
Biasanya kalau tiba hari Jumaat mesti nak hidangkan sesuatu yang istimewa buat keluarga. Yelah masa ni lah semua keluarga berhimpun . Menu istimewa yang min rasa semua menggemarinya ialah Nasi Tomato. Tak susah buatnya bila rencah yang diperlukan ada dalam stok. Nah apa lagi jom masak dengan penuh kasih sayang.
NASI TOMATO
Bahan-bahan:
7 cwn beras basmati basuh dan rendam selama 1/2 jam
10.5 cawan air biasa
1 tin susu cair
1 tin tomato puree
2 labu bwg holand
4 biji tomato
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
Sedikit minyak sapi
Sedikit minyak masak biasa
Gula dan garam
Akar daun ketumbar
Cara memasak:
Bahan tumis
1.Panaskan minyak biasa +minyak sapi
2.Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih
3.Masukkan bwg holand ,tomato dan akar daun ketumbar
4.Tumis hingga wangi dan sedikit garing
5.Masukkan susu dan tomato puree
6.Masak hingga mendidih tambah gula dan garam
7.Alih kan ke dapur elektrik utk masak nasi
8.Masukkan 10.5 cawan air dan bahan yg telah ditumis sebentar tadi bersama 7 cawan beras yg telah direndam dan kacau sedikit
9.Tekan cook…masak seperti biasa
10.Bila masak tabur bwg goreng dan daun ketumbar. Boleh jgk tabur kismis jika suka
*sila guna cawan sama sukat air dan beras
Nisbah 1 cawan beras =1.5 cawan air
Kredit Resepi : mas salleh via mahn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makanan Tradisi Kelantan Tarikan Utama Zarul Di Kala Ramadan

Ramadan sering mengingatkan kita dengan nostalgia makanan tradisi Di bulan inilah segala macam makanan akan dijual di Pasar Ramadan. Itulah keistimewaan bulan yang mulia ini. Bercakap tentang nostalgia Ramadan , buat penyanyi dan pelakon Zarul Husin tidak terkecuali dari mengimbau seleksi makanan yang menjadi kesukaannya.
“ Biasanya bulan puasa ni akan mengingatkan saya dengan hidangan Nasi Kerabu bersama Ikan Percik dan juga Sarea ( rumpai laut) yang digaul dengan kelapa . Bulan puasa sahaja ada makanan ni. Lagi satu ialah kuih cek mek molek dan seri muka.
Masa kecil saya selalu ikut arwah ibu berniaga dekat pasar besar Pasir Putih. Di pasar itu terdapat pelbagai jenis makanan. Antaranya Jala Emas, Kuih Tanjung, rata-rata semua masakannya manis. Itulah antara menu-menu special hanya ada pada bulan Ramadan,”terangnya.
Cuma tiap kali Ramadan teringin akan kuih Cek Mek Molek. Kuih Cek mek molek memang menjadi kegemaran Zarul dari kecil kerana di Kelantan mamang banyak dijual dan salah satu kuih kegemaran keluarganya.Ia memang sedap dimakan waktu panas-panas.
Tambah Zarul yang paling istimewa ialah Nasi Kerabu yang dimakan bersama ikan kembung percik. Ikan percik cara Kelantan berbeza warnanya putih manakala di tempat lain kuah perciknya merah. Menurut Chef Wan bezanya kerana diletakkan sedikit cili. Cili bergantung kepada kepedasaan masing-masing.
Bagi Chef Wan pula menyukai kuah percik merah. Nasi Kerabu olahan Chef Wan diletakkan sedikit santan untuk memberi rasa lemak. Menurut beliau ada yang meletak serai dan dititik sahaja sekadar memberi bau. Kuah percik biar berlebih jangan kurang agar puas menikmatinya.
