
Ada sesiapa yang mengidam nak makan Vadai @ masalodeh petang ni? vadai ni sedap dimakan panas-panas.😋😋😁. Time goreng wangi harum semerbak bau rumah…😃 Boleh tiru resipi mak sy…
BAHAN-BAHAN:
-kacang dal sy beli 1.50
-bawang 1biji potong dadu
-jintan besar
-cili kering potong kcik2
-daun kari
CARA MEMASAK:
Rendam kacang dal 3 jam
Kemudian kisar halus semuanye..tinggalkan segenggam jer yg tak kisar untuk di campur sekali dengan yang dikisar semasa kisar, air jgn bnyak sgt…
Tos airnye kemudian bole la gaul sebati semua bahan2. Perasakan garam gule sikit n aji…
Tunggu 1 jam boleh goreng…
Siapp…🤗
credit : EiTa EMi
#mahn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bingka Pandan Bakar Guna Air Fryer, Semerbak Bau Pandan

Minum petang apa yang sedap? Tentulah kuih muih melayu. Bila sebut kuih muih melayu, sedapnya memang tak boleh bawa bincang. Lemak manis, cukup rasa.Nak buat kuih melayu ni ada langkah tertentu.Siapa kata nak buat bingka pandan tak boleh guna air fryer.Mudah sebenarnya guna air fryer ni.Sedap,lembut.semerbak bau pandan.
Bengkang/Bingka Pandan Versi Air fryer
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan pati santan
- 1 cawan air pandan
- 3\4 cawan gula/ kalau suka manis 1 cawan
- 1 sudu teh garam
- 2 biji telur
- 2 sudu makan butter
- sedikit bijan
- sedikit pewarna hijau
- Cara membuat:
1.Blend semua bahan di atas kecuali bijan.
2.Masak sekejap atas dapur dengan api perlahan.bila agak likat sikit berwap( jangan sampai berketul-ketul)angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dioleskan dengan butter,tuang adunan kemudian tabur bijan.
3.Bakar pada suhu 160,selama 20 minit.
4.Bila dah masak( cucuk dengan lidi sate)kalau tak ada kesan pada lidi tu maknanya dah masak.
5.Tambah lagi 5 min suhu, 180 untuk garingkan atasnya.Suhu bergantung pada AF masing-masing.Kalau kurang masak,tambah lagi masa.
*Saya guna saiz loyang 6′
*Gula 3/4 cawan dah cukup manis bagi saya yang suka kurang manis.Terpulang pada citarasa dan selera masing-masing.Foto & airtangan- Eniza M. Salim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tip Buat Bolu Kukus Yang Sedap, Lembut Gebu & Merekah Sempurna

Sedapnya kuih Bolu Kukus Mekar ni. Rupanya seakan isi buah naga. Nampak gebu dan lembut. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ini tidak menggunakan air soda tetapi hasilnya sangat sempurna. Nak cuba? Berikut adalah resipinya. Malah beliau juga kongsikan tip untuk menghasilkan Bolu Kukus yang merekah sempurna. Ha…Kena tahu petua ni. Cubalah. Anda pasti suka serrta kagum bila lihat hasilnya.
CARA BUAT BOLU KUKUS MEKAR BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum – anggaran 2 cawan – beli online disini
- 200gm gula – anggaran 1 cawan – beli online disini
- 130ml susu penuh krim – anggaran ¾ cawan. Boleh ganti dengan susu cair/santan cair/air – beli online disini
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu teh ovalette – beli online disini
- 1/2 sudu teh serbuk vanila / esen vanila – beli online disini
- Pewarna merah secukupnya – beli online disini
- Bijan hitam secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah.
3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sedang. Picit adunan putih hingga hampir penuh.
5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas.
6. Isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih.
7. Kukus Bolu selama 10 minit dengan api paling besar.
8. Bila Bolu sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan dapat 23 biji Bolu, bergantung pada saiz cawan kertas.
TIP SUPAYA BOLU MEKAR @ MEREKAH
1. Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu.
2. Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari.
3. Pastikan air betul-betul panas dan mendidih.
4. Jarakkan bolu. Jangan terlalu dekat antara satu sama lain.
5. Kukus dengan api paling besar.
6. Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya.
7. Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya bolu dapat kembang dengan mudah.
Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah
Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/hanabishi-multi-cooker-with-steamer-1l-ha1330-20054952?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Hanabishi Multi Cooker with Steamer[/su_button]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Apam Lenggang Sedap. Bahan-Bahan Sukat Guna Cawan Je
Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Terliur Gila Weiii Tengok 3 Dessert Ni, Tak Sabar Nak Cuba.

Tidak lengkap rasanya jika sesuatu hidangan tanpa pencuci mulut. Terdapat pelbagai jenis manisan yang enak untuk hidangan keluarga mahu pun tetamu yang datang bertamu. Jika tercari-cari apa menu, ini ada tiga resipi dessert yang mudah disediakan yang boleh anda cuba.
PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
- 1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
- 1cawan tepung kastard
- 1/2 cawan gula
- 1 tin susu cair
- 1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
- 11gm agar-agar serbuk
- 800gm air
- 5 sudu makan gula
- Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
- Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat.
- Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan.
- Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil.
- Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan.
- Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan.
- Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut.
- Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.
SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 ulas nangka masak | hiris nipis
- 1 cawan biji sagu
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
- 2 ketul gula melaka
- 1 cawan air
- 2sudu makan gula pasir
- 1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan air
- 1/2sudu teh garam
- 3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya.
- Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning.
- Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan.
- Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan.
- Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.
KUIH JONGKONG VERSI JOHOR
BAHAN A:
- 150gm tepung beras cap teratai
- 70gm tepung ubi kayu
- 600ml santan cair
- 3 sudu makan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
- 100 ml santan
- 3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
- Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
- Lidi kecil secukupnya
- Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
- Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membungkus jongkong, daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya.
- Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas.
- Ulangi langkah hingga selesai.
- Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.
- Angkat dan sedia dinikmati.