Sempena musim perayaan tahun ini, Maria’s SteakCafe memperkenalkan menu Krismas 2025 yang memberi fokus kepada hidangan klasik, rasa selesa dan pengalaman makan yang mesra. Menampilkan kombinasi hidangan tradisional dan potongan daging premium, menu tahun ini direka untuk dinikmati sama ada di restoran atau dari rumah.
Pilihan Penghantaran Untuk Sambutan Keluarga
Mulai 21 November 2025 hingga 4 Januari 2026, Maria’s menawarkan set penghantaran Krismas yang sesuai untuk lima orang. Set bermula dari RM780+ dan merangkumi hidangan utama seperti Wagyu MB7 atau Black Angus MB3 Tomahawk, Angus Beef Wellington, Kambing Panggang serta Ayam Belanda Panggang.
Set turut disertakan dengan hidangan sampingan seperti Caesar Salad, Spaghetti Bolognese, Creamed Spinach, Kentang Panggang dan pencuci mulut Bread & Butter Pudding.
Turut ditawarkan ialah menu à la carte dalam kotak hadiah istimewa, termasuk pilihan Beef Wellington, Roast Lamb, Roast Turkey dan Wagyu Tomahawk. Pra-tempahan diperlukan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.
Ads
Menu Dine-In Pada 24 & 25 Disember
Untuk tetamu yang ingin menikmati hidangan di restoran, menu Krismas tersedia secara eksklusif pada 24 dan 25 Disember. Menu bermula dengan Pan-Seared Scallop dan Sup Labu Panggang, sebelum diteruskan dengan pilihan utama seperti Wagyu MB7 Tomahawk, Ribeye MB9, Angus Beef Wellington dengan Foie Gras, Japanese A5 Miyazaki, A5 Kobe, serta Hanwoo 1++.
Pilihan bukan daging lembu termasuk Lamb Cutlets dari New Zealand, Grilled Salmon Fillet, Atlantic White Cod, Lobster Thermidor dan Roast Turkey.
Ads
Harga set makan bermula dari RM130++ dan tersedia di semua cawangan Maria’s di Lembah Klang.
Ads
Warisan Lebih 25 Tahun
Ditubuhkan lebih 25 tahun lalu di Ipoh, Maria’s SteakCafe dikenali sebagai antara destinasi steak terbaik di Malaysia, menawarkan hidangan Wagyu, dry-aged beef dan Japanese Kobe A5. Restoran ini kekal komited menyediakan pengalaman makan yang ringkas, mesra dan berkualiti untuk semua tetamu.
Krismas di Maria’s bukan hanya tentang makanan. Ia tentang menikmati keindahan saat-saat kecil: gelak tawa di meja makan, perbualan tanpa gangguan, dan pengalaman makan yang terasa personal. Tanpa gimik, tanpa keterlaluan — hanya rasa yang jujur dan suasana yang membelai.
Dalam dunia yang semakin laju, Maria’s mengingatkan kita bahawa kemewahan sebenar selalunya datang dalam bentuk yang paling sederhana: makanan yang indah, suasana yang hangat dan tradisi yang dijaga dengan penuh kasih.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi tahun ke-5, Nu Ideaktiv Sdn Bhd melalui Majalah Rasa sekali lagi telah menganjurkan program Rasa Bubur Lambuk Warisan 2023. Program yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam telah bermula seawal 7.30 pagi sehingga 8.00 malam.
Istimewa program tahun ini, Rasa telah menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan SAJI serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, melihat program ini sebagai satu platform untuk menghimpunkan pelbagai generasi atau unit kekeluargaan bersama-sama menghayati warisan peninggalan nenek moyang kita.
“Kepelbagaian cita rasa ini dibawakan ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam agar dapat mengubat rindu semua kepada kampung halaman. Sudah semestinya kita dapat menikmati keenakan bubur lambuk negeri lain, di satu lokasi tanpa perlu travel jauh,” ujar Syamil Fahim.
Sementara itu, pihak BABA’S menyatakan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat terlibat untuk menjayakan program murni ini dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang barakah ini. BABA’S turut mendermakan duit raya, beg hadiah bersama barangan produk BABA’S ke rumah anak yatim dengan harapan ia dapat memberi keceriaan untuk menyambut sambutan Hari Raya yang akan datang nanti.
“Setiap resipi yang dimasak hari ini menggunakan produk BABA’S di mana sebanyak 50 kilogram rempah ratus BABA’S telah disumbangkan,” Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA’S.
