Minyak bawang pelbagai guna, menambah aroma dalam masakan. Ia memang membangkitkan selera apabila digunakan ke dalam masakan kerana aromanya yang semerbak.
Sememangnya minyak bawang ini memang pelbagai guna. Ia sesuai utk masak nasi ayam, sayur, sup, telur, nasi goreng dan pelbagai menu lain.
Tapi janganlah pula guna minyak ini untuk menggoreng kuih-muih. Kang berbau bawang pula nanti. Tak sedaplah jawabnya.
Kali ini dikongsikan resepi minyak bawang ala-ala orang Cina, tapi bukan minyak bawang putih ye. Tapi menggunakan bawang merah, bawang putih dan campuran bahan lain juga. Resepi ini sebenarnya telah diubah suai sedikit oleh puan Nana Sabrina Sarsan.
Tidak 100% mengikut resepi yang biasa digunakan oleh kaum Cina. Tapi, tetap sedap ye.
Bahan-bahannya pun mudah dan ringkas saja. Yang penting minyak itu boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak dan boleh disimpan dalam jangka waktu agak lama.
Ads
Bahan-Bahan Minyak Bawang (dihiris):
Bawang merah atau bawang besar. Boleh juga campur keduanya.
Daun bawang
Daun Leek (daun bawang yang besar)
Bawang putih
Sedikit halia
*Bahan-bahan lain kena lebih ya, kecuali halia jangan terlalu banyak.
Bahan Lain:
1 liter minyak masak
Cara Memasak:
Ads
1.Panaskan minyak, kemudian kecilkan api sedikit. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
Kacau perlahan-lahan hingga bahan-bahan itu bertukar warna. Jangan guna api terlalu besar kerana bawang mudah rentung.
Kemudian toskan bahan-bahan tadi. Tunggu minyak sejuk baru masukkan dlm botol.
Dah siap. Boleh guna bila-bila masa.
Ads
Oh ye. Bahan-bahan yang dgoreng tadi jangan dibuang tau. Masih boleh dimakan. Contohnya makan bersama bubur nasi. Wangi semerbak.
Atau kalau goreng telur mata, tabur di atas telur, tambah kicap, perah limah dan potong cili padi. Pehh! Sedap! Cubalah. Gerenti teringat-ingat nanti.
Goreng kacang tanah, dengar macam senangkan, tapi sebenarnya ia bukan senang yang pro pun kerap juga gagal, sebabnya menggoreng kacang ada tekniknya supaya ia tidak pahit atau liat sebab kurang masak. Nak tahu macam mana cara yang sempurna goreng kacang tanah, korang kena baca tip yang RASA kongsikan ini:-
Pilih Kacang Tanah Yang Elok
Ini penting, kualiti kacang yang elok mempunyai kulit ari yang terang dan saiz biji kacang adalah sama. Jangan beli kacang yang tak sama saiz, ia akan menyebabkan kacang tidak masak sekata bila digoreng.
Gunakan Minyak Banyak Semasa Menggoreng
Semasa menggoreng pastikan semua kacang tenggelam dalam minyak masak yang panas. Oleh itu korang perlu menggunakan minyak lebih banyak dari kacang. Seperkata lagi korang perlu sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Tidak ada istilah menyambil semasa menggoreng kacang tanah.
Angkat Kacang Sebelum Kacang Betul-Betul Masak
Perhatikan betul, bila kacang tanah yang digoreng bertukar warna kuning muda atau rasa hampir masak, segera angkat kerana ia akan betul-betul masak dan garing dalam beberapa saat semasa proses mengangkatnya. Jangan tunggu kulit kacang sudah berwarna kecoklatan atau masak sepenuhnya. Akibatnya kacang akan berasa sedikit pahit kerana terlalu ‘over cook’. Atau biarkan kacau dalam kuali walaupun api sudah ditutup. Kuali panas akan jadikan kacang anda hangus.
Rendam Dalam Air Mendidih
Jika korang ingin menggoreng tanpa kulit arinya, sebaiknya rendam kacang dalam air mendidih lebih kurang 10 minit supaya kulit arinya lembut dan senang dibuang. Kemudian tos sebelum sedia digoreng. Pastikan semua kulit ari dibuang, jika tidak ada sisa kulit ia akan cepat hangus dan menjadikannya pahit.
Guna Api Sederhana
Jika anda goreng kacang tanpa minyak (sangai) pastikan anda menggunakan api sederhana dan sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Cara ini agak lambat berbanding menggoreng menggunakan minyak.
Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai pencuci pinggan biasa pun tak nak tanggal. Jadi apak kata anda cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK & KUALI AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
Sabun mandi ( buku)
Dawai besi
CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.
2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.
Bergedel, sama ada dimakan terus sebagai kudapan atau sebagai tambahan dalam masakan lain seperti dalam soto, ramai orang menyukai makan yang diperbuat dari kentang ini. Namun masalah, bila berdel digoreng ia kerap hancur dan terlalu berminyak. Anda yang hadapi masalah ini jangan risau, berikut rasa kongsikan tip atau petua supaya bergedel yang anda goreng tidak hancur dan masak sempurna.
Campurkan Dengan Tepung Ubi Kayu.
Selain campuran kentang, isi ayam, hirisan sayuran dan perasa, anda juga perlu tambahkan telur dan tepung ubi atau tepung beras sebagai bahan pelekat yang menjadikan campuran bahan bergedil bersatu dan tidak berderai semasa digoreng. Contoh, jika anda menggunakan lebih kurang 1kg ketang anda boleh tambahkan dengan dua biji telur 3 sudu makan tepung ubi kayu. Gaul sebati dan bentukkan bulat dan leperkan seperti bergedel.
Masukkan Dalam Peti Sejuk
Bergedel yang siap dibentuk, masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit, supaya adunan menjadi sebati dan tidak mudah hancur bila digoreng.
Celup Dalam Putih Telur
Untuk lebih kemas, celupkan bergedel dalam putih telur terlebuh dahulu sebelum sedia digoreng. Hal ini akan menjadikan bahagian luar bergedel lebih garing dan kemas serta tidak pecah berbanding anda memasukkan sekali kuning telur.
Pastikan Minyak Telah Panas
Semasa memanaskan minyak pastikan ia betul-betul panas baru masukkan bergedel. Kemudian laraskan pada api sederhana bila bergedel sudah dalam minyak panas. Pastikan juga bergedel terendam dalam minyak panas tersebut.
Balikkan Sekali Sahaja Bergedel Semasa Menggoreng
Elakkan dari sentiasa membalikkan bergedel berulang kali semasa menggoreng. Cukup sekali sahaja, bila bahagian bawah mula keperangan baru terbalikkan. Apabila keseluruhan permukaan bergedel berwarna kecoklatan, boleh angkat dan toskan.
Diharapkan selepas ini anda tidak ada masalah untuk menggoreng bergedel.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.