Tidak lengkap hari anda tanpa peneman hidangan minum petang. Setiap dari kita mempunyai citarasa yang berbeza , ada yang menggemari kuih manis dan sebaliknya. Apa-apa pun makan manis biarlah berpada- pada, jangan sampai potong kaki pula gara-gara gula yang tinggi. Lebihan roti boleh diolah menjadi pemanis mulut yang ringkas dan senang.
SANGKHAYA FAK THONG (KASTARD LABU)
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu bersaiz sederhana
4 biji telur
350ml santan
250gm gula
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Potong bahagian tangkai labu dan buang bijinya dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika.
Dalam mangkuk adunan, pecahkan telur dan kacau sebati.
Masukkan santan dan kacau bersama gula sehingga gula larut. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
Masukkan adunan telur tadi ke dalam labu dan kukus lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga puding menjadi kental.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Santan boleh digantikan dengan susu cair.
Ads
UBI KAYU KARAMEL GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 batang ubi kayu bersaiz sederhana
250gm gula perang
100gm gula Melaka
1 helai daun pandan
400ml air
CARA MEMASAK:
Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus.
Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga dihidangkan bersama santan.
Masukkan santan dalam periuk bersama pisang dan daun pandan.
Masak atas api sederhana, Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
Setelah pisang empuk, masukkan gula dan secubit garam sebagai penambah rasa.
Apabila secukup rasa. Matikan api.
Untuk menghidangkannya, skopkan pulut tawar ke dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan santan pisang tadi.
Pulut pisang sedia dihidangkan.
Info Chef: Hidangan ini enak dihidangkan panas atau sejuk, terpulang pada cita rasa anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mi wantan kicap adalah masakan cina yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Selalunya hidangan ini akan disajikan bersama sup wantan, wantan, dan sayur yang diletak bersama mi wantan.
Ini resipi turun temurun keluarga dan pernah menjadi sumber pendapatan Adam Corrie ketika zaman remaja. Nampak ringkas tapi rasanya menyelerakan dan sederhana.
BAHAN-BAHAN MI WANTAN
mi wantan (dicelur) – ada jual di supermarket.
minyak bijan
kicap pekat
kicap cair (apa-apa jenaman)
Sos tiram
Sayur sawi / siew pak choi
CARA MENYEDIAKAN
Campurkan semua minyak dan kicap dalam pinggan. Kemudian masukkan mi wantan yang sudah celur dan gaul rata. Tidak perlu di masak.
Taburkan bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi atau siew pak choi yang telah di celur di atas mi
BAHAN-BAHAN ISI / INTI WANTAN
Udang (dicelur) atau isi ayam ( di cincang halus)
Daun bawang- di potong halus
Lobak Merah- di potong halus
Sedikit tepung
Lada sulah
Garam
Sos tiram
CARA MENYEDIAKAN
Gaulkan semua bahan-bahan (Jika suka boleh tambah bawang besar, cendawan yang dipotong dadu kecil.) Tapi saya buat yang ringkas supaya inti wantan tidak basah. Kalau terlampau basah kulit wantan mudah koyak.
BAHAN-BAHAN KULIT WANTAN
Tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
Air panas mendidih
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN
Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan minyak masak.
Kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat dekat tangan.
Uli hingga sebati kemudian biarkan sekejap dalam 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tidak keras
Kalau susah sangat atau mudah beli sahaja yang sudap siap di pasaraya.
BAHAN-BAHAN SUP RINGKAS
Air
Lada sulah
Kiub ayam
Daun ketumbar
Bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN
Didihkan air, masuk lada sulah dan kiub ayam.
Masukkan wantan yang sudah siap ke dalam sup.
Masakkan sekali dengan sup dah nak siap, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
Info: Untuk rasa pedas boleh buat cili padi potong dan letakkan kicap cair. Wantan juga boleh digoreng dengan sedikit minyak.
Kalau rasa teringin nak makan pizza, boleh je buat sendiri di rumah. Menariknya, resipi yang dikongsi oleh Mengrong Chai ini hanya menggunakan cup bersaiz kecil. Comel-comel belaka. Anak-anak mesti teruja nak makan. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan.
Teringin pula nak makan kek yang tidak memuakkan. Kalau di zaman mak-mak kita dahulu kalau dapat merasai kek mentega dah cukup membahagiakan. Makan pula dengan air kopi panas, memang lengkap dan padu. Min pula teringin kek sunquick. perisa utamanya ialah pati minuman sunquick. Ada juga yang meletakkan parutan kulit limau. Untuk hasilkan kek sunquick yang tidak pahit, jangan parut kulit limau sehingga ke lapisan putih.
KEK SUNQUICK LEMBAB
Bahan-bahan:
1 cawan@1 ketul @250gm buttercup (kalau nk guna majerin pun boleh)
1 cawan gula kastor (kalau x suka manis bleh guna 3/4 cawan je)
4 biji telur A
Esen vanilla
1/2 cawan sunquick( akak guna limau mandarin. mmg letak byak sbb x letak kulit lemon@limau. Boleh je nk kurangkan
1 1/2 cawan tpg gandum (ayak)
1/2 sd teh baking powder (ayak)
Hirisan limau sunkist (kalau x de x payah letak..kk pia just nk abiskan stok dlm peti)
Cara memasak:
1.Pukul gula dan buttercup hingga gebu
2.Perlahankan mixer
3.Masukkan telur satu persatu..pukul sebati
4.Masukkan esen vanila
5.Masukkan sunquick..pukul sebati
6.Tutup mixer..masukkan tepung sikit2
7.Kaup balik.je pakai spatula
8.Jgn terlebih gaul..nnti kek x lembab
(Kk pia guna loyang bulat 8")
9.Bakar suhu 160..170..agk2 45minit..1 jam..bergantung oven masing
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.