Nak Masak Sate Ayam? Ini Resipi Lazat & Mudah Anda Boleh Cuba.

Nak Masak Sate Ayam? Ini Resipi Lazat & Mudah Anda Boleh Cuba.

Tidak lengkap rasanya sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa adanya hidangan sate. Selain menjadi kegemaran ramai, menu ini juga senang dan boleh disediakan lebih awal.

Mudah sahaja untuk menyediakan Sate Ayam homemade yang sangat lazat. Guna resipi dari MAGGI® ini tentunya lebih menjimatkan masa. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Oleh itu bagi anda yang nak cuba buat sendiri sate di hari raya ni, berikut adalah resipi-resipi yang anda perlukan. Selamat mencuba!

 

 

CARA MASAK SATE AYAM

Nak Masak Sate Ayam? Ini Resipi Lazat & Mudah Anda Boleh Cuba.

Waktu memasak: 155 mint

IKLAN

Saiz hidangan: 12 orang

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm dada ayam
  • 500gm paha ayam
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 6 batang serai
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 0.25 cawan Sos Tiram MAGGI®
  • 1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak
  • 500gm timun
  • 100gm bawang besar

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk. Tuangkan bahan kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas serai dan ketumbar biji.
  2. Gaulkan Sos Tiram MAGGI®, MAGGI® CukupRasa™, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan gula sehingga sebati bersama ayam.
  3. Perapkan selama 2-3 jam atau semalaman. Setelah diperap, cucuk ayam di batang lidi bersilang mengikut urutan, dada ayam dan peha ayam.
  4. Asingkan lebihan perapan dan masukkan 2 sudu besar minyak.
  5. Panaskan periuk leper atau pemanggang, sapukan minyak dan panggang sate sehingga masak.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img