Menguruskan tanaman sendiri bukan suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi bila bab baja. Banyak kena main try and error untuk dapatkan baja yang sesuai dengan tanaman.
Menerusi perkongsian daripada saudara Md Khalil Salleh ini, dia sudah 2 tahun menggunakan baja organik buatan sendiri, sejak belajar berkebun di rumah pada musim PKP.
Lagi seronok bila sayuran dan pokok bunga belum pernah kena serangan seranggaperosak sejak guna baja buatan sendiri.
CARA BUAT BAJA ORGANIK BUATAN SENDIRI
BAHAN-BAHAN:
Ads
100gm MSG 3kg sisa ikan 3kg gula merah – beli online di sini 5 labu (atau lebih) bawang putih – beli online di sini 500gm (atau lebih) kulit telur yang dikisar 10-15 liter air yang tiada klorin
1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas besar. Perap sebulan dalam tempat gelap. Kalau tiada tempat gelap, boleh tutup bekas dengan plastik hitam. *kalau nak cepat, boleh juga kisarkan semua bahan di atas.
2. Lepas sebulan, tapis dan terus guna pun boleh. Kalau nak simpan dulu pun boleh. 3. Penggunaan: 10ml + 2 liter air yang tiada klorin, terus sembur pada daun dan pucuk pokok. Atau boleh juga siram pada pangkal pokok pun boleh.
* Siram atau sembur terus 1@2 minggu sekali supaya hasil tanaman jadi lebih subur. *Sesuai untuk pokok sayur berdaun, berbuah macam tomato dan pokok hiasan. *Peram sebulan. Kalau nak guna cepat, boleh peram 2 minggu.
Kalau anda ingin membeli peralatan dapur, pastikan ia tidak diperbuat daripada bahan-bahan yang Min nyatakan ini. Makanan paling sihat sekalipun kalau dimasak atau disimpan dalam bekas yang bahan buatannya bertoksin, boleh menjadi ‘racun’ yang menjejaskan kesihatan kita.
Jom semak dan teliti, senarai bahan ini…
1.PERALATAN ALUMINIUM
Kuali dan periuk ada yang diperbuat daripada aluminium. Malah aluminium adalah material yang mampu beli murah dan pelbagai kegunaannya. Walaubagaimanapun, makanan berasid seperti sos tomato dan garam boleh menyebabkan aluminium terserap masuk ke dalam makanan.
Kertas aluminium atau aluminium foil sebaiknya diguna hanya untuk membungkus makanan sahaja. Kerana suhu yang tinggi boleh menyebabkan proses ‘leeching’ pengeluaran logam yang menjadikan makanan tidak ‘selamat’ dimakan .
2.PERALATAN KUPRUM @ ‘copper’
Kuprum terkenal mampu mengekalkan suhu dan menahan haba, malah periuk dan kuali kuprum adalah kegemaran kebanyakkan chef kan. Kuprum atau ‘copper’ sebenarnya dibuat daripada bahan logam lembut dan biasanya campuran bahan buatannya sering digandingkan dengan nikel. Kedua logam ini boleh membebaskan toksin logam bila dipanaskan dan boleh meresap dalam makanan.
Apabila anda memerah lemon contohnya, lagi lah terhakis logammya dan makanan pun menyerap logammnya dan boleh menjejaskan kesihatan . Kuprum yang berlebihan masuk ke tubuh sering dikaitkan dengan masalah kanser, tisu penghubung, dan pengeluraran estrogen yang tinggi.
3. PERALATAN DARI PLASTIK
Jika dibiarkan pada suhu yang tinggi, peralatan plastik akan cair dan mengeluarkan bahan dan gas kimia yang bahaya ke dalam makanan.Peralatan kayu dan besi adalah lebih selamat digunakan.
4. PERALATAN DARI TEFLON/TIDAK MELEKAT (NON STICK)
Kuali teflon memang kerap digunakan untuk menumis, menggoreng dan sebagainya kerana Teflon memudahkan aktiviti memasak tanpa minyak lebih mudah. Bahan tidak lekat menyebabkan semua makanan seperti meluncur di atas permukaannya. Bahan saduran ‘tidak melekat’ ni dibuat dari ‘fluoropolymers’ , ia boleh mengeluarkan ‘perfluorooctanoic’ asid (PFOA) bila dipanaskan. Dan PFOA ni boleh terkumpul dalam badan dan tubuh kita tidak boleh metabolisasikannya.
