Menjilat Jari! Resipi Ayam Butter Telur Masin Ni Memang Sedap.

Share

Sedapnya Ayam Butter Telur Masin ni. Biasanya kita makan Ketam Telur Masin, sotong atau udang masak mentega je. Istimewa buat anda yang tidak menggemari sajian makanan laut, bolehlah menggunakan ayam. Sangat enak dan tidak muak. Jom cuba resipi saudari Rohani Ahmad ni. Pasti puas hati.

CARA MASAK AYAM BUTTER TELUR MASIN

BAHAN BAHAN:

  • 5 ketul ayam – potong kecil
  • 5 sudu makan tepung jagung
  • Sedikit garam
  • 5 biji telur masin – rebus dan hancurkan yg kuning sahaja
  • Setengah senduk butter / mentega
  • 4 ulas bawang putih- cincang
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 @ 7 biji cili padi – hiris
  • Sedikit susu sejat kalau tak ada boleh aje bubuh air.

CARA MEMASAK:

1. Perap ayam kejap dengan tepung jagung dan garam. Goreng dan ketepikan.

2. Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.

3. Lepas tu masukkan kuning telur masin yang dah dihancurkan. Gaul rata.

4. Bila dah mula berbuih, masukkan sedikit air, perasa, sedikit gula. Masukkan juga ayam dan gaul rata. Siapppp! Sedai untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Rohani Ahmad

 

BOLEH JUGA CUBA:

 

IKLAN