Menu sarapan yang mudah dan sedap disediakan. Makanan sihat tambah tenaga elok di hidangkan lepas penat bersenam atau ingin amalkan hidup sihat. Bahan yang tak susah untuk didapati boleh sangat kalau anak bujang nak belajar masak!
Twice Baked Potato with Egg on Top
Bahan-bahan:
(Untuk 4 hidangan)
Ads
2 kentang sederhana / besar
1 medium bawang kuning, dadu
4 telur kecil
3 atau 4 ulas bawang putih, cincang halus
4 oz. (100 g) keju, parut
2 sudu besar minyak zaitun atau 1 sudu mentega
Daun Bawanh segar, dicincang
Garam dan lada hitam segar
Cara-Cara:
Ads
Panaskan ketuhar hingga 200 ° C (400 ° F). Kupas kentang, cucuk dengan garpu dan letakkan di dalam ketuhar selama 30-40 minit sehingga lembut
Panaskam minyak atau mentega di atas api sederhana. Tumis bawang dan bawang putih selama 5 minit sehingga lembut
Apabila kentang cukup sejuk potong separuh memanjang, korek dan keluarkan isi meninggalkan kira-kira 1/4 inci isi dari kulit kentang. Kemudian masukkan isi kentang, keju parut, garam dan lada ke dalam kuali dan kacau hingga sebati.
Letakkan kulit kentang pada pan pembakar dan isikan dengan campuran tadi. Tekan kan sedikit dengan sudu sehingga untuk memberi ruang untuk telur. Taburkan daun bawang di atas dan pecahkan telur di atas setiap kentang yang disumbat.
Masak pada 200 ° C (400 ° F) selama 10-15 minit sehingga telur masak.. Nikmati!
Bagi peminat sajian Kari Ayam yang pekat, pasti tercari-cari resipi yang mudah dan enak untuk dicuba. Jangan risau kerana saudara Khabbab Jamalludin ada kongsikan resipi Kari Ayam kuah pekat yang boleh anda cuba. Pasti kena dengan selera semua. Enaknya…Selain dimakan bersama nasi, ia juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng bahkan Roti Jala juga sesuai. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KARI AYAM KUAH PEKAT LIKAT YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam bersaiz besar (anggaran 2 kg) – dipotong kecil Minyak masak Ubi kentang – direbus Garam secukup rasa Gula melaka secukupnya – beli online disini
BAHAN TUMIS: 1 biji bawang besar – dihiris 1-2 tangkai daun kari 4 ulas bawang putih – dikisar 1 inci halia – dikisar 1 sudu makan cili kisar 4 batang serai – diketuk 2 biji tomato – dipotong kecil Air 250gm serbuk kari kari ayam/daging Baba’s – beli online disini 25gm serbuk kari masak merah Cap O – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Gaulkan ayam yang telah dipotong kecil dengan sedikit serbuk rempah kari.Gaul manja sahaja setakat untuk ada warna kekuningan sedikit.
2. Serbuk kari digabungkan 2 jenis rempah ini :Kari Ayam/Daging Baba’s : 250g (tolak sikit sebab guna untuk lumur ayam tadi) dan Serbuk Kari Masak Merah Cap O 25g. Ini rempah dia ada macam manis sikit.Serbuk kari digabungkan dan dicampurkan air sampai jadi pes.
3. Panaskan minyak masak.Tidak perlu banyak, sekadar separuh ketinggian potongan ayam sahaja.Goreng sekejap ayam yang diperap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah.
4. Jangan lama sangat nanti air ayam kering & rempah kari kurang meresap bila masukkan dalam kuah nanti. Angkat dan ketepikan. 5. Dengan guna minyak gorengan ayam, tumis bawang hingga kekuningan menggunakan api besar.
6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi.
7. Masukkan campuran serbuk kari yang sudah dijadikan pes tadi. Perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari mulai hilang dan mula berbuih buih. Biar hingga pecah minyak.
8. Lepas pecah minyak sikit, masukkan ayam yang digoreng sedikit tadi. Tambahkan juga air. Sukatannya tidak banyak. Cukup sekadar sampai tenggelam potongan ayam tadi. 9. Masukkan tomato, serai, dan ubi kentang dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Aduk aduk bila perlu.
10. Bila kuah sudah sebati, tambahkan garam dan gula melaka mengikut citarasa masing masing. 11. Kari Ayam kaw sedia untuk diikmati bersama potong rori beggali atau nasi. Selamat mencuba.
Tip: Untuk memudahkan tumisan pecah minyak adalah perlu guna minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti.
Anak yang jenis susah nak makan sayur sangat memeningkan kepala ibu-ibu. Banyak perkara perlu difikirkan untuk mengambil hati anak untuk makan masakan kita, disamping dapat makan makanan seimbang dan berkhasiat.
Puan Azlinda Azman berkongsi resipi cara masakan ringkas, mudah dan sedap untuk si kecil menikmatinya. Jom lihat apa bahan yang ada dalam resipi ini yang membuatkan anak puan ini tertarik?
