Baru-baru ini kita telah menyaksikan kemusnahan harta benda disebabkan bencana banjir. Banyak harta benda terpaksa dibuang ekoran dari tragedi malng ini.
Namun yang mengagumkan kita bila gambar bekas Tupperware yang penuh dengan keropok ikan tular di Twitter kerana dapat menyimpan makanan di dalamnya sepenuhnya utuh, segar dan rangup walaupun sudah lama berada di dalam air banjir.
Dalam gambar tersebut, struktur dan bahagian dalam bekas Tupperware kelihatan baik walaupun bahagian luarnya kotor kerana diselaputi lumpur.
Fakta bahawa keropok ikan kekal kelihatan segar dan boleh dimakan menunjukkan betapa tidak boleh dihancurkan bekas Tupperware!
Hampir setiap isi rumah di Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu bekas Tupperware di antara banyak bekas lain yang disimpan di dalam almari.Ketahanan bekas Tupperware sudah diketahui umum terutama di kalangan ibu-ibu.
Patutlah zaman ibu dahulu kalau kita nak gunakan bekas tupperware, disuruhnya mengambil bekas plastik lain, ia ibarat barang berharga yang dijaga penggunaannya.
Ads
Malah muruku yang kita semua tahu agak rapuh, kekal selamat dan rangup di dalam bekas Tupperware.
Mangsa banjir lain turut berkongsi gambar Tupperware mereka juga! Masing-masing menunjukkan gambar bekas Tupperware mereka yang lain yang masih masih utuh dan makanan di dalamnya tidak terjejas.
Ads
Selepas melihat gambar-gambar tersebut, pengguna Twitter berasa kagum dengan kehebatan bekas ini.
Ramai yang turut memberi pendapat di ruangan komen untuk menyatakan rasa tidak percaya mereka.
Bila pergi pasar, ramai yang pegang dada ayam untuk rasa lembut ke tidak, ada yang hidu bau nak pastikan segar ke dah “berumur.” Tapi sebenarnya, rahsia ayam segar terletak pada satu bahagian yang ramai tak sangka: buntut atau tongkengnya!
Ya, bahagian yang selalu orang buang tu sebenarnya “detector” semula jadi untuk tahu sama ada ayam segar tu disembelih dengan betul, masih halal, atau dah jadi bangkai.
Kalau warna buntutnya putih atau pucat semula jadi, itu tanda ayam segar diproses selepas ia benar-benar mati (segar dan halal). Darahnya keluar sempurna, tekstur dagingnya lembut dan tak berbau pelik.
Ayam jenis ni bukan saja elok dimakan, tapi juga tahan lama bila disimpan. Inilah yang selalu kita cari — ayam segar sebenar!
Kalau nampak buntut ayam berwarna kemerahan atau merah jambu gelap, hati-hati. Ini tanda ayam tu belum mati sepenuhnya masa diproses.
Ada peniaga yang cabut bulu sebelum ayam betul-betul mati, jadi darahnya masih berkumpul di bawah kulit. Akibatnya, daging ayam ni cepat busuk dan tidak disembelih ikut hukum halal. Dari segi kesihatan, ayam begini juga tidak sesuai dimakan walaupun nampak segar.
Kalau nampak buntut ayam warna biru keunguan, terus jauhkan diri. Ini bermaksud ayam tu dah mati dulu baru disembelih — darah tak keluar, dagingnya liat, mudah berbau, dan dari segi hukum Islam, ini dikira bangkai.
Tak kiralah harga murah atau nampak “ok” di mata, ayam macam ni tetap tidak halal dimakan. Pastikan sentiasa pilih ayam segar yang diproses dengan cara yang betul.
Zaman sekarang, ramai pembeli terlalu percaya pada label “ayam segar” di pasar atau pasar raya. Padahal segar tu bukan sekadar nampak elok di mata, tapi macam mana cara ayam tu disembelih dan diproses.
