Rupanya mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) sendiri di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Nawal Yasmin Mat Noh ini sebagai panduan.
Pertama kali buat Mushroom Seasoning. Sangat senang rupanya.
Bahan yang guna cuma:
100g Dried Shitake Mushroom
50g Garam
50g Gula
Cara Membuat:
1.Basuh dan keringkan dahulu cendawan. Lap dengan kain atau tisu.
2.Kemudian, bakar cendawan 20min dalam oven/airfryer, suhu 100c. Sejukkan sekejap.
3. Selepas itu, masukkan gula dan garam.
4. Masukkan pula cendawan yang telah dikeringkan tadi.
5. Blend 1 min dengan TM6/ atau blender kering. Terus jadi serbuk halus.
Ads
6 Siap! Bolehlah masukkan ke dalam botol atau bekas kedap udara dan boleh tahan selama sebulan.
Boleh terus digunakan.
Ads
Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Jika tiada TM6 boleh juga menggunakan blender kering untuk kisar jadikan serbuk halus.
Siap! Selamat Mencuba.
RASA: Menarik boleh buat sendiri serbuk perasa cendawan ni di rumah. Memang jimat, boleh dapat banyak hasilnya.
1. Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api. 2. Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye.
3. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun. 4. Perap adunan minimum 5/6 jam. Saya perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.
5. Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (saya buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi).
6. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.
7. Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau perlahanpun takpa. Sekali goreng dapat 2-3 biji.
8. Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu. 9. Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resipi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. Ikutlah kehendak masing-masing ye. Boleh cuba rujuk resepi Che Nom. Dia ada buat dua versi. Bersantan dan tidak bersantan. Saya tak reti bab sukatan air tu kalau korang tanya.
NOTA:
*Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. Tapi ada orang suka kuih ni manis. *Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. Saya sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.
Ada yang nak nak buat duit lebih? Paling mudah berniaga sandwich.Buatnya pun tak renyah.Boleh ikut resipi mudah ini untuk membuat sos yang sedap. Sos yang disediakan ini kalau masukkan dalam apa jua sandwich, padu rasa. Untuk filling boleh letak chicken/beef salami, chicken loaf, egg(mayo eggs,fluffy scramble egg,runny egg,minced meat (chicken/beef),tuna (spicy tuna,mayo tuna,curry tuna) Pendek kata olahlah sendiri ikut citarasa.
Butter garlic sos: 30g mentega (cairkan) 1 ½ sudu besar madu 2 sudu besar mayo 1 ½ sudu the bawang putih ( cincang) 1 sudu teh parsli Campur semuanya (Sapu pada roti dan buat sandwic grill pun padu,Sos ini sesuai untuk semua jenis filling)
Sweet sos: 2 sudu besar susu pekat 2 sudu besar mayo Campur keduanya (Sos ni sesuai untuk sandwich telur)
Sos 3 : 2 sudu besar hot sos (cili sos) 2 sudu besar mayo(Sesuai utk semua jenis) semua sos ni boleh buat batch sekali banyak dan simpan dalam peti sejuk.
Tip: *Buat style club sandwic (3 keping layering roti,lapisan pertama untuk daging/filling/keju /lapisan kedua sayur :salad/tomato/lobak merah/kubis/timun. *drizzle sikit dengan dijon mustard and mayo kat filling. *Kalau tak nak sandwic lembik, potong guna pisau roti. *semua buah dan sayur sila deseeded (tomato/timun),tepi roti tak payah potong.Biarkan saja. *Nak lagi power, grill roti & letak kepingan keju. Kredit:Nad Deen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: