Rasa kuah dari rebusan daging yang sedap dengan rasa lemak dari keledek yang dikisar halus.
MI KUAH TULANG
BAHAN KUAH:
Ads
1kg tulang lembu | rebus empuk
1 liter air rebusan tulang atau daging
1 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sm halia | kisar
3 sudu makan cili kisar
2 biji ubi keledek saiz sederhana | rebus dan kisar halus
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERENCAH:
Ads
1 paket mi kuning | celur
200gm tauge | celur separuh masak
2 batang sawi | potong pendek dan celur
1 biji tomato | hiris nipis
2 biji limau kasturi | belah dua (untuk diperah)
Daun bawang secukupnya.
Bawang goreng secukupnya.
Ads
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kuah, panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan tulang lembu bersama sos tomato dan air rebusan daging atau tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
Masukkan ubi keledek dan didihkan hingga kuah pekat.
Tambahkan garam dan gula perang secukup rasa.
Untuk menghidang, letakkan sedikit bahan-bahan perencah sebelum menuang kuah dan tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda ke pasaraya besar, pasti anda pernah terlihat paket-paket mi yang tertulis tulisan UDON. Rupanya seakan laksa yang telah direbus. Kalau nak tahu, Udon adalah sejenis mi yang diperbuat daripada tepung gandum dan berbentuk tebal dan lebar. Ia sangat popular di Jepun. Jika di Malaysia, anda boleh nikmati sajian ini di restoran-restoran yang menjual hidangan dari negara matahari terbit ini.
Nak cuba masak Udon secara homemade? Ini resipi mudah yang boleh anda cuba.
NABEYAKI UDON
BAHAN-BAHAN:
250gm mi udon | boleh didapati di pasaraya
100gm aneka kek dan bebola ikan | dicelur
1 kiub pati ayam
1 batang daun bawang
3 biji cendawan shitake
BAHAN SUP:
500ml air
3 sudu makan kicap jepun ( souyu)
2 sudu teh gula
10 ekor ikan bilis putih
BAHAN HIASAN:
Hirisan rumpai laut
CARA MEMASAK:
Masukkan air, cendawan shitake dan ikan bilis ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 5 minit. Keluarkan cendawan dan ikan bilis.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, daun bawang, kicap jepun dan gula. Sebatikan dan biarkan mendidih sekali lagi.
Angkat dan hidangkan bersama mi udon dan aneka kek ikan yang telah dicelur. Hiaskan dengan hirisan rumpai laut.
Info chef: Untuk lebih enak, boleh ditambah hirisan ayam dan juga telur.
Sedapnya Mi Celup Thai ni. Jika anda menggemari sajian mi bersup dan berkuah, resipi perkongsian saudari Maya Miera ni antara yang mudah dan boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah diperolehi. Jadi bolehlah ciba masak sendiri nanti. Kuah sup yang padu ditambah pula dengan sambal cili yang pedas, memang cukup lengkap rasanya. Teringin nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK MI CELUP THAI
BAHAN BAHAN:
1 labu bawang putih – ditumbuk – beli online disini 3- 4 akar ketumbar – ditumbuk 2 sudu makan lada hitam – ditumbuk – beli online disini 1 inci halia – diketuk 2kg tulang daging 1 keping gula melaka – beli online disini Kicap cair – beli online disini Sos ikan – beli online disini Kicap pekat – beli online disini 1 sudu makan garam 1 sudu teh Ajinomoto (jika suka) 2 sudu makan gula – beli online disini 1 uncang sup bunjut Minyak untuk menumis Air secukupnya (empunya resipi guna hampir 3 liter) Isi ayam rebus yang diracik Meatball secukupnya Mi segera /bihun celur Hirisan daun ketumbar Kangkung celur Kacang tanah tumbuk Chili flakes @ emping cili – beli online disini
BAHAN SAMBAL CILI: Cili padi merah Cuka Gula Garam
CARA MEMASAK 1. Satukan bawang putih, serbuk lada hitam dan akar ketumbar. Tumbuk atau cincang hingga halus.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis hingga garing serta wangi.
3. Masukkan tulang daging, air, sup bunjut, halia, gula putih, gula melaka, garam, kicap cair dan sos ikan. Sukatan ikut cita rasa masing-masing.(empunya resipi masak sup guna pressure cooker. HP 45 minit. Jika masak guna periuk biasa, biar hingga air mendidih baru dimasukkan perisa dan juga kicap)
4. Bila daging sudah empuk, masukkan bebola daging. Masak seketika dan padamkan api.
5. Dalam periuk berlainan, didihkan air dan rebus ayam hingga masak toskan kemudian carik isinya. Ketepikan. 6. Kemudian celur mi, bihun, mi segera dan juga kangkung. Sebaiknya celur satu persatu. Angkat dan toskan.
7. Bila sup masak, hidangkan bersama mi, sambal cili, isi ayam rebus, hirisan ketumbar, kangkong celur, emping cili dan kacamg tanah tumbuk.
8. Mi Celup Thai siap untuk dinikmati. 9. Untuk menyediakan Sambal Cili, satukan kesemua bahan dan kisar halus. Sukatan bahan agak-agak sahaja.
Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP
& CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP:
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI:
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!