Mudahnya Nak Buat Cheese Cake, Hanya Guna 3 Bahan Ini. Sesuai Untuk ‘Beginner’

Share

Jika anda peminat cheese, boleh cuba buat kek ini. Sangat mudah kerana hanya menggunakan 3 bahan tapi cukup rasa lemaknya. Sesuai juga untuk anda yang baru nak belajar buat kek. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Sharifah Dora Perais.

CHEESE CAKE 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat (beli online DISINI
    )
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila | optional (beli online DISINI)

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul cream cheese dan susu pekat sehingga berkrim dan tidak berketul.
  2. Asingkan putih telur dengan kuning telur.
  3. Campurkan kuning telur dengan cream cheese yang sudah dipukul tadi.
  4. Pukul putih telur sampai jadi meringue.
  5. Campurkan cream cheese dan meringue dan gaul hingga sebati.
  6. Panaskan oven pada suhu 160°C dan bakar selama 1 jam 30 minit. (ikut kesesuaian oven masing-masing)
  7. Siap.

 

Kredit resipi & foto: Sharifah Dora Perais

 

Anda sedang mencari MICROWAVE? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN