BABA’S terus komited memberi kepuasan kepada pencinta dunia kulinari di Malaysia menerusi kejayaannya dalam beberapa pengaturcaraan dan pertunjukan masakan tempatan. Sejak dari pengeluaran pertama 14 tahun yang lalu, BABA’S sentiasa fokus kepada kehendak penggunanya dan berusaha menyampaikan kehendak itu dalam format yang lain dari yang lain.

Surirumah Rangkul Gelaran Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2, Bawa Pulang RM10,000 Ketuhar Gelombang Mikro Fargo Serta Tiket Penerbangan Ke Melbourne!

Optimis untuk memberi aspirasi dalam dunia masakan, Baba’s membawakan rancangan masakan, VERSUS 1001 RASA BABA’S yang telah pun tamat hingga musim kedua. Apa yang uniknya program ini adalah ianya disertai oleh peminat serta pengguna produk Baba’s dan dibantu oleh 17 guru masakan yang hebat. Program masakan yang dihoskan oleh Chef Dr Kamarul and Chef Adu Amran ini telah mendapat sambutan yang luar biasa sejak dari musim pertama lagi.

Surirumah Rangkul Gelaran Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2, Bawa Pulang RM10,000 Ketuhar Gelombang Mikro Fargo Serta Tiket Penerbangan Ke Melbourne!

Ketua Pengiklanan & Promosi Baba’s, Claudian Navin Stanislaus berkata ia sudah menjadi satu prinsip buat pihak Baba’s untuk sentiasa mendengar komen serta kehendak pelanggan dan akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu daripadanya. Tetapi apa yang pasti, tidak kira berapa banyak sambutan yang diterima, pihak Baba’s tetap akan berhenti menyiarkan program tersebut selepas 2 musim dan akan kembali dengan program hit yang lain dengan idea dan konsep yang lebih menarik.

“Kami tidak mahu peminat bosan dengan program yang sama. Makanan merupakan sesuatu yang menarik dan terdapat banyak cara kreatif yang lain untuk menyampaikannya, kenapa perlu  program yang sama berulang kali? Contohnya tiada siapa suka makan di tempat yang sama setiap hari, makanan yang sama, begitu juga dengan program masakan,” tambah Navin yang juga merupakan Pengarah Eksekutif rancangan ketika majlis penyampaian hadiah Versus 1001 Rasa Baba’s musim kedua di Empire Hotel, Subang Jaya, semalam.  

IKLAN

Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2!

Surirumah Rangkul Gelaran Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2, Bawa Pulang RM10,000 Ketuhar Gelombang Mikro Fargo Serta Tiket Penerbangan Ke Melbourne!

Siapa sangka seorang surirumah telah dinobatkan sebagai juara program pertandingan masakan Versus 1001 Rasa Baba’s musim kedua. Khadijah Mohd Noor Kamal, 39 tahun telah berjaya membawa pulang RM10,000 serta ketuhar gelombang mikro Fargo dan sepasang tiket penerbangan ke Melbourne, Autralia untuk empat hari tiga malam tajaan AirAsia.

IKLAN

Surirumah Rangkul Gelaran Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2, Bawa Pulang RM10,000 Ketuhar Gelombang Mikro Fargo Serta Tiket Penerbangan Ke Melbourne!

Beliau mula mempunyai minat memasak selepas berkahwin dan mencuba pelbagai resipi di rumah. Berusaha menambah ilmu dengan meminta tunjuk ajar dan tips daripada ibu serta ibu mertuanya, beliau berasa sangat bersyukur dan gembira apatah lagi ini merupakan kali pertama menyertai pertandingan memasak. “Kalau bercakap soal pengalaman, saya memang tidak ada apa-apa latar belakang berkaitan kulinari, saya cuma memasak di rumah untuk keluarga. Malah, mereka juga tidak menjangka saya boleh menyertai pertandingan ini,” kata beliau.

Surirumah Rangkul Gelaran Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2, Bawa Pulang RM10,000 Ketuhar Gelombang Mikro Fargo Serta Tiket Penerbangan Ke Melbourne!

IKLAN

 

Ibu anak lima ini telah menewaskan tiga finalis lain iaitu Chef Budiman Bistari selaku pemenang tempat kedua serta Nazura Zainal Abidin dan Muhammad Izwan Ramli yang berkongsi tempat ketiga. Budiman membawa pulang RM3,000 beserta dua tiket penerbangan ke Hong Kong untuk empat hari tiga malam. Sementara Nazura dan Izwan masing-masing menerima RM500 serta tiket penerbangan ke Jakarta, Indonesia juga untuk empat hari tiga malam.

Pada peringkat akhir program itu, Khadijah menyediakan tiga menu iaitu Kari Ikan Baba’s dan Tepung Kacang Hijau Baba’s menerusi cabaran Black Box dan Nasi Minyak Beraroma untuk cabaran Inflight Menu.

Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan RM1001 kepada tiga badan amal terpilih iaitu Pertubuhan Tranformasi Dayak (TRADA), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dan Kelab Bekas Komando Malaysia.    

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI