Makan jagung rebus petang-petang, memang asyik sekali. Kena pula angin sepoi-sepoi bahasa. Ala-ala berpiknik gitu.
Tapi macam mana nak buat jagung yang direbus sedap seperti kita beli di gerai? Rupanya ada tips tertentu yang boleh dilakukan seperti yang dikongsi Nor Azlinda.
TIPS MEREBUS JAGUNG:
1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak, baru taburkan sedikit garam halus. 2. Semasa rebus jagung, tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap. 3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan di luar. Ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah dikupas. Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi. 5. Selepas jagung masak, boleh sapukan mentega. Taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih. 6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Kita selalu diingatkan tentang pentingnya minum air dalam jumlah yang cukup, Lebih kurang lapan gelas sehari. Lagi gula minum air suam sebenarnya boleh memberi manfaat jika dilakukan secara rutin.
Dalam perubatan Cina dan India kuno mempercayai bahawa memulakan hari dengan segelas air suam boleh melancarkan sistem penghadamann dan memberi beberapa manfaat kesihatan. Kajian menemukan air suam bolehmelancarkan hidung tersumbat dan membuat kita merasa lebih tenang.
Jom tengok 10 kebaikannya untuk badan :
1. MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN
Melancarkan sistem penghadaman, minum air suam dipercayai mampu melegakan dan mengaktifkan saluran penghadaman. Sebabnya organ pencernaan akan terhidrasi lebih baik dan mampu membuang makanan dengan lebih cepat seiring dengan mengalirnya air suam melalui perut dan usus. Selain itu, air suam bertindak melancarkan sistem penghadaman itu sendiri.
2. MERAWAT SEMBELIT
Salah satu masalah perut yang sering dialami kerana kurangnya air adalah sembelit. Sembelit disebabkan kerana mendapan kotoran pada usus yang mengurangkan kerja saluran usus besar. Sembelit menyukarkan buang air besar bahkan bagi sesetengah orang, buang air besar boleh menjadi sangat menyakitkan.
Minumlah segelas air suam di pagi hari untuk meredakan sembelit dan meningkatkan kerja usus besar. Minum air suam berupaya membantu usus untuk mengeluarkan kotoran dari dalam tubuh.
3. MELEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT
Melegakan hidung tersumbat wap hangat dari air panas boleh melegakan sakit kepala kerana hidung tersumbat. Gunakan wap tersebut untuk melegakan hidung tersumbat dan membran mukos pada leher boleh dicegah daripada terbentuk apabila kita minum air suam.
4. MELEGAKAN SISTEM SARAF
Minum air suam dipercayai dapat membantu melegakan sistem saraf pusat dan dan bertindak sebagai pelincir dalam tubuh kita. Dengan fungsi sistem saraf yang optimum, fungsi tubuh kita akan berjalan dengan baik dan minimumkan rasa sakit.
5. MENURUNKAN BERAT BADAN
Minum air suam juga membantu mengurangkan lemak dalam tubuh dan membantu menurunkan berat badan. Dengan air suam, tubuh mampu menurunkan suhu dalaman dan ini meningkatkan metabolisma. Minumlah air suam dengan campuran lemon atau madu (atau keduanya) setiap setelah makan. Lemon mengandung serat pektin yang mampu mengawal rasa lapar serta ideal untuk orang-orang yang sedang menjalani diet alkaline.
6. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
Air suam dapat membantu mengurangkan simpanan lemak dan melancarkan sistem saraf, dan memberi kesan kepada kelancaran peredaran darah. Air suam mampu membantu organ tubuh membawa darah lebih efektif ke seluruh tubuh.
7. MENGELUARKAN TOKSIN MELALUI PELUH
Menghilangkan racun tubuh, minum air suamakan membantu mengeluarkan racun berbahaya dalam tubuh serta membersihkan sistem tubuh kita. Jika kita meminumnya secara rutin, sistem endokrin dalam tubuh kita akan dirangsang dan menyebabkan tubuh mengeluarkan peluh. Racun dan toksin akan keluar dari tubuh melalui peluh.
