Manis Dan Lemak Berkrim, Sedapnya Makan Kuih Tepung Talam Gula Kabung

Share

Kalau di Pahang kuih ini dipanggil Penganan Talam, tempat lain biasanya disebut kuih Tepung Talam. Cuma jika di Pahang, ramai yang suka sangat bahagian merahnya itu agak lembik-lembik. Jika keras, agak kurang sedap. Jom kita cuba buat kuih Tepung Talam Gula Kabung, perkongsian resipi Khairul Hakimin Muhammad

RESIPI KUIH TEPUNG TALAM GULA KABUNG

BAHAGIAN PUTIH:

1/2 kg santan
2 cawan air
200gm tepung gandum –BELI ONLINE
Secubit garam –BELI ONLINE


BAHAGIAN MERAH

4 cawan air gula kabung (2 ketul gula kabung + 5 cawan air, didihkan sampai jadi 4 cawan) –BELI ONLINE
3 cawan santan
1 1/2 cawan tepung gandum

CARA MEMBUAT:

1. Mula-mula ayak dulu tepung gandum.

2. Gunakan besen dan masukkan santan. Masukkan garam dan kacau.

3. Masukkan tepung yang sudah diayak tadi ke dalam besen santan. Gaul guna whisk.

4. Kalau pekat sangat. Masukkan air sedikit demi sedikit.

5. Tapis lagi supaya betul-betul halus.

6. Tuang ke dalam loyang. Adunan ini boleh dapat 2 loyang saiz 8 inci. Buat dalam 1-2 sm sahaja tebal.

7. Masukkan air gula ke dalam besen.

8. Masukkan santan dalam besen.

9. Tuangkan air gula merah ke dalam besen yang berisi santan.

10. Kemudian masukkan tepung.

11. Sudah siap kacau, tapis.

12. Kukus yang putih tadi dalam 10 minit. Dah siap ia akan mengeras sikit.

13. Tutup periuk kukus. Elok balut penutup kukus dengan kain.

14. Dah masak bahagian bawah, masukkan bahagian atas pula. Yang merah itulah. Gunakan senduk dan tuang sedikt demi sedikit. supaya bahagian putih tidak rosak.

15. Kukus lagi. Kali ini lama sikit dalam 25 minit. Dah siap, tutup api. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Khairul Hakimin Muhammad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN