Pedas Menyengat! Resipi Pasta Goreng Cili Padi Ni Memang Sedap

Jika sebut pasta, pasti terbayang menu barat seperti Spageti Bolognese, Carbonara, Aglio Olio dan sebagainya. Agak jemu dan tak kena dengan selera. Ha… Jangan tak tahu, pasta seperti Angel Hair ni juga sangat sedap ye kalau dimasak ikut cita rasa Malaysia seperti resipi di bawah ni. Pedas menyengat memang buka selera. Serius, anda patut cuba.

ANGEL HAIR GORENG CILIPADI

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 2 sudu makan minyak masak| untuk menumis
  • 5 ulas bawang putih | cencang halus
  • 10 tangkai cili padi | tumbuk kasar
  • 300gm daging | hiris nipis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 peket pasta angel hair | celur dan toskan
  • 1 batang lobak merah | parut kasar
  • 1/4 biji kobis | hiris halus
  • 1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Lada sulah secukup rasa
  • Cencangan daun bawang | hiasan

 

 

IKLAN

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili padi.
  2. Masukkan hirisan daging dan sos tiram. Goreng sehingga daging masak.
  3. Kemudian masukkan pasta angel hair dan gaul sebati.
  4. Tambah parutan lobak merah dan kobis. Kaup-balikkan semua bahan sehingga sebati.
  5. Seterusnya perasakan dengan MAGGI CUKUP RASA, lada hitam dan lada sulah dengan secukup rasa.
  6. Tabur cencangan daun bawang sebagai hiasan. Angkat dan nikmati segera.

Selamat mencuba!

 

Layari www.maggi.my untuk lebih resipi!