Masak 15 Minit Je Tapi Rasa Bihun Goreng Tomyam Ni Memang Power.

Share

Hidangan Bihun

Goreng Tomyam perkongsian saudari Nurzuraida Zu ni memang mudah disediakan untuk makan malam. Tak perlu masa yang panjang, rasanya pun sedap serta membuka selera. Bagi mak-mak yang trak punya banyak masa, menu ni sesuai sangatlah anda cuba masak untuk petang ni. Rasa tomyam dengan udang memang serasi bersama bihun yang lembut dan berperisa ni.  Paling penting, hanya 15 minit dah boleh siap masak.

 

CARA MASAK BIHUN GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus bihun – rendam
  • 5 ulas bawang merah – cincang
  • 5 ulas bawang putih – cincang
  • 3 batang serai – titik
  • 1 genggam udang geragau -cuci bersih
  • Udang segar secukupnya
  • 2 sudu makan pes thai tom yam
  • 1/2 batang lobak merah- hiris
  • Sayur sawi – hiris

 

 

 

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.

2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.

4. Bila bihun suka cukup rasa dan masak sempurna, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

INFO:

  1. Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
  2. Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.

 

Kredit resipi & foto : Nurzuraida Zu

 

Tercari-cari KUALI NON -STICK yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN