Modal Sekitar RM30 Beli 3D Wallpaper, Idzyan Jadikan Ruang Singki Lebih Bergaya Segar & Mudah Cuci

Share

Ruang dapur merupakan ruang peribadi buat wanita khasnya dan juga mereka yang gemar memasak. Di sini ruang untuk kita mengolah makanan buat keluarga. Tentunya kita mahu ruang ini nampak bergaya , jauh dari suasana selekeh yang membuatkan hilang mood nak memasak. Tak begitu adik , kakak dan abang semua?
Hanya dengan modal tak sampai RM30 Idzyan dapat makeover bahagian singkinya. Nampak lebih cerah dan mudah nak cuci kalau terkena percikan kotoran. Kini dah tidak berlumut lagi di bahagian singki ni.

1.Ni gambar sebelum, masa pindah masuk rumah sewa ni, memang dah ada foil ni kat dinding. Saya rasa macam agak gelap bahagian singki ini. Kemudian foil tu tak cover sampai bawah. Jadi bawah singki pada dinding agak berlumut sebab lembap saja. Dan bawah sinki saya letak tong sampah. Jadi kotor dinding kena percikan sampah.

 

2. Bahagian itu juga kotor dan berlumut. Jadi saya decide nak guna 3D wallpaper saja untuk tutup semua dinding dari atas sampai bawah.

3. Saya ukur lebar dan tinggi. Saya beli 3D wallpaper ini 6 keping saja. Total RM28.14 Cukup untuk tutup bahagian singki saja.

4. Saya cabut foil pada dinding. Kena hati-hati takut terkeluar cat pulak.

 

5. Saya mula tampal bahagian bawah dahulu, 3D wallpaper ni mudah untuk pasang. Cumanya tak boleh buat silap langsung. Kena fikir betul-betul nak letak bahagian mana sebelum lekat. Sebab bila dah lekat, nak cabut balik boleh keluar sekali cat. Akan jadi lagi teruk.

6. Bahagian bawah senang pasang, sebab dinding tidak ada halangan. Siap tampal 3 keping bahagian bawah. Kalau boleh tampal bagi sama ira 3D Wallpaper tu. Saya pasang dah senget bahagian tepi ni jadi tak sama.

7. Kalau ada dinding yang terkeluar cat macam ini, lebih elok tepek dengan wallpaper biasa warna putih dulu. Sebab nanti akan nampak tompok macam saya punya. Sebab ingat tak nampak.

8. Tak tutup dinding yang terkeluar cat itu akan nampak tompok macam ni. rasa menyesal tak tutup dulu. Dah pasang 3D wallpaper ini memang dah tak boleh patah balik.

9. Yang bahagian ni saya tutup dengan wallpaper plain putih banyak lapis. Kalau nak mudah pasang 3d wallpaper tu boleh cabut ja singki tu. Tapi saya tak cabut sebab tak pandai.

10.Ni gambar selepas, dah siap tampal semua. Dua jam juga ambil masa untuk saya tampal. 3d wallpaper jenis ni senang, boleh potong ikut saiz, boleh potong ikut lubang kita nak. Masa kat sinki saya ukir dan potong. Part yang ada halangan tu yang ambik masa lama sikit.

11. Ni gambar sekarang, saya jahit sendiri kain pelapik meja buat jadi langsir bawah singki.
Perkongsian: ByIdzyan Ismail & idzyanismail

 

IKLAN