“PetronMalaysia sebagai penaja gas memasak rasmi untuk majlis Rasa Bubur Lambuk Warisan merasa sangat teruja melihat Chef Adu dan Chef Fendi bersama-sama sukarelawan menyediakan Bubur Lambuk menggunakan Petron Gasul kami. Kami amat gembira telah menjadi sebahagian daripada majlis ini bagi meraikan serta menonjolkan ciri-ciri unik budaya Malaysia,” kata Mohd Asri Ibrahim, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia.
Menurut Encik Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB, FGV Holdings Berhad pula komited dalam mencari peluang untuk memberi khidmat sokongan terbaik kepada masyarakat dengan berkolaborasi bersama pihak kerajaan mahupun swasta. Menerusi jenama ulung, SAJI, FGV sentiasa aktif menjalankan projek dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Seawal jam 7 pagi, dua katerer, Shilaz Event Management dan Hidayah Maju Caterers yang dilantik untuk melaksanakan program ini sudah mula sibuk dengan penyediaan bahan-bahan untuk memasak.
Team Rasa, warga Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan juga sukarelawan berkumpul untuk menjayakan Rasa Bubur Lambuk Warisan pada 1 April 2023.
Penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa kerana bukan sahaja kita menyediakan 20 periuk bubur lambuk dengan 10 resipi bubur lambuk yang popular, malah turut mengedarkan sebanyak 6000 pek bubur lambuk.
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha dalam memberi semula dan berkongsi rezeki kepada masyarakat.
Majalah RASA sebagai media masakan dan resipi di bawah Nu Ideaktiv ingin terus mengangkat dan memartabat tradisi masakan citarasa Malaysia dan budaya kita.
Setiap bubur lambuk yang dimasak pada hari ini juga semestinya lebih istimewa kerana turut direncahkan dengan rempah ratus dari BABA’S. Pilihan rempah ratus lengkap untuk setiap masakan.
Bubur lambuk ini dimasak menggunakan santan dari SAJI manakala gas pula dibawakan oleh Petron Gasul. Kelebihan api biru dari Petron Gasul mempercepatkan lagi proses memasak.
Sebanyak 6000 pek bubur lambuk diagihkan ke 15 lokasi terpilih. Antaranya Hospital Shah Alam, IPD Shah Alam, Bomba Sekyen 15,Masjid Al- Amin, Sek 17,Surau An-Nur, Sek 20,Surau Nurul Iman, Padang Jawa, Masjid Taman Sri Muda, Sek 25,Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sek 16, Masjid Al-Jannah, Sek 23, Penduduk Suri Puteri, Masjid Sek 7, Surau Hamidin Sek 19, Komuniti Apt Komuteraya, PPRT Lembah Pantai, Masjid Al-Ikhlasiah KL dan orang ramai yang berkunjung ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Untuk tahun ini, Ideaktiv bersama BABA’S, Petron Malaysia dan SAJI turut meraikan kehadiran anak anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk berbuka puasa bersama. Sumbangan duit raya turut diberikan kepada 70 orang anak-anak yatim. Semoga sedikit sebanyak dapat menceriakan syawal yang akan tiba tak lama lagi.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, Ketua Operasi BABA’S Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia Encik Megat Mohd Jeffri, Penasihat Jenama Petron Malaysia Puan Fatin Sarjat, Ketua Pemasaran Delima Oil Product Dan Pengurusan Delima Oil Product, Syamil Fahim Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Editor Pengurusan Rasa, Ida Abdul Aziz.
Tidak ketinggalan YB Hajah Rodziah Ismail, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang sempat hadir pada tengahari dan turut bersama-sama para sukarelawan membungkus bubur lambuk.
Yb Rodziah menyatakan usaha yang dijalankan oleh Ideaktiv dan Majalah Rasa ini amat bagus kerana bukan sahaja dapat berkongsi rezeki malah berjaya menghimpunkan pelbagai citarasa bubur lambuk pada satu masa. Katanya usaha ini perlu diteruskan di masa-masa akan datang dan berharap lebih banyak resipi bubur lambuk dari seluruh Malaysia dapat dihimpunkan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Izzue Islam, Feeya Iskandar, Chef Adu, Chef Qayyum, Shaza Bae, Syamira Nazir dan Aqil Taqee yang turut sama memberi agihan bubur lambuk kepada orang ramai.
