Pernah tak rasa buntu nak buat sarapan untuk anak-anak dan suami? Haa, anda boleh buat Apam Lempeng! Mudah sangat nak buatnya. Makan panas-panas, cicah denga kelapa, sambal bilis atau kari. Memang terbaik!
Kalau rasa nak makan macam di MacCafe, sapukan saja butter Dan madu. Dah macam pankek dah. Sedap sangat!
Perkongsian resipi daripada Umi Watie ini sangat gebu, lembut dan wangi. Buatlah, anak-anak mesti suka.
APAM LEMPENG
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 biji telur Secubit garam 5 sudu besar gula (saya guna gula perang) 1 sudu besar yis – beli online di sini 2 cawan air
CARA-CARA:
1.Campurkan semua bahan dalam bekas. Air tu suhu bilik saja. Tak perlu guna air panas atau air sejuk.
2. Kacau-kacaukan semua bahan supaya sebati. Kalau suka manis, boleh tambah lagi gula ya.
3. Dah sebati pun semua bahan. Perap selama 15 atau 20 minit ya.
4.Lepas 15 minit perap, adunan dah elok berbuih. Itu tandanya yis kita hidup. 5. Panaskan kuali. Saya guna kuali anti lekat. Sapukan marjerin planta. Bubuh sesenduk atas kuali yang panas. 1 adunan dapat 12 keping.
Ads
6. Bila belah atas dah elok kering, terbalikkan. Guna api kecil saja.
Tekak ni rasa nak makan masakan antarabangsa pulak tapi dalam masa yang sama nak berjimat. Tidak perlu tunggu ke merata dunia kerana di dalam negara kini ada pelbagai restoran, café dan hotel ada menawarkan bermacam jenis masakan negara luar. Malah ada yang telah difusionkan sesuai dengan cita rasa tempatan. Nah chef dari VE HOTEL & RESIDENCE berkongsi resipi.
Nampak mudah, cepat dan semestinya sedap!
MUN FAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK NASI GORENG:
80gm nasi
40gm Siew Pak Choy
40gm lobak merah
20gm halia muda
80gm udang saiz XL | buang kulit
60gm isi dada ayam
60gm sotong
2 biji telur
5gm bawang putih
1/2 keping fish cake
10gm garam halus
10gm pati ayam
10gm gula
120gm scallop
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
Pecahkan telur, kacau rata dan masukkan nasi. Kacau lagi.
Kemudian perasakan dengan garam secukupnya. Tutup api dan ketepikan.
Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak tumis bawang putih,kemudian masukkan air dan stok pati ayam.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah sudah mendidih, masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang diperlukan kemudian masukkan sayuran.
Masukkan nasi goreng dalam pinggan, kemudian tuangkan kuah di atasnya.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan perlu dimasak hanya bila ingin sedia dihidangkan sahaja kerana ia hanya enak dihidangkan panas-panas.
…………
Saiz hidangan: 1 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Tumis.
Jenis Masakan: Cina (ala carte).
Keistimewaan: Enak dan sesuai untuk anda yang tidak gemarkan pedas
Anggaran kos RM15
Satu lagi resipi antarabangsa khas datang dari Indonesia yang boleh anda cuba! Klik sini ya.
Ada peminat pulut ke kat sini? Walaupun dunia semakin moden dan muncul kuih versi baru yang hipster, kuih berasaskan pulut ini tetap ada peminatnya yang tersendiri. Korang tengoklah tiga kuih ni pasti jadi buruan ketika sarapan atau minum petang. Kuih tradisi macam ni kita kena belajar buat sendiri. Bukan apa. Jangan sampai resipi ni hilang.
PULUT INTI
Bahan-bahan
Bahan pulut:
4 cawan pulut
100 ml santan pekat
Secubit garam
Bahan inti:
1/2 biji kelapa diparut
2 sudu besar gula Melaka
secubit garam
Cara memasak:
1) Penyediaannya Basuh beras pulut dan rendam semalaman.
2) Kukus pulut setengah masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas.
3) Masukkan santan dan garam, gaul rata.
4) Masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya
5) Untuk menyediakan inti, masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
6) Setelah inti pekat dan melekat, tutup api.
7) Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan sehingga mahu digunakan.
8) Bentangkan sehelai daun pisang yang telah dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu.
8) Menggunakan scope aiskrim, letakkan pulut di atas daun pisang, diikuti sesudu kecil inti.
9) Bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak. Ulang sehingga habis.
Bahan inti
1/2 biji kelapa parut
50gm udang kering (direndam dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan manis (disangai dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan putih (disangai dan dikisar)
2 sudu makan bawang merah kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
125 gm cili boh
125 ml air
Garam secukup rasa
Daun pisang
Cara memasak
1) Basuh beras pulut bersih dan tos airnya.
2) Kukus pulut setengah masak.
3) Kemudian curahkan campuran santan bersama garam di dalamnya dan gaul rata.
4) Kukus sekali lagi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
5) Untuk intinya, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
6) Kemudian masukkan udang kering dan biarkan seketika, baru masukkan cili boh.
7) Seterusnya masukkan serai, halia, lengkuas, kunyit, serbuk jintan manis dan putih. Kacau rata.
8) Setelah betul-betul garing masukkan kelapa parut bersama sedikit air, garam, gula secukup rasa.
9) Gaul rata, biarkan sedikit lembap. Angkat dan ketepikan.
10) Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak.
11) Letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.
12) Kemaskan bahagian hujung dengan lidi.
13) Akhir sekali panggang sehingga masak dan garing.
PULUT SERONDENG KELAPA
Bahan pulut
250 gm
150 ml santan pekat
150 ml air
1 sudu teh garam
Bahan serondeng
200 gm kelapa parut (putih sahaja)
2 sudu makan pes cili kering
2 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1-2 sudu makan udang kering (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Garam gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara memasak
1) Basuh pulut kemudian dan kukus sehingga masak.
2) Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.
3) Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.
4) Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serondeng. Jangan terlalu garing.
5) Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut cita rasa.
6) Gaulkan pulut atas serondeng.
7) Sedia dihidangkan.
Sedapnya bila menikmati semangkuk Mi Suppanas-panas. Bila waktu begini, menu simple sahaja sudah cukup untuk mengenyangkan perut. Andai ibu-ibu baru pulang dari pejabat, lagilah kalua boleh nak elak masak menu yang susah. Sebab sudah penat seharian.
Menu Mi Sup begini digemari ramai tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jika tak gemar mee, boleh digantikan dengan bihun, kuetiau, pasta malah kalau nak makan dengan nasi pun boleh. Andai tak habis dan ada lebihan, boleh simpan dan panaskan kembali untuk sarapan. Jimat masa dan wang kan?
Jom cuba resipi perkongsian saudari Zur Ain Salim. Pasti anda sekeluarga juga sukakan rasanya.