8. MEREDAKAN SAKIT OTOT DAN SENDI
Meredakan sakit. Minum air suam dipercayai dapat melancarkan peredaran darah pada pembuluh darah, membuat otot-otot tubuh menjadi rileks. Ini akan dapat mengatasi rasa sengal daripada sendi-sendi yang sakit. Jika perut terasa sakit, sakit kepala atau sakit pada bahagian tubuh tertentu, cubalah minum air suam untuk meredakan rasa sakitnya.
9. MENGURANGKAN STRES
Mengawal stres. Jika anda sedang mengalami stres, minum air suam dapat meredakannya secara perlahan. Minum air suam boleh menenangkan dan merehatkan otot sehingga paras hormon kortisol (penyebab stres) menurun.
10. MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT
Mengurangkan sakit menstruasi atau senggugut. Salah satu manfaat utama minum air suam adalah membantu mengurangkan ‘cramp’ kerana senggugut. Air suam memberi kesan menenangkan dan melegakan terhadap otot perut dengan mengurangkan kekejangan dan ‘cramp’ yang sering dialami ketika mengalami haid.
Nak dekat raya, santan adalah antara bahan masakan utama yang pasti laris dan mendapat permintaan tinggi. Rendang, kari, lontong dan banyak lagi juadah hari raya, kebanyakannya menggunakan santan. Ramai dikalangan kita yang suka beli santan di hari-hari akhir menjelang Aidilfitri kerana jika beli awal, bimbang santan akan rosak. Tapi penatlah sebab kena beratur lama untuk menunggu giliran. Sebenarnya santan ni boleh tahan lama jika kena cara pemprosesan dan penyimpanannya.
CARA PILIH, PROSES & SIMPAN SANTAN SUPAYA TAHAN LAMA & TIDAK MASAM
1. PILIH KELAPA BARU
Untuk hasil masakan yang sedap dan sempurna, pastikan santan yang anda gunakan diambil dari buah kelapa yang baru dikupas dari sabut, kelapa yang betul-betul tua dan isinya putih. Pastikan juga kelapa tersebut tidak berbau masam atau busuk. Jika anda membeli kelapa di kedai, minta pekedai belah kelapa baru supaya anda tidak terbeli kelapa yang kurang baik. Santan yang diperah dari buah kelapa yang baik dapat disimpan dalam tempoh masa yang lama tanpa menjejaskan rasanya.
2. GUNA JENIS KELAPA YANG SESUAI
Jenis-jenis kelapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan santan dalam masakan menjadi cepat masam.Jika anda ingin membuat rendang, kari, opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Ini kerana santan yang terhasil dari kelapa yang cukup tua memang sangat sesuai untuk masakan serta mempunyai kandungan minyak yang banyak.
3. TEKNIK PERAH SANTAN
Teknik memerah santan juga menjadi sebab santan cepat basi. Jika anda membeli kelapa yang sudah siap diparut dan kena perah sendiri, pastikan anda menggunakan air masak atau air bersih. Elakkan guna air paip kerana santan yang diperah guna air masak akan lebih tahan lama bila disimpan.
4. CARA MENYIMPAN SANTAN
Cara terbaik untuk menyimpan santan agar tahan lama adalah dengan menyimpannya dalam peti sejuk beku. Melalui cara ini, santan yang dibeli mampu kekal segar sehingga berbulan-bulan. Sesuai sangatlah dengan musim nak raya ni. Beli awal dan simpan dalam freezer. Bila nak guna, hanya keluarkan dari peti sejuk dan cairkan pada suhu bilik sebelum digunakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
“ Uwan saya pesan, kalau nak bersihkan ikan keli, selain menggunakan limau untuk buang lendir dan kekotoran, kelar juga di bahagian ‘leher’ ikan untuk buang darah beku.
Hasilnya ikan tak terasa hanyir setelah dimasak..siapa buat perkara yang sama kita geng”.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!