Masam, Manis Pedas , Sedapnya Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim

Share

Cuti-cuti ni cuba masak ayam cili kering stail Cina pulak. Ni resipi Cina Muslim, memang sedap bukan main. Rasa masam-masam manis pedas gerenti bertambah makan nasi nih.
Jom masak sendiri lagi puas hati, boleh jimat duit, jom semak resipi yang dikongsikan Ria Razali ni.

AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA


.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ayam | dipotong kecil atau sederhana:
  • 5 biji bawang merah – mayang dan potong tebal (2 versi)
  • 3 biji ulas bawang putih | dimayang
  • 1 biji cili merah | dimayang
  • 3 biji cili padi | dimayang
  • 10 tangkai cili kering | hiris kecil
  • Daun kari
  • Sos cili, sos tomato dan sos tiram | secukupnya tengok kuantiti ayam
  • Pes asam jawa
  • Tepung gandum
  • Telur

*sukatan boleh tengok foto


.

CARA MEMASAK :
1. Ayam potong keciL, atau potong besar ikut suka..
2. Lepas itu basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng.


.

3. Toskan minyak ayam.
4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.

.


.

5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah


.

6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.


.

7. Masukkan sedikit air. Biar sedikit pekat. Masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.


.

10. Bila sebati, biar sekejap dan siap!

Kredit : Patin Fauzi
FB :KONGSI RESEPI MASAKAN DAN PETUA

IKLAN