Tak dan mummy nak makan sama. Sedaplah tu..terus bebudak ni, makan brokoli tu ha ! Kata mereka ..macam satay hehehe.
RESIPI KEBAB IKAN COMEL
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
130 gram ikan dory / ayam
5 biji tomato ceri (belah 2)
10 kuntum brokoli (di dicelur)
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu sos plum
1 sudu besar Minyak jagung (untuk menggoreng)
Salad (perhiasan)
Garam (untuk anak bawah 2 tahun tidak di digalakkan)
Lidi
BAHAN SOS PENCICAH:
3 sudu besar Dumex Dugro
2 sudu besar Thousand islands
2 sudu besar Air suam
Sedikit garam
Sedikit lada sulah (jika suka)
CARA-CARA:
1. Perapkan brokoli, ikan /ayam / tomato dengan sos plum, kicap dan sedikit garam selama 10minit.
2. Cucukkan bahan perapan dengan lidi.
3. Goreng dalan pan berisi minyak.
4. Nampak kekuningan. Terus angkat.
Boleh juga gril bahan di atas.
Siap ! Dalam masa 15 minit je anak-anak dah dapat makan makanan yang berkhasiat. Sayur juga boleh di tukar mengikut kegemaran anak-anak.
Datuk Ruhaidini Abdul Kadir, Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri KKLW, seorang wanita yang sangat sibuk dengan tugas hariannya. sebagai orang kuat seorang menteri, semestinya tugasnya sangat padat. Namun tanggungjawabnya sebagai eorang isteri dan ibu berkerjaya tidak langsung menjadi alasan kepada beliau untuk tidak turun ke dapur. Malah memasak adalah ‘passion’ ibu kepada dua anak bujang ini.
“Saya suka memasak dan memang dari dahulu suka ke dapur. Setiap hari mesti nak masak sesuatu. Terus terang, setiap pagi saya pasti memasak waima satu lauk pun. Itu sudah cukup membuatkan hati saya merasa lega untuk keluar bekerja.”
Malah setiap hari kalau ditengok update nya di FB, beliau akan menyediakan hidangan dua tiga jenis lauk untuk suami dan anak-anak sebelum keluar bekerja atau mempunyai urusan luar.
SUMBER DARI FB DATUK RUHAIDINI
Lebih menarik lagi setiap hidangan yang disediakan sangat menyelerakan. Dan ternyata masakan kampung menjadi pilihannya sekeluarga. Kalau tengok gulai yang dimasak, memang kita ikut terliur dan secara langsung terasa mahu masak menu yang sama pula. Sebutlah apa sahaja masakan kampung semua terlihat sangat menyelerakan.
Dari gulai tempoyak, masak lemak, gulai kari, asam pedas, pindang, asam rebus, rendang, sambal daun kayu, sambal tempoyak, kerabu, ulaman, nasi lemak, kuih muih dan apa sahaja yang dikongsi di laman FBnya sentiasa membuatkan rakan-rakan FB teruja.
Bukan sahaja pandai memasak, malah masakannya juga mendapat pujian rakan-rakan. Sikapnya yang suka menjamu tetamu juga membuatkan beliau sangat disenangi ramai. Malah beberapa rakan yang penulis kenali memberitahu masakannya memang terbaik.
Begitulah hebatnya wanita ini. Kerjaya yang besar, kesibukan tugas yang perlu diuruskan setiap hari, langsung tidak menjadi penghalang untuk menjaga perut suami dan anak-anak kerana beliau tahu, masakan seorang isteri dan seorang ibu menjadi pengikat kasih sayang keluarga.
GULAI ASEROM – GULAI TRADISI ORANG PAHANG
“Pertama kali dalam hidup, saya belajar masak gulai aserom (gulai tradisi orang Pahang sebelah Raub khususnya).Saya belajar dengan kakak saya; Hajjah Jamilah (yang tinggal di Kampung Batu Malim, Raub) yang memang pakar memasak gulai aserom.Gulai aserom ni berasaskan buah perah yang tumbuh melata di hutan. Petua masak aserom mesti pedas kemudian dicampur bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Rasa gulai aserom ayam kampung yang saya masak pagi ni? Winnnnnnn gilerrr!!!
RESIPI
Gulai ayam kampung aserom + bunga kantan + daun kesum
CARA MEMASAK:
Cili padi, kunyit hidup dan garam kasar ditumbuk lumat
Buah perah yang telah bertukar rupa menjadi aserom ditumbuk lumat bersama bahan2 yang ditumbuk awal
Adunan aserom dan bahan2 yang telah ditumbuk lumat
Masuk bahan2 yang ditumbuk ke dalam periuk, masukkan ayam kampung, air (ikut pekat yang dimahu) reneh hingga mendidih.
Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum. Remeh hingga ayam betul2 masak
INFO:
Buah perah yang tumbuh di hutan, apabila sudah masak akan jatuh ke tanah. Kulitnya dikupas dan diambil isinya,
Buah perah yang telah dijemur kering kemudian ditumbuk dan diperap menjadi aserom.
Terima Kasih Datuk Ruhaidini atas perkongsian dan kebenaran untuk menyiarkan artikel ini.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.