
Haritu saya teringin sangat nak makan Penang Asam Laksa, tapi mestilah nak yang gerenti sedap barulah terlunas rasa teringin tu. Bayangkan bila order makanan yang kita teringin bila sampai tak sedap? Mesti kita kecewa rasa nak terbalikkan meja kan? Nasib baiklah masa saya jalan-jalan dalam Setia City Mall terjumpa outlet MyLaksa ni! Bau dari jauh pun dah menarik perhatian saya untuk cuba Penang Asam Laksa. Tanpa berlengah saya terus cuba menu Asam Laksa KAW KAW!
Kalau korang nak tahu, outlet MyLaksa di Setia City Mall ni baru je dibuka tahun ni pada bulan Januari. Ishhh patutlah selama ni saya tak perasan outlet ni. Lepasni kalau boleh nak lunch MyLaksa je lah.
Dalam semangkuk Asam Laksa KAW KAW ni ada bebola ikan, telur dan beberapa hirisan timun. Kalau korang nak lagi rasa KAW KAW kuah asam laksa tu jangan lupa sebatikan dengan pes udang yang disediakan tu sekali tapi saya tak letak pun dah rasa tak cukup semangkuk kalau letak mesti nak semangkuk lagi.
Selain menu Asam Laksa KAW KAW, korang juga boleh order Asam Laksa KAW KAW Special ataupun Asam Laksa Royal.
Untuk maklumat lanjut lokasi dan menu yang disediakan boleh ke www.mylaksa.asia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Asam Pedas Kembung Sedap & Tak Hanyir

Terasa nak makan lauk pauk yang simple sahaja untuk sajian makan tengah hari ni? Menu Asam Pedas Kembung ni boleh dicuba. Istimewa menu ini ialah ianya sangat senang, rasa sedap, kuah tidak terlalu cair dan paling penting tidak berbau hanyir. Memang kena cuba.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan – potong 2
- 2 kuntum bunga kantan
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang serai – diketuk
- 4 biji tomato
- 15 batang bendi
- 60g MAGGI®️ Sambal Tumis
- 1 mangkuk air asam jawa
- MAGGI®️ Cukup Rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 15 biji bawang merah
- 2 biji cili merah
- 8 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, MAGGI®️ Sambal Tumis dan serai sehingga masak dan garing.
- Masukkan air asam jawa.
- Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.
- Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.
- Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.
- Kemudian masukkan bendi dan ikan.
- Perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa.
- Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Seimbangkan rasa masam dan penggunaan daun kesum memberi aroma istimewa pada asam pedas.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri

Hari ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan episod ke 16 menampilkan aksi selebriti terkenal iaitu Rahim Sepahtu bersama isteri, Norazlina Abdullah @ Kolin yang telah berkongsi sajian-sajian mudah dan sedap untuk berbuka. Seronok menyaksikan aksi keduanya. Malah ada sahaja usikan yang dari Rahim buat isterinya. Lebih menarik lagi, ada juga penampilan seorang lagi isteri selebriti ini iaitu Lily Khay.
Istimewa buat semua, mereka telah berkongsi dua resipi istimewa iaitu Ayam Masak Merah Gula Melaka dan juga sajian pencuci mulut; Fruit Trifle Puding. Menurut Rahim, masakan isterinya ini mengingatkan beliau dengan masakan-masakan air tangan ibunya. Memang mengimbau nostalgia.
Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, kedua-dua resipi ini sangat sesuai dijadikan menu dikala berbuka puasa. Malah Fruit Trifle Puding ini juga boleh disediakan awal. Jadi bila nak berbuka, ambil dan nikmati sahaja. Mudah kan?
Jadi jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Sesuai sangat dijadikan sajian berbuka anda.
AYAM MASAK MERAH GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ayam yang telah digoreng
- 2 biji bawang merah – hiris nipis
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2 inci halia – kisar
- 2 inci lengkuas – kisar
- 2 batang serai – kisar
- 2-3 sudu makan cili boh
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- Gula melaka secukup rasa
- 1 kiub pati ayam
- Minyak masak
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumsi bawang merah hingga wangi.
- Kemudian masukkan cili boh. Masak hingga hingga garing.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis lagi hingga harum.
- Masukkan gula melaka dengan secukupnya, semua sos dan pati ayam. Tambah sedikit air jika mahukan hidangan yang sedikit berkuah.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan juga tomato. Kacau sebati.
- Bila tomato sudah lembik, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
FRUIT TRIFLE PUDDING
BAHAN-BAHAN:
- Kek Vanilla – potong dadu kecil
- 1 biji mangga – potong dadu
- Strawberi – potong kecil
- Kepingan nanas dalam tin (termasuk sirup sekali)
- Blueberi
- Krim putar segera
- Nata De Coco secukupnya
BAHAN SOS KASTARD:
- 1 tin susu cair
- 4 1/2 sudu makan gula
- 1 mangkuk tepung kastard
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung kastard, susu cair, gula dan air secukupnya ke dalam mangkuk. Sebatikan supaya adunan tidak berketul.
- Masukkan adunan tepung kastard ke dalam kuali. Masak guna api perlahan hingga sedikit pekat.
- Ambil potongan kek vanilla. Susun dalam bekas dengan secukupnya.
- Kemudian susun potongan buah-buahan dengan secukupnya. Sudukan juga sedikit sirap nanas ke atas kek.
- Sudukan sos kastard dengan secukupnya.
- Paipkan krim putar mengikut kreativi masing-masing.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang
Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih. Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.
Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.
Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
BABA’S Edar 1,500 Bekas Bubur Lambuk Sekitar Shah Alam

