Mari Buat Stok Tart Shell Gebu Yang Sedap & Mudah

Share

Sangat memudahkan jika kita ada simpanan stok Tart Shell di rumah. Bila-bila masa kita boleh makan tart dengan hanya isikan filling ke dalam tart shell mengikut selera kita seperti tart keju, tart coklat, tart telur dan sebagainya.

 

TART SHELL GEBU

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm butter
  • 420gm tepung gandum
  • 100gm gula icing
  • 1 biji telur saiz C
  • 1 sudu teh esen vanilla

 

CARA :
1. Campurkan semua sekali bahan-bahan dan uli hingga menjadi doh.
2. Terapkan doh kedalam acuan tart yang ada.
3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 150-160 selama 30minit atau hingga masak.
4. Setelah sejuk simpan kedalam bekas kedap udara.

 

Kredit: Zaidah zainal

IKLAN