Nak beli ayam memang nampak mudah, tapi kalau tak berhati-hati, yang masuk dapur tu bukan sumber rezeki, tapi sumber risiko. Jadi pastikan anda pandai menilai warna dan keadaan buntut ayam sebelum membeli.
Mulai hari ni, bila beli ayam, jangan lupa tengok bahagian buntut atau tongkengnya. Sebab dari situlah kita boleh tahu sejauh mana ayam segar, halal dan selamat dimakan.
Kadang benda yang kita rasa remeh, sebenarnya penentu besar antara “ayam segar” dan “ayam meragukan.”
Syarikat Serba Wangi Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terbaharu mereka, Sejati, bersama pengenalan produk baharu di bawah jenama Songhe, Red Rice Mix Thai Hom Mali.
Kempen Sejati, yang dibawakan khas oleh JATI Foundation, komited dalam menyokong komuniti masyarakat kelainan upaya (OKU) dengan menyediakan sumber dan peluang pekerjaan dan dengan itu, Serba Wangi dengan sukacitanya telah mengumumkan akan menyumbang bekalan beras selama setahun kepada 30 rumah kelainan upaya bersama sumbangan wang tunai sebanyak RM 300,000. Inisiatif ini mencerminkan dedikasi Serba Wangi dalam usaha untuk berkongsi sinar dalam kehidupan mereka yang memerlukan.
Inisiatif ini juga dilihat dapat mengetengahkan lagi komitmen syarikat terhadap menyediakan platform sokongan moral kepada masyarakat yang memerlukan selain menawarkan produk makanan yang berkualiti tinggi.
Untuk memperluaskan jangkauan kempen ini dan memudahkan golongan sasar untuk memohon, Serba Wangi telah menyediakan platform Google Form di mana individu yang memerlukan boleh memohon bantuan dengan cara mengisi borang di link tersebut. Setiap permohonan akan diteliti bagi memastikan bahawa mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tidak dipinggirkan.
Acara yang berlangsung di Tropicana Gardens Mall ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Nordina Binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kebajikan Negara, sebagai tanda sokongan beliau terhadap inisiatif ini.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini juga, Serba Wangi turut mengambil kesempatan untuk meraikan pelanggan setia mereka melalui majlis penyampaian hadiah untuk kempen Beras Habis? Jati Supply, di mana sepuluh pemenang telah menerima bekalan beras seumur hidup sebagai tanda penghargaan.
Selain itu, Serba Wangi turut memperkenalkan beras baharu jenama Songhe iaitu Red Rice Mix Thai Hom Mali, yang menggabungkan rasa lazat beras merah dengan aroma wangi beras Thai Hom Mali. Pilihan yang lazat dan berkhasiat ini adalah sempurna untuk pengguna yang mementingkan kesihatan. Adalah menjadi misi utama Serba Wangi untuk memberikan beras yang kualiti tinggi kepada para pelanggan.
Kempen Sejati dan pelancaran Red Rice Mix Thai Hom Mali yang baharu ini secara tak langsung mencerminkan visi Serba Wangi untuk mencipta perubahan positif dan meningkatkan kepelbagaian pilihan beras yang berkhasiat kepada para pelanggan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
GreenPan, peneraju global dalam peralatan memasak seramik tidak melekat bebas PFAS, dengan bangganya memperkenalkan Thermolon 9G, salutan seramik tidak melekat paling canggih yang pernah dihasilkan jenama ini.
Majlis pelancarannya diraikan bersama peminat kulinari, wakil media dan rakan industri di Kuala Lumpur. Thermolon 9G menandakan lonjakan besar dalam aspek ketahanan, prestasi dan keselamatan, sekaligus mengukuhkan reputasi GreenPan sebagai peneraju inovasi dalam industri peralatan memasak.
