Mudah Rupanya Buat Sendiri Coklat Bar, Guna 3 Bahan Saja

Share

Siapa saja yang tak suka makan coklat, dari anak kecil sampailah yang dewasa. Selalunya saja stok coklat ini pelbagai jenama ada dalam peti ais.

Tapi tak terfikir pula nak buat coklat sendiri kan. Sebenarnya nak buat coklat bar ini mudah saja. Cuma perlukan tiga bahan saja. Memang boleh sangat buat sendiri. Nak cuba? Boleh ikut panduan perkongsian Nenie Suehoney,

untuk menghasilkan coklat bar bubble rice.

Buat sendiri bubble rice coklat bar

 

Bahan-bahan:

-500 gm coklat masakan (boleh guna milk compound Berry’s)
-25 ml minyak masak (jika suka, supaya coklat cepat cair)
-Bubble rice secukupnya (boleh juga gantikan dengan kismis atau kekacang)

Acuan/mould coklat bar yang digunakan. Boleh beli di kedai bakeri.

Cara membuat

1. Bakar dalam oven bubble rice pada suhu 120°c selama 10 minit lebih kurang/sehingga rangup. Ketepikan.

2. Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya. Masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.

 

3. Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/cetak/acuan.

 

4. Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan.

 

5. Tuang lagi coklat ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan. Hentak sedikit mould untuk ratakan.

 

6. Pastikan coklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan lemau.

7. Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika. Bila dah sejuk, boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia dimakan.

 

Tip: Saya letak minyak masak sikit, supaya selepas beku, coklat bar yang terhasil tidak terlalu keras. Sedang elok macam kita beli di kedai.

Selamat mencuba.

Sumber: Nenie Suehoney

 

IKLAN