NASI KERABU DAN PERCIK IKAN KEMBUNG
IKAN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan kembung
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu teh asam jawa
1 sudu teh halba
1 batang serai
Sehelai daun kunyit
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk kunyit secukup untuk menggoreng ikan
Daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit | dihiris halus
1 biji bawang besar | dicincang
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 inci halia
CARA MEMASAK PERCIK IKAN KEMBUNG:
1Tenggekkan santan di dalam periuk dan masukkan halba.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar, garam dan gula secukup rasa, asam jawa dan kacau untuk seketika.
3.Titikkan serai dan koyakkan daun kunyit lalu masukkan ke dalam periuk. Gaul seketika.
4.Panaskan sedikit minyak masak, celupkan ikan kembung yang telah disalut dengan kunyit, garam dan gula ke dalam kuah percik goreng ikan tersebut.
5.Sediakan hirisan daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit yang dicincang halus dan bawang besar yang telah dicincang yang disajikan bersama nasi kerabu.
6.Setelah ikan digoreng, sediakan di atas pinggan dan tuangkan kuah percik bersama dengan ikan tadi. Sajikan nasi dan ulam-ulam yang telah dihiris dan dicincang . Sedia untuk dinikmati.
Tip: Boleh tambahkan bunga kantan dan daun kunyit ke dalam masakan untuk haruman yang lebih.
BAHAN NASI:
5 1/2 cawan beras
Air secukupnya
Pewarna kuning secukupnya
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh bersih hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan air dengan secukupnya mengikut sukatan yang biasa digunakan untuk masak nasi.
3. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan daun pandan. Gaul rata dan masak menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sehingga masak.
CEK MEK MOLEK
Bahan-bahan:
300gm ubi keledek ( direbus sehingga masak dan dikupas)
50gm tepung gandum serbaguna ( diayak)
Gula secukupnya
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak:
1.Rebus ubi keledek sehingga masak. Ramas atau tumbuk keledek tadi sehingga lembut.
2. Masukkan gula ikut citarasa sendiri dan tepung gandum. Jangan masukkan tepung terlalu banyak agar tidak keras dan tidak terlalu sikit agar tidak melekit.
3. Gaulkan adunan keledek tersebut dan bentukkan adunan keledek bersama inti gula di dalam. Pastikan inti gula adunan keledek tersebut menutup inti gula dengan betul.
4. Panaskan minyak masak dengan api yang kecil, goreng keledek tersebut sampai warna kekuningan dan boleh diangkat.
5. Kuih Cek Mek Molek sedia untuk dihidang.
*JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA SHARIFAH SHAHIERA
Setiap hari jam 5 petang , pastikan anda di depan kaca televisyen untuk menonton rancangan masakan ini .
Campak-Campak Nasi Goreng Berapi Sardin Sempoi & Mudah

Nasi goreng yang paling cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sangat mudah. Menjimatkan masa bagi mereka yang ingin cepat makan sebab terlalu lapar dan menjimatkan duit. Sesuai untuk orang bujang nih maklumlah dah tengah bulan.
NASI GORENG BERAPI SARDIN SEMPOI & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- Nasi secukupnya
- 1 tin sardin
- Garam
Bahan tumbuk :
- 13 cili padi
- 2 cili besar
- 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan yang di tumbuk sampai wangi.
2. Masukkan sardin dan lenyek halus.
3. Kemudian cepat-cepat masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
4. Angkat, sedia untuk dihidangkan.
Info: Jika suka boleh sayuran yang anda suka dan tambah telur goreng atau ikan bilis goreng ranggup.
Kredit: SolehaYusof
Resipi Nasi Ayam Hainan Perkongsian Blogger Tersohor. Mudah, Sedap & Wajib Cuba!

Nasi Ayam sememangnya antara juadah yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Terdapat banyak versi nasi ayam yang boleh dicuba. Antaranya Nasi Ayam biasa, Nasi Ayam Singapura, Nasi Ayam Karamel, Nasi Ayam Thai dan banyak lagi. Bagi anda yang terasa nak cuba masak Nasi Ayam Hainan, resipi perkongsian blogger tersohor Malina Lina Pg ni Boleh dicuba.
