Masak Santan Tumis Berlada, Resipi Arwah Nenek Dari Terengganu

Share

Pernah cuba Sambal Santan Tumis Berlada? Menurut saudara Ju, hidangan ini adalah masakan Terengganu lama dan resipinya dikongsi dari arwah nenek. Hanya menggunakan cili sebagai ramuan utama, sambal ini kelihatan sangat enak. Pesannya lagi, jika mahu rasa yang lebih pedas, boleh tambahkan cili padi mengikut selera. Jom cuba resipi sambal tradisional ni. Anda pasti sukakan rasanya.

 

RESIPI SANTAN TUMIS BERLADA

BAHAN-BAHAN:
2kg cili merah
1/2kg bawang merah – dihiris nipis beli online disini
6cm halia – dihiris nipis


2 sudu makan gula beli online disini
Garam secukup rasa beli online disini
1kg santan – empunya resipi guna santan kotak sahaja beli online disini
Ikan Bilis (anggaran 2 cekak) beli online disini
Petai (jika suka)

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan cili kemudian buang biji. Hiris jadi 3-4 bahagian.


2. Cili yang telah dihiris akan kelihatan lebih kurang macam ni. Tapi cili tu kalau dipotong bahagi 2 lagi bagus kerana urat cili tak jadi panjang sangat. Didihkan air anggaran tenggelamkan separuh cili.


3. Didihkan cili sehingga menjadi lembut.


4. Anggarannya sehingga 1/3 air kering.


5. Masukkan santan. Masukkan juga bawang merah dan halia yang dihiris nipis

. Nak letak ikan bilis pun boleh pada waktu ini.


6. Tunggu sehingga kering. Nampak seakan masak sayur lemak putih. Tambahkan gula.


7. Bila sambal telah kering begini, boleh masukkan petai jika suka. Teruskan masak dan keringkan lagi hingga naik minyak.


8. Santan Tumis Berlada siap disediakan. Jika guna santan segar, anda akan lihat hasilnya yang lebih berminyak. Guna santan kotak, hasilnya tidak terlalu berminyak.


9. Santan Tumis Berlada sedia dinikmati bersama dengan nasi.

 

INFO: Disarankan masak menggunakan santan segar untuk hasil yang berminyak. Bila diselaputi minyak, sambal akan tahan 2-3 minggu tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba.

 

Kredit resipi & foto: Ju

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN