RASA dan MAGGI® sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan menganjurkan kempen KELAB RASA EMASKU Bersama MAGGI® bagi memberi peluang kepada para pembaca mengisi masa di waktu pandemik ini dengan pelbagai aktiviti menarik dan pada masa yang sama berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah ganjaran wang tunai.
Kempen yang berlangsung dari Julai hingga Oktober tentunya harus menjadi salah satu aktiviti yang wajib anda sertai. Ini kerana pelbagai pengisian menarik telah dirangka dan memang rugi kalau anda tidak turut serta!
Antara aktiviti yang diadakan dalam kempen ini adalah perkongsian 6 VIDEO MINIT EKSPRESSistimewa buat anda yang suka memasak. Resipi-resipi yang dikongsi cukup mudah dan enak. Maklumlah, buntu juga bila asyik masak menu yang sama. Jadi, seleksi video Minit Ekspress ini pastinya membantu memberi idea dalam menyediakan sajian yang mudah, sedap dan berkhasiat buat keluarga tercinta.
Sepanjang Julai yang lalu, telah berjalan PERADUAN KONGSI TIP MASAKANyang mana dua pemenang bertuah telah dipilih dan berjaya memenangi hadiah berupa wang tunai RM500! Wow…Memang rezeki.
Ads
Ada yang tak sempat nak join? Jangan risau, ada lagi peraduan-peraduan menarik yang menanti anda.
Di bulan Ogos ini akan bermula PERADUAN CARI BUNGKUSAN EMAS dan juga PERADUAN SNAP MOMEN EMAS Bersama MAGGI® pada bulan September nanti. Mudah sangat peraduannya dan ganjarannya juga lumayan. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai peraduan-peraduan ini kerana seleksi hadiahnya sangat menarik dan berbaloi untuk anda menangi.
Bagi anda yang suka belajar memasak, kempen KELAB RASA EMASKU Bersama MAGGI® juga akan menganjurkan KELAS MASAKAN yang dibawakan khas oleh MAGGI®.
Ads
Bakal dijalankan sebanyak 3 siri bermula Ogos hingga Oktober, kelas masakan secara atas talian (online) ini menampilkan barisan chef tersohor tanah air iaitu Chef Imelda, Chef Zam Akmaldan Chef Suwarsi M Arukinyang akan berkongsi pelbagai menu-menu istimewa dengan anda. Memang rugi jika tidak sertai. Malah kelas masakan ini juga akan dikendalikan oleh pengacara terkenal yang bakal menceriakan lagi suasana.
Kelas masakan ni bukan biasa-biasa tau. Selain dapat ilmu dari chef terkemuka, para peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa! Memang rugi kalau sertai.
Ads
Oh ya… RASA dan MAGGI® juga menyediakan 1000 sample HADIAH PERCUMA buat anda. Dapatkannya sementara stok masih ada.
Mi MAGGI® 2 Minit telah 50 tahun bersama rakyat Malaysia. Tentunya banyak memori manis yang dicipta bersama dan kadang kala, bila makan akan teringat kat seseorang. Buat kita tersenyum sendirian.
Bila sebut Mi MAGGI® pasti ada cerita di sebaliknya. Masing-masing terimbau kenangan lalu bersama MAGGI®. Mungkin anda yang pernah tinggal di hostel atau asrama, makan Mi MAGGI®bersama kawan satu dorm adalah menu paling ‘win’ ketika itu. Nak sedap lagi letaklah telur rebus di atasnya. Memang menu paling lazatlah ketika itu.
Sememang menu yang ringkas dari MAGGI® ni mengimbau banyak kisah bersamanya.Lapar di tengah malam pun teringat Mi MAGGI®. Inilah menu penyelamat yang tersedap di abad ini. Untuk lebih sedap Mi MAGGI® boleh diolah dengan pelbagai cara. Kalau nak nikmati mi yang enak dengan rasa yang berbeza boleh cuba resipi ini.
Mi MAGGI® Goreng Sambal Hijau
Waktu memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 4 hidangan
Bahan-bahan:
1 sudu besar minyak jagung
100g bawang merah
4 ulas bawang putih
50g cili hijau
50g serai
250g dada ayam
150g kailan
4 paket Mi MAGGI® Ayam 2-Minit
30g cili padi
1 tangkai daun bawang
1 biji cili merah
Cara memasak:
1.Rebuskan Mi MAGGI selama 1 minit dan tapiskan di bawah air sejuk. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hijau dan serai. Tumis sehingga wangi.
3.Masukkan ayam, tumis sehingga bertukar warna. Gaulkan perencah Mi MAGGI® Ayam 2-Minit, Mi MAGGI® Ayam 2-Minit dan sayur kailan.
4.Gaulkan sehingga rata. Hidangkan bersama daun bawang dan cili merah.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...