Menu Wajib Cuba: Resipi Sambal Bilis Tumbuk Power.

Share

Lauk yang ringkas pun boleh jadi berselera dengan adanya sambal tumbuk. Nak buat bukan susah mana pun. Hanya beberapa bahan ringkas yang dicampur dan ditumbuk sekata. Paling penting, kena guna lesung batu. Barulah power!

 

SAMBAL BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili padi – ikut kepedasan yang dikehendaki
  • 2-3 tangkai cili merah
  • Sedikit belacan
  • 1 biji tomato
  • Limau nipis
  • Ikan bilis goreng secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1. Potong kasar bahan-bahan diatas (kecuali limau nipis) dan goreng hingga layu.

2. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat. Perah jus limau nipis.

 

3. Kacau rata. Siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Diba Dibb

IKLAN