NASI AYAM HAINAN
Bahan A (Ayam Hainan):
- 2 keping paha ayam
- 1 ikat daun bawang, simpul
- 1 inci halia ketuk (LiNa Pg hiris)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 1/2 liter air
- Air ais untuk merendam
CARA MEMASAK:
- Satukan air, daun bawang, garam dan halia. Masak hingga mendidih.
- Celup ayam sebentar (LiNa Pg celup beberapa saat) kemudian angkat untuk mengelakkkan ayam mengecut jika terus di masukkan dalam air mendidih.
- Masukkan kembali ayam ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana selama 10 minit dan tutup periuk.
- Perlahankan api dan biarkan ayam mereneh selama 15 minit (hingga ayam masak)
- Angkat ayam dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Rendam selama 1/2 jam.
- Ketepikan stok rebusan ayam untuk nasi dan sup.
Bahan B (Nasi):
- 2 pot beras, cuci dan toskan
- 3 1/2 cawan air rebusan ayam
- 1 inci halia, ketuk
- 2 ulas bawang putih, ketuk
- 1 batang serai, ketuk
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu besar marjerin / mentega
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam (LiNa Pg guna 1/2 kiub ayam)
CARA MEMASAK:
- Panaskan marjerin dan minyak, tumis bawang, halia, serai dan daun pandan hingga naik bau.
- Masukkan beras dan kacau hingga bergaul rata.
- Alihkan nasi ke dalam periuk dan tambahkan air rebusan dan serbuk pati ayam.
- Masak nasi menggunakan periuk nasi letrik atau boleh di kukus selama 20 minit (LiNa Pg masak menggunakan dapur gas sahaja.Kaedah memasak sama sahaja seperti nasi biasa)
Bahan C (Sup):
- Didihkan baki air rebusan, tambah kiub ayam (LiNa Pg guna 1/2 kiub ayam baki dari nasi ayam tadi)
- Boleh tambah carrot, fish ball jika suka.
- Hidang dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.
Bahan D (Sos Cili):
- 8 tangkai cili merah, potong
- 6 ulas bawang putih, hiris
- 1 1/2 inci halia, hiris
- 1 batang serai, hiris halus
- 1 biji tomato (buang biji) LiNa Pg tambah. Resipi asal xde
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- 5 sudu besar cuka makan (LiNa Pg guna 2 sudu besar jer)
- 1/3 cawan sup
CARA MEMASAK:
- Kisar cili, bawang, halia, serai bersama kuah sup hingga halus.
- Sesuaikan rasa.Rasa dahulu, baru masukkan garam,gula dan cuka..sebab sup dah terasa masinnya dan tomato dah ada rasa masam.
Bahan E (Sos Kicap):
- 3 ulas bawang putih, cincang halus
- 1 sudu besar minyak untuk menumis
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair (LiNa Pg gn kicap manis sbb tu gelap siket)
- 1 sudu besar gula (LiNa Pg skip sebab guna kicap manis)
- 1/3 cawan sup
- 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih hingga perang.
- Masukkan air rebusan, sos tiram, kicap cair dan gula.
- Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
- Sesuaikan kepekatannya.
Bahan F (Garlic Ginger Dipping Sauce): – yang ni LiNa Pg refer kat youtube
BAHAN-BAHAN:
- 2 inci hali (parut halus
- 1 ulas bawang putih (parut halus)
- 2 sudu besar minyak masak
- Sedikit garam dan perasa (jika suka)
- Sedikit daun bawang hiris halus
CARA MEMASAK:
- Satukan halia, bawang putih dan daun bawang.Taburkan sedikit garam dan perasa (jika suka) Gaul rata
- Panaskan minyak kemudian tuang ke dalam campuran garlic ginger tadi.Gaul rata.
- Sedia untuk di hidang.
Kredit resipi & foto: Malina Lina Pg
Rujukan: Chef Hassanhen dan Kak Wan
Link asal resipi: https://linapg.blogspot.my