Macam mana nak tahu oren sunkist yg kita beli baik di pasar raya atau di kedai buah itu manis. Nampak luar buahnya memang cantik tapi bila potong & makan perrghh masamnya.
Cubalah petua yang dikongsikan Wan Rahimah ini. . Caranya : Tengok bahagian bawah oren yg kita nak beli itu. Kalau tidak berlubang seperti di dalam gambar, bermakna oren tersebut memang masam. Kalau manis pun nasib-nasiblah
. Nak cari yg manis, cari oren yang bontotnya berlubang seperti gambar di bawah, insyaallah limau yang anda beli memang manis. Cubalah petua ini..
Bila beli oren timbang-timbangkan dan bezakan dengan oren lain yang mempunyai saiz yang sama., biasanya yang lebih berat adalah lebih berjus dan banyak kandungan airnya. Dan pastikan juga oren itu berkulit nipis, mengkal dan tidak lembik bila ditekan ditekan dengan jari.
Ada masanya bila membeli buah-buahan tak semuanya boleh dimakan terus. Ada yang masih muda dan perlu diperam beberapa hari sebelum boleh dinikmati.
Sebab itu kita kena tahu cara peram buah yang betul, supaya boleh digunakan membeli buah yang masih muda. Dikongsi oleh Ashraf Shuib ada tiga cara yang boleh kita dipraktikkan untuk peram buah.
Saya suka makan buah-buahan tempatan. Kalau ke kedai buah, bukan semua buah yang dijual sedia untuk dimakan. Ada yang kena peram dulu.
Kalau ada pilihan, saya akan beli sedikit buah yang masak dan sedikit buah yang belum masak. Makan buah yang masak dulu, dan peram buah yang belum masak. Jadi buah yang dibeli boleh dimakan dalam beberapa hari dan tak rosak.
Dalam proses untuk masak, buah-buahan akan keluarkan gas ethylene. Lagi banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, lebih cepat buah tu akan masak. Biasanya buah yang kena peram dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas.
Ini cara yang boleh dilakukan untuk peram buah:
Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.
Periksa buah yang diperam setiap hari untuk elakkan terlebih masak.
Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.
Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.
Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.
Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.
Letak calsium carbide (kabat) atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar. Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene,mempercepatkan proses buah masak.
(*Calsium Carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikuatiri boleh menjejaskan kesihatan).
Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.
Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.
Keliru tentang perbezaan Vegetarian dan Vegan. Bunyinya hampir sama dan kedua-duanya berkaitan tentang gaya hidup atau diet berasaskan tumbuhan. Tetapi terma vegetarian dan vagen merujuk kepada cara makan yang berbeza.
Jika anda ingin tahu, vegetarian merujuk kepada seseorang yang tidak memakan daging binatang dan seafood. Pengamal vegetarian ini pula terbahagi pula kepada tiga jenis,
Lacto- Vegetarian (memakan produk tenusu tetapi tidak makan telur),Ovo-Vegetarian (makan telur tetapi tidak makan produk tenusu) dan Lacto-Ovo-Vagetarian makan kedua-dua produk tenuysi dan telur. ini adalah diet vegetarian yang paling biasa diikuti.
Manakala Vegan, pengamal diet yang langsung tidak mengambil langsung sebarang produk tenusu dan telur, mahupun sebarang makanan yang diproses membabitkan bahan dari binatang. Malah orang Vegan juga tidak akan memakai pakaian yang dibuat dari bulu atau kulit binatang atau produk kecantikan yang telah diuji ke atas binatang.
Sama ada menjadi Vegetarian atau Vegan memang baik untuk kesihatan kerana tidak mengambil daging yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Namun bukan mudah untuk mengubah gaya hidup tanpa ada kesungguhan. Apa lagi sudah biasa dengan lauk pauk yang sedap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korang suka brownies? Kalau suka mesti terbayang rasa coklat yang lazat, tekstur yang lembut pasti ramai yang menyukainya brownies. Dah tentu korang juga teruja nak buat brownies sendiri kerana ia antara kek yang mudah dibuat dan resipi banyak dalam media sosial. Tapi, kalau nak pasti pasatikan brownies korang terbaik, ini ada lima tip brownies yang korang buat menjadi, sedap dan lembut.
Pilih Resipi Yang Betul
Ada dua jenis brownies pertema brownies dengan tekstur padat (fudgy) dan lembut (cakey). Brownies tekstur padat tidak menggunakan baking powder dan sukatan coklat dan mentega adalah lebih banyak berbanding brownies lembut yang menggunakan baking powder. Jadi, sebelum baking, korang pastikan brownies jenis mana satu nak baking.
Gunakan Dark Coklat
Penggunaan coklat sangat mempengaruhi tekstur brownies.Misalnya penggunaan coklat serbuk tidak digalakkan, kerana ia akan menjadikan brownies anda lebih kering. Sementara penggunaan chocolate baking chip juga tidak disarankan kerana mengandungi stabilizer yang susah cair semasa dibakar. Yang terbaik adalah menggunakan Dark cooking chocolate kerana ia boleh cair dengan sekata dan menjadikan warna brownies lebih gelap.
Gunakan Coklat Pada Suhu Bilik
Setelah coklat dicair, jangan terus campurkan dalam adunan. Korang kena tunggu hingga coklat sejuk pada suhu bilik, jika tidak telur akan masak dan menjadikan coklat mudah hangus semasa dibakar..
Guna Loyang Yang Sesuai
Pemilihan loyang yang betul dan sesuai juga mempengaruhi tekstur dan ketebalan brownies. Jika loyang terlalu besar brownies akan menjadi terlalu nipis dank eras terlalu masak. Jika loyang terlalu kecil pula akan menyebabkan brownies terlalu tebal dan kurang masak.
Bakar Selama 30-40 Minit
Brownies tidak boleh dibakar terlalu lama atau sekejap, jangan bakar kurang dari 30 minit atau lebih 40 minit. Jika was-was boleh guna timer untuk menentukan waktu membakar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sebenarnya boleh sediakan sendiri ayam gunting ini di rumah dengan taburan serbuknya sekali. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Are Peace ini.Menurut lelaki ini, resipi ayam gunting tersebut diberikan oleh peniaga ayam gunting sendiri yang dia gunakan untuk meniaga.