Nak menu yang cepat, mudah dan sedap? Mi Goreng Kicap adalah pilihan yang tepat. Hidangan ini memberi rasa seimbang yang memuaskan. Guna Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma dalam hidangan. Tambahkan juga keju Chesdale Topping untuk hidangan ala-ala ramen. Sedap dan menjadi!
MI GORENG KICAP
Bahan-bahan:
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
1 paket mi kuning
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 ikat sawi
10 ekor udang | kisar kering
4 ulas bawang putih | kisar kering
1 biji bawang merah | kisar kering
4 sudu besar cili kisar
3 keping fish cake
2 keping Chesdale Topping
Garam
Serbuk perasa
Daun bawang | untuk hiasan
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits
Ads
Cara Memasak:
Panaskan Anchor Unsalted Butter, tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar. Masukkan cili kisar dan udang kisar. Gaul rata. Masukkan fish cake dan masak hingga naik bau. Masukkan kicap manis dan sos tiram, kemudian masukkan mi kuning.
Masukkan sawi dan gaul sebati. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
Masukkan Mi Goreng Kicap di dalam pinggan. Tambahkan Chesdale Topping di atasnya ketika Mi Goreng Kicap masih panas. Taburkan daun bawang untuk hiasan.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits.
Buat anda yang sedang mencari hidangan mudah untuk dinikmati bersama keluarga, jom cuba resipi Prata Lapis Daging Kurma yang istimewa ni. Sangat enak dimakan panas-panas. Boleh bertambah-tambah dibuatnya. Lagi-lagi untuk waktu sahur atau berbuka nanti. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Jom cuba.
PRATA LAPIS DAGING KURMA
BAHAN-BAHAN:
6-8 keping prata segera – grill atas kuali leper hingga masak
150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
BAHAN KURMA DAGING:
400gram daging – dadu kecil
250ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
200ml air
1 labu bawang besar – belah empat
1 biji tomato – belah 4
2 biji cili merah – belah 2
8 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2sm halia – kisar
2 tangkai daun kari
1 sudu makan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih)
4 sudu makan serbuk kurma
1 sudu makan serbuk garam masala
1 sudu teh serbuk perasa
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk memasak kurma daging; cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis herba 4 sekawan dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar beserta rempah kurma dan serbuk garam masala. Kacau rata dan masak hingga rempah pecah minyak.
Masukkan daging dan air. Didihkan hingga daging hampir empuk.
Masukkan Anchor Cooking Cream, bawang besar, tomato dan cili merah. Masukkan serbuk perasa. Didihkan hingga semua bahan masak.
Tambah garam secukupnya. Sejukkan.
Untuk membuat lapisan prata daging; sediakan mangkuk/casserole tahan panas. Sapu dengan lebihan Anchor Unsalted Butter.
Letakkan 1-2 keping prata yang telah masak. Sendukkan kurma daging di atas prata lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan dan diakhiri dengan taburan Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit atau hingga keperang-perangan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Siapa sangka terung pun boleh dijadikan Lasagna Terung dan rasanya memang sedap. Tak jauh beza dengan Lasagna biasa kita makan tu. Bertambah enak bila dimakan panas-panas. Nak lagi padu, gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Bila tarik tu, memang wow! Jom cuba nanti.
LASAGNA TERUNG
Bahan-bahan:
2 batang terung | saiz sederhana
1 tin puri tomato
200gm daging kisar
1 sudu besar mixed herbs
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
12 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
150gm keju Perfect Italiano Perfect Bakes
150gm keju Perfect Italiano Mozzarella
4 ulas bawang putih | kisar kering
2 biji bawang merah | kisar kering
1 cawan air
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Gula secukupnya
Parsli kering | hiasan
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daging kisar, mixed herbs dan puri tomato hingga sebati.
Masukkan air dan perasakan dengan garam, serbuk perasa serta gula. Ketepikan.
Potong nipis terung dan goreng hingga layu. Jangan terlalu lama untuk elak hancur.
Di dalam bekas, layerkan terung, daging kisar, keju Anchor Cheddar Cheese Slices dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Selang seli kan hingga menjadi dua lapisan.
Akhir sekali, taburkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes lalu taburkan parsli kering untuk hiasan.
Bakar pada suhu 170°C selama 10 minit atau hingga perang.
Tak perlu ke kedai bakeri dah kerana anda boleh buat sendiri Jejari Rangup Parmesan ini di rumah. Memang puas hati bila makan tu kerana cukup segala rasa. Lebih-lebih lagi apabila ditambah keju dan dimakan panas-panas. Satu memang tak cukup! Sangat lembut, gebu dan enak.
Tentunya penggunaan Keju Perfect Italiano Parmesan membantu menaikkan rasa hidangan ini. Ia merupakan keju tulen yang menambah rasa pada mana-mana hidangan. Keju yang wajib ada dalam peti sejuk rumah anda. Wajib cuba dan gerenti menjadi.
JEJARI RANGUP PARMESAN
BAHAN-BAHAN:
250gram tepung gandum
150ml air suam
200gram Keju Perfect Italiano Parmesan Grated
7gram yis kering
½ sudu makan minyak zaitun
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
CARA MEMASAK:
Tuang yis kering dan gula ke dalam 50ml air suam dan biarkan kembang (berbuih) selama 3-5 minit.
Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk pengadun. Tuang minyak zaitun dan campuran yis tadi lalu uli perlahan. Perlahan-lahan tuang lebihan air suam tadi lalu teruskan menguli untuk beberapa minit.
Masukkan KejuPerfect Italiano Parmesan Grated ke dalam mangkuk pengadun lalu uli lagi hingga jadi doh yang tak melekat di mesin pengadun.
Keluarkan doh dan masukkan ke dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Tutup dengan cling wrap dan rehatkan selama 10 minit atau hingga agak kembang.
Keluarkan doh lalu canaikan di atas papan pencanai yang telah ditabur tepung. Canai dengan ketebalan yang diingini lalu potong memanjang seperti jejari.
Susun doh di dalam dulang pembakar yang telah diletakkan parchment paper lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 8-10 minit atau hingga keperang-perangan.
Keluarkan dari ketuhar dan tabur lebihan Keju Perfect Italiano ParmesanGrated ke atas jejari rangup tadi.