Nak Sambut Hari Istimewa Insan Tersayang? Menu Ayam Bakar Mudah Ini Memang Pilihan Sempurna!

Share

Nak kejutkan insan tersayang dengan masakan istimewa? Menu Ayam Bakar Bersama Buah Kurma, Lemon dan Zaitun ni antara yang boleh anda sediakan. Isi ayam yang lembut dan juicy yang dibakar sempurna. Memang layan habis!

AYAM BAKAR BERSAMA BUAH KURMA, LEMON DAN ZAITUN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • 2 biji lemon | dipotong 8
  • 10 biji buah zaitun hijau
  • 10 biji buah kurma
  • 5 ulas bawang putih|diketuk
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 tangkai daun thyme
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar ke 200C.
  2. Sapu garam, lada dan daun thyme
    di seluruh permukaan luar dan dalam ayam.
  3. Gaul buah kurma, buah zaitun, buah lemon, bawang putih dan masukkan separuh ke dalam kaviti ayam.
  4. Tabur lebihan buah di sekeliling luar ayam. Letak mentega di atas dada ayam.
  5. Bakar ayam selama 1 -1 ½ jam dan keluarkan dari ketuhar.
  6. Biarkan selama 15-30 minit sebelum dipotong.

Info chef: Panaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum memanggang ayam.

IKLAN