Meatball Sos Pasta Cheese Meleleh. Sepinggan Pun Puas Makan

Share

Menu hari ni mewah dengan cheese. Kalau yang suka makan cheese menu ni pasti tidak menghampakan. Walaupun nampak simple tapi sungguh mengenyangkan. Meatball sos pasta cheese meleleh lengkap dengan rasa masam manisnya. Bau aromanya memang menyelerakan.

Meatball Sos Pasta Cheese Meleleh

27 biji / 560gm meatball daging
2 biji bawang merah (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar sos cili
600gm / 2 tin kecil sos pasta tomato (Prego traditional)


90gm lada benggala (dipotong dadu)
3/4 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
100ml @ 1/2 cawan air
1 sudu besar oregano
1 sudu kecil parsley
150gm mozzarella cheese
5 kepingan cheddar cheese
30ml minyak masak

Cara memasak:
1. Mula-mula bakar meatball hingga masak.

2. Bila dah masak bolehlah angkat.

3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sampai layu.

4. Kemudian masukkan lada benggala. Kacau hingga sebati.


5.Apabila sebati masukkan pula sos cili dan kacau sebati

6.Masukkan pula sos pasta tomato. Kacau hingga sebati.

7.Masukkan garam dan serbuk lada putih. Kalau risau masin, boleh letak garam sikit dulu. Kacau hingga sebati


8.Masukkan juga air. Untuk bau aroma meatball ni bertambah sedap, masukkan oregano. Kacau hingga sebati dan mendidih.

9.Bila mendidih masukkan meatball yang dibakar tadi.


10.Kacau hingga meatball sebati dengan sos dan hingga mendidih.

11.Kemudian taburkan mozzarella cheese. Nak letak banyak pun boleh, lagi sedap.

12.Letak juga kepingan cheddar cheese.

13.Bila cheddar cheese dah nampak cair, taburkan dengan parsley.

14.Cheese dah cair dan masak bolehlah angkat.

15.Makan panas-panas lagi sedap.

P/S – Jika nak buat dalam bekas kecil, lepas meatball dah gaul sebati dengan sos, susun meatball dalam bekas dan barulah taburkan mozarella cheese dan letak cheddar cheese. Kemudian letak dalam microwave @ oven dalam 10 minit bagi cheese cair. Akhir sekali tabur parsley.

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

INGINKAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH. JOM LAYARINYA DI SINI.

https://www.rasa.my/satay-sosej-roll-cheese-homemade/

IKLAN