Sejak dilancarkan pada tahun 2007, GreenPan telah merevolusikan cara memasak di rumah dengan memperkenalkan salutan seramik Thermolon, alternatif selamat kepada salutan tidak melekat tradisional yang sering mengandungi bahan kimia berbahaya seperti PFAS, PFOA, plumbum dan kadmium. Dengan komitmen terhadap keselamatan pengguna sejak hari pertama, GreenPan terus menghasilkan peralatan memasak inovatif yang menggabungkan prestasi, kemudahan dan estetika tanpa menjejaskan kesihatan.
PFAS (bahan per- dan polifluoroalkil) ialah kumpulan lebih 10,000 bahan kimia buatan manusia yang terkenal dengan sifat kalis air, kotoran dan minyak serta sering digunakan dalam kuali tidak melekat dan pelbagai produk pengguna lain.
Namun, bahan ini menimbulkan kebimbangan serius kerana kesannya terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Inilah sebab utama mengapa GreenPan memperkenalkan Thermolon 9G sebagai penyelesaian bebas PFAS yang lebih selamat dan mampan.
Menyedari keperluan untuk pilihan lebih selamat, GreenPan memperkenalkan Thermolon yang diperbuat daripada derivatif pasir dan diperkaya dengan lapisan zarah berlian untuk meningkatkan kekonduksian haba serta ketahanan. Salutan inovatif ini memastikan ibu-ibu di Malaysia boleh memasak pelbagai jenis hidangan tanpa perlu risau kerana tiada asap toksik dilepaskan walaupun peralatan yang digunakan terlalu panas secara tidak sengaja. Hasil penyelidikan dalaman yang berterusan membawa kepada penciptaan generasi baharu, Thermolon 9G.
Thermolon 9G direka khas untuk memenuhi gaya hidup moden yang memerlukan peralatan memasak tahan lasak dan selamat. Salutan seramik ini menawarkan ketahanan tinggi terhadap haus dan calar, menjadikannya sepuluh kali lebih tahan lama berbanding versi asal Thermolon. Ia bukan sekadar peningkatan, tetapi satu inovasi revolusioner dalam dunia memasak bebas PFAS.
Salutan Thermolon 9G oleh GreenPan menetapkan piawaian keselamatan baharu dalam industri. Ia bebas PFAS dan mematuhi standard antarabangsa untuk produk bersentuhan dengan makanan, termasuk FDA 21 CFR 175.300, Peraturan EU 1935/2004/EC serta Seksyen 30 & 31 LFGB. Malah, Thermolon kekal sebagai satu-satunya salutan seramik tidak melekat yang menerima pensijilan NSF/ANSI 51, membuktikan tahap keselamatan dan kualiti tertingginya.
Thermolon 9G bukan sekadar penambahbaikan, ia merupakan lonjakan besar dalam teknologi seramik tidak melekat bebas PFAS. The Cookware Company menggabungkan beberapa lapisan tambahan dalam salutan untuk menghasilkan prestasi tidak melekat maksimum dan ketahanan luar biasa. Proses penghasilannya diperhalusi dengan teliti bagi memastikan kawalan penuh terhadap setiap peringkat pembuatan, menjadikan kualiti Thermolon 9G tiada tandingan.
Dengan kehadiran Thermolon 9G GreenPan, dunia peralatan memasak kini menyaksikan perubahan besar dalam teknologi bebas PFAS. Salutan seramik canggih ini menawarkan ketahanan, jangka hayat dan keselamatan yang luar biasa, sambil menepati piawaian antarabangsa tertinggi. Thermolon 9G bukan sahaja menetapkan penanda aras baharu, malah membentuk masa depan industri peralatan memasak yang lebih sihat dan selamat untuk semua.
Berminat? Andabolehdapatkan di Aeon, House of Presentation, Isetan, Kitchen Shop, Parkson, Seibu & SOGO atausecara online di www.cookerlicious.com dan www.kitchenwareking.com. Dapatkansekarang!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!