan cara penggunaan bahan api semasa memasak. Kebijaksanaan anda menggunakan sumber gas sewaktu penyediaan hidangan akan membantu kepada penjimatan kos perbelanjaan bahan api secara umumnya. Jom praktik langkah berikut,
- Memasak dengan menggunakan periuk seramik atau periuk kaca lebih jimat jika dibandingkan dengan memasak menggunakan periuk keluli tahan karat. Ini kerana material seramik dan kaca tidak memerlukan suhu kepanasan yang tinggi berbanding keluli tahan karat. Jadi waktu memasak dapat dijimatkan dan sumber penggunaan bahan api dapat dijimatkan untuk penyediaan hidangan.
- Pastikan sentiasa menutup tudung periuk semasa memasak untuk memastikan haba tidak dibebaskan begitu sahaja. Ini sekali gus dapat menjamin masa memasak lebih cepat dan pantas berbanding jika dibiarkan terbuka.
- Buat pilihan terbaik jika ingin memanaskan semula hidangan. Pilihlah menggunakan dapur gas berbanding menggunakan oven. Ini kerana kos elektrik lebih tinggi berbanding gas dan ini dapat membantu anda berjimat di dalam penggunaan bahan api.
- Padamkan dapur gas beberapa minit lebih awal daripada kebiasaan. Biarkan kepanasan yang sedia ada menyempurnakan masakan hidangan tersebut. Cara ini praktikal dan menjimatkan.
- Memasak gunakalah kuali non stick. Ini kerana ia tidak memerlukan minyak semasa memasak. Jadi boleh gunakan api besar untuk memanaskan dan kemudian memasak menggunakan api sederhana. Ini akan menjimatkan masa ketika proses memanaskan periuk atau kuali dan tidak perlu tungu sehingga minyak benar-benar panas untuk memasak.
- Menyediakan hidangan bubur memang memerlukan masa yang lama untuk memasaknya. Jadi untuk menjimatkan penggunaan gas, sebaiknya beras direndam 30 minit terlebih dahulu untuk mempercepatkan proses memasak.
- Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga.
- Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga sehingga 70% serta makanan yang dimasak juga adalah sihat.
- Hidupkan dapur gas hanya setelah anda menyediakan semua bahan memasak dan ditempatkan berdekatan. Ini menjadikan waktu memasak lebih pantas dan penjimatan gas dapat dilakukan.
- Merendam bahan masakan seperti kekacang sebelum dimasak akan menjimatkan bahan api. Umpamanya 250gm kacang kuda apabila direndam sepanjang malam akan mengguna 22% kurang bahan api jika dibandingkan dengan bahan api yang diguna untuk kuantiti yang sama bagi kacang kuda yang tidak direndam.
- Api yang menyentuh penjuru kuali merugikan bahan api kerana haba dilepaskan pada persekitaraan. Namun, jika anda menggunakan kuali yang lebar, anda dapat menjimatkan bahan api. Kajian menunjukkan untuk kebanyakkan dapur gas , diameter yang sesuai ialah 25cm. Jika anda menggunakan kuali yang sempit, kurangkan api.
- Adalah penting untuk memastikan dapur dan pembakar anda sentiasa bersih. Pembakar gas yang tersumbat akan meningkatkan penggunakan tenaga.Api yang berwarna biru bermaksud pembakaran yang cekap. Warna api yang kuning atau jingga bermaksud pembersihan perlu dilakukan.
Sumber gambar: 123 royalty free
Nak beli PENGUKUS? Klik SINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Kek Span Pandan Santan Guna Sukatan Cawan. Baru Belajar Buat Pun Confirm Jadi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