Majlis diakhiri dengan berbuka puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan.
Ucapan ribuan terima kasih kami kepada rakan penaja; BABA’S, PetronMalaysia dan SAJI serta MBSA kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
Raja Berjiwa Rakyat. Itulah yang boleh digambarkan akan keperibadian Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Jika semalam, YDPA Al-Sultan Abdullah bersama-sama turun padang meninjau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak PDRM di sekitar ibu negara, hari ini Raja Permaisuri Agong pula memasak juadah untuk disumbangkan kepada para doktor, jururawat dan petugas Hospital Sungai Buloh.
Menerusi instagram airtangan_tunkuazizah, baginda dilihat menyediakan beberapa juadah yang kemudiannya dibungkus dalam pek makanan. Nampak enak dan membuka selera kan?Pasti para petugas berasa lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab.
Walau kepenatan, diharap dengan sajian istimewa air tangan Raja Permaisuri Agong ini dapat memberi semangat buat para petugas hospital.
Menjunjung kasih dan terima kasih kepada SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan kami di Hospital Sungai Buloh.
Setakat hari ini, sebanyak 1183 kes dilaporkan di Malaysia dengan 8 kematian dicatatkan. Malah 114 kes telah sembuh. Jumlah yang membimbangkan dan mungkin akan lebih meningkat jika tidak ditangani dengan sempurna.
Oleh itu,ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-19 di negara ini.
Di setiap rumah di Malaysia, nasi bukan sekadar makanan ruji, ia lambang kasih sayang di meja makan. Namun, ada satu masalah yang sejak dulu menghantui ramai nasi yang dimasak sempurna di pagi hari, mula kehilangan kelembutan dan rasa hanya selepas beberapa jam.
Bayangkan, selepas seharian bekerja, kita pulang dengan harapan masih boleh menikmati nasi yang sama gebu seperti waktu pagi, tetapi sering kali ia sudah berbau, keras atau lembik. Inilah realiti dapur kita.
Kini, masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Tefal, peneraju global dalam peralatan rumah, memperkenalkan inovasi terbaharu mereka – Tefal Delirice Max Rice Cooker, periuk nasi pintar yang hadir dengan janji istimewa: “Nasi Pasti Tak Basi.”
Apa yang menjadikan Delirice Max begitu istimewa? Ia dilengkapi Teknologi Pemanasan 3D Max 4-lapisan yang mencegah pemeluwapan air, sekaligus mengekalkan kelembapan dan rasa nasi dari pagi hingga malam. Hasilnya, nasi kekal gebu, enak, dan segar sehingga 24 jam penuh.
Lebih menarik, periuknya direka dengan Sfera Ultra Tahan Lasak yang memastikan setiap butir nasi dimasak sempurna – tiada lagi nasi lembik, keras, atau hangus. Malah, bukan sekadar nasi, Delirice Max juga menawarkan pelbagai program memasak untuk menyediakan aneka hidangan kegemaran keluarga.
Kolaborasi ini turut diraikan bersama Rasa Rosz, restoran yang terkenal dengan keaslian resipi dan kepelbagaian rasa Malaysia. “Makanan yang baik datang daripada konsistensi dan kualiti. Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum,” ujar YBhg. Dato’ Sri Rozita, pengasas Rasa Rosz.
Lebih menarik, periuk ini bukan sekadar untuk nasi. Dengan program memasak pelbagai, ia membantu keluarga menyediakan aneka sajian dengan lebih mudah tanpa mengorbankan rasa.
Inilah bukti bahawa teknologi dapur moden boleh berjalan seiring dengan budaya makan kita. Ia bukan sekadar tentang memasak, tetapi bagaimana kita memastikan setiap butir nasi dihidangkan dengan penuh kasih, dari pagi hingga malam.
Tefal bukanlah nama asing. Dengan pengalaman lebih 48 tahun di Malaysia, jenama ini sinonim dengan inovasi dapur yang memudahkan kehidupan harian – daripada periuk nasi hingga penggoreng udara panas pertama dunia pada tahun 2006.
Melalui Delirice Max, Tefal sekali lagi membuktikan komitmen mereka untuk memelihara tradisi kulinari Malaysia, sambil mengurangkan pembaziran makanan. Inilah inovasi yang memudahkan kerja dapur, tanpa mengorbankan rasa dan kualiti.
Tefal Delirice Max kini boleh didapati di semua gedung runcit utama di seluruh negara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!