Mudah & Lazat. Resipi Resipi Lontong Goreng Pembuka Selera Ini Memang Kena Cuba

Mudah & Lazat. Resipi Resipi Lontong Goreng Pembuka Selera Ini Memang Kena Cuba

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba dan ibu-ibu tentunya sudah mula berkira-kira menu apakah yang patut disajikan buat keluarga tercinta di pagi raya nanti.

Lazat dan mengenyangkan. Sajian Lontong Goreng dari MAGGI® ini tentunya menu raya yang paling sesuai dihidangkan di pagi Syawal ini. Malah nak memasaknya pun cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Bagus kan?

Cubalah menu ini di Aidilfitri ini. Anda dan keluarga pasti pasti sukakannya. Selamat mencuba.

 

 

RESIPI LONTONG GORENG PEMBUKA SELERA

Mudah & Lazat. Resipi Resipi Lontong Goreng Pembuka Selera Ini Memang Kena Cuba

IKLAN

Waktu memasak: 25 mint

Saiz hidangan: 4 orang

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm nasi impit
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 60gm MAGGI® Sambal Tumis
  • 100gm dada ayam
  • 100ml air
  • 0.25 cawan kacang tanah
  • 1 sudu besar kicap manis
  •  1 sudu besar Sos Cili MAGGI®
  • 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
  • 100gm taugeh
  • 100gm sawi
  • 50gm lobak merah
  •  0.25 cawan daun bawang
  • 10gm bawang goreng
  • 2 sudu besar cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering dan MAGGI® Sambal Tumis .
  2. Setelah pecah minyak, masukkan ayam dan tumiskan sehingga masak. Tuangkan air, masukkan kacang tanah dan gaulkan kuah sehingga sedikit pekat.
  3. Masukkan kicap manis, Sos Cili MAGGI® dan MAGGI® CukupRasa™. Gaulkan rata.
  4. Gaulkan nasi impit, taugeh dan kucai. Tumiskan sehingga rata.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img