Memang Gebu Kek Nestum Viral Ni, Sesuai Untuk Minum Petang

Share

Biasanya kita buat biskut raya dengan nestum, kali ini kita buat kek pula. Resipi kek nestum gebu viral ni dikongsi oleh Lieyaa Homemade.

Rasanya betul-betul sedap dan rasa lemak-lemaknya pada nestum yang digunakan. Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. Mesti anak-anak suka.

 

KEK NESTUM GEBU VIRAL

BAHAN-BAHAN:

200g marjerin (lebih kurang dalam secawan – tengok juga cawan yang diguna, nak tepat pakai timbang, saya pakai cawan minum kopi je) – beli online di sini


150g gula perang (dalam 1 cawan lebih sikit) – beli online di sini
Sedikit esen vanila
50g nestum original @ 2 peket (macam dalam gambar) – beli online di sini
3 sudu besar susu pekat – beli online di sini
160g tepung naik sendiri (dalam 1 ½ cawan) – beli online di sini
5 biji telur
Kacang pecan @ ikut selera nak letak jenis kacang apa

TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats

TONTON Red Velvet Creampuff

CARA-CARA:

1. Putar marjerin dan gula perang hingga gebu dan kembang sebati.


2. Kemudian masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati semuanya.
3. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Dah boleh perlahankan mixer. Masukkan tepung yang sudah diayak. Putar lagi.


5. Akhir sekali, baru masukkan nestum. Kacau lagi hingga sekata semuanya.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


6. Alaskan loyang dengan baking paper. Tuang adunan dan tabur kacang pecan.
7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 45-55 minit, api atas bawah.
8. Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan atas redai.

Kredit resipi: Lieyaa Homemade

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN