Antara kuih yang menjadi kegemaran ramai tentunya Popiah Goreng Berkeju ni. Intinya simple tetapi sedap dimakan. Lebih-lebih lagi ketika panas. Cicah dengan sos lagi laju makan. Untuk something yang different, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna.
POPIAH GORENG BERKEJU
Bahan-bahan:
½ cawan minyak masak
8 keping kulit popiah | untuk 8 hidangan
1 biji bawang merah | kisar kasar
250gm ayam kisar
½ batang lobak merah | hiris nipis
1 kotak Anchor Cooking Cream
80gm Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu besar mixed herbs
Garam
Serbuk perasa
Air secukupnya | untuk kemasan popiah
Cara Memasak:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan ayam kisar dan tunggu sehingga ayam masak.
Kemudian, masukkan mixed herbs dan Anchor Cooking Cream. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
Angkat dan sejukkan inti.
Ambil kulit popiah, letakkan inti ayam, lobak merah dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Gulung dengan kemas. Sapukan air di hujung popia supaya tidak terbuka.
Tak lengkaplah kalau tak buat Kari Udang Berkeju ni kan untuk berbuka puasa. Sangat enak, boleh dimakan dengan nasi atau pun roti. Nak lebih enak, tambahkan Anchor Cheddar Chese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium. Memang berbaloi.
KARI UDANG BERKEJU
Bahan-bahan:
300gm ekor udang
2 sudu besar Anchor Salted Butter
2 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari
4 ulas bawang putih | kisar
4 biji cili padi | kisar
1 cawan santan
1 batang serai
Air secukupnya
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter. Tumiskan bahan kisar dengan serbuk kari, masukkan daun kari dan serai hingga wangi.
Masukkan santan dan udang bersama sedikit air.
Akhir sekali, masukkan kejuAnchor Cheddar Cheese Slices serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Buat anda yang sedang mencari hidangan mudah untuk dinikmati bersama keluarga, jom cuba resipi Prata Lapis Daging Kurma yang istimewa ni. Sangat enak dimakan panas-panas. Boleh bertambah-tambah dibuatnya. Lagi-lagi untuk waktu sahur atau berbuka nanti. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Jom cuba.
PRATA LAPIS DAGING KURMA
BAHAN-BAHAN:
6-8 keping prata segera – grill atas kuali leper hingga masak
150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
BAHAN KURMA DAGING:
400gram daging – dadu kecil
250ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
200ml air
1 labu bawang besar – belah empat
1 biji tomato – belah 4
2 biji cili merah – belah 2
8 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2sm halia – kisar
2 tangkai daun kari
1 sudu makan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih)
4 sudu makan serbuk kurma
1 sudu makan serbuk garam masala
1 sudu teh serbuk perasa
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk memasak kurma daging; cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis herba 4 sekawan dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar beserta rempah kurma dan serbuk garam masala. Kacau rata dan masak hingga rempah pecah minyak.
Masukkan daging dan air. Didihkan hingga daging hampir empuk.
Masukkan Anchor Cooking Cream, bawang besar, tomato dan cili merah. Masukkan serbuk perasa. Didihkan hingga semua bahan masak.
Tambah garam secukupnya. Sejukkan.
Untuk membuat lapisan prata daging; sediakan mangkuk/casserole tahan panas. Sapu dengan lebihan Anchor Unsalted Butter.
Letakkan 1-2 keping prata yang telah masak. Sendukkan kurma daging di atas prata lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan dan diakhiri dengan taburan Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit atau hingga keperang-perangan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Telur Dadar Gulung Berkeju ni memang antara menu yang sesuai dimasak bila anda nak cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Yang penting, kena makan panas-panas kerana limpahan keju dalam Telur Dadar Gulung ni pastinya buat anda makan bertambah. Gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk regangan yang sempurna serta meningkatkan rasa dalam masakan. Bila tarik tu, fuhhh memang puas hati dan buat anda rasa teruja dalam setiap gigitan. Jom cuba.
TELUR DADAR GULUNG BERKEJU
Bahan-Bahan:
6-8 biji telur
150gram Perfect Italiano Mozzarella
1 biji cili merah – cincang halus
½ labu bawang besar – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang dan ringan.
Masukkan Perfect Italiano Mozzarella, cincangan cili, cincangan bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Tuang sesenduk bancuhan telur lalu ratakan. Masak hingga bahagian bawah telur agak perang (api kecil sahaja).
Gulung telur dadar dan potong mengikut cita rasa. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!