Kalau nak tahu Teflon boleh mencapai suhu konduktif dan membebaskan asap atau gas beracun selepas 2 hingga 5 minit di atas api
5. PERALATAN DARIPADA KELULI TAHAN KARAT DAH CALAR.
Ada apa dengan keluli tahan karat nih (stainless steel) ? Jika ia masih elok dan tiada kesan calar. Ia selamat digunakan. Tapi awas, jangan sampai ada kesan calar, terutamanya jenis yang tidak berkualiti atau rendah kualitinya .
Besi tahan karat memang pelbagai guna dan tahan lasak, namun tidak semuanya tahan calar. Apabila sudah tercalar, ia boleh membebaskan mineral seperti besi, kromium, dan nikel ke dalam makanan. Ia boleh menjejaskan kesihatan bila terkumpul dalam tubuh.
NI DIA ALTERNATIF PERALATAN SELAMAT:
1. BESI ALOI (CAST IRON)
Jadi elakkan dari menggunakan kuali, periuk, senduk atau bekas makanan daripada bahan-bahan tadi ya. Peralatan yang dibuat daripada ‘cast iron’ iaitu besi tuang (dicetak atau dikenali dengan besi aloi) lebih selamat. Begitu juga keluli tahan karat yang tidak tercalar.
2. GELAS TEBAL
Begitu juga dengan peralatan memasak daripada gelas tebal tahan haba contohnya seperti bekas daripada pyrex.
3. STONEWARE
Ia adalah bahan seakan seramik, dibuat dari tanah liat yang dibakar dengan api dan haba tinggi dan telah digunakan zaman berzaman oleh manusia. Walau pun ia dibuat daripada tanah liat alami adalah lebih bijak memilik peralatan masak stoneware yang bermutu tinggi dan berkualiti. Terdapat jenama murahan yang mungkin mengandungi kesan raksa atau bahan merbahaya yang boleh membebaskan toksin ke dalam makanan.
Lain-lain peralatan masak yang boleh dijadikan alternatif selamat adalah yang dibuat daripada tanah liat seperti periuk tanah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tanam pokok celery atau saderi di rumah memang memudahkan, terutama bila kita menyediakan masalah jenis sup. Boleh ambil saja dari pasu. Selain hidangan sup sayur celery ini juga enak jika digoreng.
Cara menanam pokok sayur ini juga agak mudah, modalnya cuma beli celery dan simpan pangkalnya selepas digunakan. Pangkal inilah yang akan ditanam. Cara ini juga dikatakan lagi mudah.
1. Ambil celery yang sudah digunakan daun dan batangnya. Simpan pangkal untuk disemai. Tak perlu cari yang sudah berakar.
2. Sediakan tanah berpasir di dalam pasu dan tanam pangkal celery. Tanah jenis ini lebih sesuai dengan sayur ini kerana air tak bertakung. Ini kerana pokok celery tak perlu banyak air, nanti akarnya busuk.
3. Kemudian siram tapi jangan banyak air. Jika tanah nampak kering sembur air supaya tanah lembap. Selepas naik tunas, barulah disiram pada waktu pagi saja.
4. Elak letak pokok celery di bawah cahaya terik. Letak di bawah bumbung tapi perlu ada cahaya, cuma tak panas dan tak terkena hujan.
5. Tiga perkara penting jika menanam pokok celery, pastikan tak siram dengan banyak, jangan letak tempat panas dan guna pasir bila semai. Jika cukup penjagaan ini, tanaman ini akan subur dan tak mati.
Mesti ramai di kalangan korang yang risau bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal.. Sebabnya dia benda ini akan meletup-letup, pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak. Disebabkan masalah ini juga ramai yang membuang saja hati dan pedal ayam, Sayakan kalau dibuang begitu je, Ok, ini RASA kongsikan beberapa petua menggoreng hati dan pedal ayam dengan aman tanpa gangguan pecikan minyak.
Apa yang anda perlukan ialah:
.
1.Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bawal Sweet Sour rangup dengan kuah masam manis pekat dan berkilat. Ikuti resipi lengkap serta rahsia kuah paling padu untuk hidangan pembuka selera yang menggoda!