Lauk sotong stim limau ini memang membuka selera, nampak saja pun dah boleh kecur air liur dibuatnya. Tambah pula kalau menggunakan sotong segar, bersatu dengan rasa pedas masam dan manis memang sedap.
Resipi Sotong stim limau ala Thai
Bahan-bahan
1/2 kg sotong setgh kilo @ 1kg
7-8 ulas bawang putih – cincang halus
8-9 tangkai cili – cincang
3 biji limau nipis – diambil jus
Daum ketumbar – dihiris
1/2 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap sotong
2 sudu besar gula
Cara membuat
1. Kukus sotong lebih kurang 7 minit, jangan letak air. Kukus sehingga masak, dan ketepikan.
Ads
2. Cara buat sos, panaskan air satu cawan, masukkan kiub pati ayam, gula dan kacau hingga sebati. Kemudian tutup api.
3. Tunggu sehingga suam kemudian masukkan cili, bawang, asam limau dan daun ketumbar.
Ads
4. Waktu ini boleh rasa, kalau tak cukup masam tambah limau nipis, kalau tak masin tambah kicap sotong, kalau tak cukup manis tambah gula.
5. Bila sudah secukup rasa, tuang sos atas sotong tadi. Siap.
Sedapnya Udang Nestum. Resipi perkongsian saudari Nor Azian Iskandar ni tak guna banyak bahan tapi lihatlah hasilnya, nampak sangat menakjubkan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menyajikan sajian istimewa untuk keluarga. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI UDANG NESTUM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan udang dan goreng salut tepung terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Panaskan kuali guna api sederhana dan cairkan mentega. Elak guna api besar kerana mentega akan hangus.
3. Tumis daun kari hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan pula bawang putih dan cili yang ditumbuk. Tumis lagi hingga keperangan.
5. Seterusnya masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
6. Masukkan nestum. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
Orang kita cukup suka dengan menu yang bertemakan ala Thai. Rasanya yang masam-masam pedas memang menyelerakan.
Nah, kami kongsikan resipi Gulai Nenas & Udang Ala Thai oleh Khairul Abdullah yang sangat sedap dan mudah disediakan.
Ini bukan masak lemak, bukan kari, tak guna rempah kari pun. Khairul menggunakan pes Thai (anda boleh buat sendiri atau beli siap dalam botol). Cara buat pes Thai tu ada dalam gambar terakhir.
GULAI NENAS & UDANG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar minyak masak – beli online di sini 2-3 sudu besar Pes Kari Merah Thai (boleh beli dalam botol atau boleh buat sendiri lagi sedap) 1 cawan/kotak santan – beli online di sini 1 cawan air 2-3 helai daun limau purut | dititik 12 ekor udang saiz besar (dibuang kulit, tinggalkan ekor) 2 cawan nenas | dipotong kiub @ baji (boleh juga kalau nak guna yang dalam tin) 2 sudu besar sos ikan – beli online di sini 1 sudu besar gula @ gula melaka – beli online di sini Sedikit perahan jus limau nipis Sedikit garam (jika perlu sebab sos ikan dah masin)
Dapatkan My Qalam Elite Digital Kids Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan pes kari merah Thai dan kacau sehingga naik bau. Sentiasa kacau pes tu,, takut hangit nanti. 2. Masukkan santan, air dan daun limau purut dan biarkan mendidih.
3. Masukkan nenas dan biarkan masak selama kira-kira 5 minit atas api sederhana. 4. Masukkan udang kemudian tambahkan sos ikan, gula, dan jus limau nipis, kacau dan gaul sebati. 5. Kacau dalam seminit, terus tutup api. Siap dah. Hias dan hidangkan dengan nasi kukus.
Nak makan dim sum, sedap makan panas-panas. Selain kulit inti dim sum pun penentu kesedapannya. Masa PKP ni boleh jadi masa untuk mencuba resipi baru kan. Sekali sekal beralih selera masakan Cina pulak.
Ni resipi sedap dari Fatin Damia yang berbaloi dicuba. Bukan setakat resipi kulitnya aje dikongsi, siap pakej resipi inti dan kicap dim sum. Jom kita cuba dim sum inti daging dan udang ini
DIM SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit dim sum : ✔ 1 cawan tepung kentang ✔ 1 cawan tepung kanji ✔ 2 sudu besar minyak ✔ Garam secukup rasa ✔ Air panas secukupnya
Bahan Inti Dim Sum: ✔ 1/2 cawan daging kisar ✔ 1/2 cawan isi udang kisar ✔ 2 biji bawang merah ( dicincang halus ) ✔ 3 biji bawang putih ( di cincang halus ) ✔ 1 inci halia ( diparut ) ✔ 1 sudu besar tepung jagung ✔ 1 sudu besar kicap cair ✔ 1 sudu kecil serbuk lada putih ✔ Daun bawang ( di hiris halus ) ✔ 2 sudu besar bawang goreng ✔ Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kicap Dim Sum :
✔ 2 sudu besar minyak bijan ✔ 1 sudu besar minyak cili ✔ 1 sudu besar cuka makan ✔ 1 sudu besar kicap cair ✔ 1 ulas bawang putih ( haluskan ) ✔ 2 sudu besar air panas ✔ Garam dan gula secukup rasa #Gaulkan kesemuanya
CARA PENYEDIAANNYA : ✅ Kulit Dim Sum
1. Campurkan semua bahan untuk membuat kulit Dim Sum dan masukkan air panas secukup nya. Uli sampai tepung tak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 20 minit sebelum dicanai nipis.
✅ Inti Dim Sum
1. Campurkan semua bahan untuk membuat inti Dim Dum dan masukkan sedikit tepung jagung.
2. Letak inti pada kulit Dim Sum yang telah dicanai nipis tadi dan kelim sesuai selera.
2. Panaskan periuk pengukus dan kukus Dim Sum selama 10 minit menggunakan api besar.
3. Setelah masak, keluarkan Dim Sum dan sejukkan sebelum dimakan bersama kicap Dim Sum ataupun Sos Cili.