BUBUR lambuk merupakan juadah yang dinantikan oleh masyarakat setiap kali tiba Ramadan.Sempena bulan yang mulia ini pengeluar rempah ratus terkemuka, BABA’S mengagihkan sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Shah Alam pada program Rasa Bubur Lambuk Warisan di Aeon Mall Shah Alam, baru-baru ini.
Seperti tahun lepas, resipi bubur yang disediakan pada program ini direncahkan oleh produk BABA’S.Bagi menghasilkan bubur lambuk yang enak, rempah utama yang digunakan ialah Serbuk Jintan Manis BABA’S , Serbuk Rempah Sup BABA’S, Serbuk Rempah Kurma BABA’S ,Serbuk Lada Sulah BABA’S dan Serbuk Lada Hitam BABA’S.
Sudah semestinya produk keluaran BABA’S dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia dan bebas aditif, pengawet dan penambah rasa.
Ketua Pemasaran BABA’S Product (M) Sdn Bhd, Azrain Mohamad dan kakitangan BABA’S bergotong-royong memeriahkan acara rewang program bubur lambuk ini.Bermula dengan aktiviti memasak, menampal sticker bekas bubur lambuk, menuang bubur ke dalam bekas agihan juga pengedaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat.
Pada program ini juga, turut diadakan demo masakan oleh Chef Qayyum menggunakan rempah dari BABA’s. Tambah meriah adanya kuiz tentang produk BABA’S, komitmen orang ramai begitu baik. Masing-masing ingin menang produk dari BABA’S.
BABA’S dan wakil kerja Nu Ideaktiv mengedarkan bubur lambuk buat komuniti
di hospital, balai bomba dan balai polis.
Azrain menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.Beliau menyatakan, “Kami di BABA’S sangat berbesar hati dapat bekerjasama dalam program inidan sangat komited untuk menyumbangkan kebolehan dan kepakaran kami dalam menyediakan rempah ratus dalam usaha memasak bubur lambuk untuk masyarakat setempat.
Beliau turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang
dipegang teguh oleh BABA’S. “Penglibatan kali kedua dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan.Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
BABA’S berbesar hati dan bersyukur kerana dapat bersama-sama menjayakan program mulia ini sempena bulan Ramadan yang barakah.Harapan BABA’S agar program seumpama ini diteruskan dan dapat meneruskan tradisi dengan Nu Ideaktiv melalui Majalah Rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup, Makanan Pembangkit Selera. Mudah Sangat Nak Buat!
Tip Pilih Ikan Bilis Berkualiti Tinggi, Sedap Bila Digoreng. Kena Tengok Belang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official