Masak Chutney Pudina Boleh Tahan Sampai Sebulan

Share

Chutney pudina boleh makan dengan roti naan, thosai, idli dan nasi. Boleh simpan dalam peti sejuk dan tahan sampai sebulan.

CHUTNEY PUDINA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 4 batang cili api
  • Satu ikat daun pudina (ambik daun sahaja)
  • Segenggam kelapa parut
  • Sedikit air asam jawa.

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak.

 

2. Tumis semua bahan kecuali air asam jawa.

 

3. Setelah daun pudina layu dan kelapa sedikit garing, tutup api.

 

4. Masukkan bahan tadi ke dalam mesin pengisar dan masukkan sedikit garam.

 

5. Masukkan juga air asam jawa dan renjiskan sedikit air.

 

6.Kisar semua bahan sampai halus.

INFO: Boleh lebihkan cili padi atau kelapa parut jika ingin lebih rasa pedas dan  lemak

KREDIT RESIPI & GAMBAR: SheeNa Haikal

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN